بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Manusia Hidup Saling Bergantung & Memerlukan: Setiap yang hidup di muka bumi ini ada fitrah kehidupan masing-masing. Namun ianya tidak akan dapat hidup sekiranya bersendirian. Segala peraturan dan ketentuan Allah SWT itu sangat sempurna dan jika mahu kehidupan yang bahagia dan berterusan maka perlulah saling bergantung serta saling memerlukan antara satu sama lain. 

Sebagaimana tumbuhan memerlukan binatang untuk sumber baja, pendebungaan dan karbon dioksida, begitu juga binatang perlukan tumbuhan untuk sumber makanan dan oksigen.

Hidup Saling Bergantung, Memerlukan & Sayang Menyayangi

Manusia Sesama Manusia

Manusia juga tidak dapat lari ketetapan ini. Tiada manusia yang dapat hidup seorang diri. Kebergantungan kepada manusia lain adalah sesuatu yang tidak akan dapat kita elakkan sama ada untuk kehidupan di dunia mahupun setelah kita mati.

Manusia Saling Kebergantungan
  • Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibunya. Syurga perempuan pada lelaki iaitu suaminya.
  • Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibunya. Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suaminya
  • Masa hidup anak perlukan doa ibubapanya. Pabila telah mati, ibubapa perlukan doa anaknya.
  • Di dunia nasab itu pada lelaki. Di akhirat nasab itu pada perempuan.
  • Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumi jenazahnya.
  • Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
  • Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarganya.
  • Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...
  • Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan organisasi tanpa pekerjanya.
  • Seorang pemimpin tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Maka... selama kita hidup di dunia ini, janganlah tamak, sombong, bongkak, ego, dengki, menganiaya, memfitnah, iri hati, bermusuh, berdendam dan sebagainya sehingga merosakkan hubungan terhadap sesama manusia.

Jangan kita menjadi seperti Syaitan kerana Syaitan terlaknat hanya kerana satu sifatnya iaitu 'sombong dan merasa dia yang lebih baik'.

Kita Hamba

Kita semua hanyalah insan yang lemah walaupun di dunia ini berbadan sasa, kaya harta dan berpangkat tinggi. Tanggungjawab kita semuanya sama iaitu menjadi khalifah di bumi ini. Taraf kita semua adalah sama di sisi Allah SWT iaitu hanyalah "hamba" kepadaNya.

Jalinkan silaturrahim, ukhwah dan eratkan persaudaraan sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan dan semua orang disekeliling kita. 

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isikan dengan kebahagian dan saling sayang menyayangi. Susah senang bersama... Bahagia lihat orang lain berjaya dan turut berduka bila lihat orang lain derita.

Hidup Saling Bergantung, Memerlukan & Sayang Menyayangi

Lakukanlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain kerana dunia ini untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Allah SWT telah berikan sebuah bumi untuk setiap seorang manusia.

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Allah SWT Maha Besar dan Bijaksana! Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sama-sama kita muhasabah, renung dan fikir-fikirkan...

8 comments - "Manusia Hidup Saling Bergantung & Memerlukan"

Allah SWT perencana terbaik..sedih orang sedih kita gembira kita gembira orang itu sebaiknya...tak rugi pun kalau kita sentiasa positif...kalau setiap orang sentiasa ingat akhirat itu yang kekal abadi selamanya,in sya Allah di dunia sentiasa cinta ajan kebaikkan.

paridah delete icon 10:27

SALAM JUMAAT DLM HIDUP INI KITA SALING PERLU MEMERLUKAN N BERGANTUNG ANTARANYA...

berpasangan ...lumrah alam.

comel pulak aksi kucing2 tu...
selamat berhujung minggu BM..

OKje delete icon 23:37

Salam BM....Selamat Hari Raya maaf zahir batin....lama tak singgah sini.
Gitulah lumrah kehidupan namanya, saling memerlukan.

Mrs. A delete icon 12:33

Alahai! comel gila kittens tu, kalau main dengan depa mesti ralit nih!

Unknown delete icon 15:42

Semua saling lengkap melengkapi kan

Thank memperingati jie yang semakin alpa dgn dunia ni..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap