بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Apa Akan Jadi Pada Blog Tanpa Entri Terkini?: Sudah lebih dua bulan blog BinMuhammad (BM) @www.dammahumnib.com bersiaran sebagai kesinambungan buat blog Relaks Minda @relakssminda.blogspot.com (RM) yang sudah tidak aktif tanpa sebarang entri terbaru. Memang terasa sungguh akan kehilangannya... 

Walaupun tanpa entri terbaru, blog RM tidaklah dibiarkan bersawang tanpa dijenguk. Ianya tetap dipantau dan masih menjadi nadi penting. Nostalgia dan kenangan manis bersamanya tidak akan sesekali terpadam diingatan.

Apakah yang akan terjadi dan bagaimanakah agaknya prestasi blog RM setelah terbiar sepi tanpa sebarang entri terkini? Masihkah ada pengunjung? Satu situasi yang menarik untuk dilihat dan bagaimanakah keadaan serta prestasi yang akan terjadi kepada sesebuah blog yang sudah tidak aktif menerbitkan sebarang entri baru.

Apa Akan Jadi Pada Blog Yang Terbiar Sepi Tanpa Entri Terkini?

Artikel terakhir yang diterbitkan di RM adalah pada 31 Mei 2015 melalui artikel : Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial. Selepas itu, sebanyak 6 entri yang diterbitkan kesemuanya terpaksa di 'delete' kerana telah dijangkiti virus malware dan seterusnya menamatkan operasi blog RM untuk menerbitkan entri baru buat selama-lamanya.

Apabila situasi sebegini berlaku, untuk menjadikan blog tersebut terus kekal dikunjungi dan relaven dengan keadaan semasa adalah sesuatu yang amat sukar. Namun ianya bergantung kepada topik-topik artikel yang telah diterbitkan. Jika ianya sesuatu perkongsian yang tidak terbatas dengan masa, musim dan situasi, ianya akan tetap terus dikunjungi.

Prestasi Blog Relaks Minda

Sepanjang bulan Jun 2015, walaupun sebulan tanpa entri terbaru dan beberapa kali disekat oleh Google akibat malware, namun Blog RM masih berupaya menjana trafik yang baik malah lebih tinggi berbanding bulan Mei 2015.

Apa Akan Jadi Pada Blog Yang Terbiar Sepi Tanpa Entri Terkini?
Add caption

Namun pada bulan kedua iaitu Julai 2015, kesannya mula terlihat. Jelas sekali Pageviews telah menurun sebanyak 24.66 peratus kepada hanya 335,708 PV. Beginilah nasib sebuah blog yang terbiar tanpa sebarang entri terbaru...

Apa Akan Jadi Pada Blog Tanpa Entri Terkini?
Relaks Minda July 2015 - Google Analytic

Popular Posts

Berikut adalah entri yang mengumpul pageviews tertinggi sepanjang bulan Jun dan Julai 2015. Menariknya adalah, entri yang di 'update' semula dari entri tahun lepas iaitu Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 1436H-2015 berjaya meraih trafik yang baik.

Selain dari itu, entri topik automotive dan kitar semula tetap mendominasi senarai top 10 entri popular di Relaks Minda.

Apa Akan Jadi Pada Blog Tanpa Entri Terkini?
Relaks Minda Top 10 Post Jun & July 2015 - Google Analytic

Masih Baik

Maka, setelah dua bulan berlalu, pada keseluruhannya prestasi Blog Relaks Minda (RM) adalah baik dan masih mampu menyumbang trafik diparas melebihi 300K PV sebulan.

Blog Relaks Minda tetap dihati... Walaupun tanpa entri terbaru dan trafiknya mula menurun, namun kebanyakan ertikel yang diterbitkan masih relaven. Maka... ianya boleh diolah semua dan di 'update' dengan mengikut situasi dan informasi semasa bagi meningkatkan kembali trafik.

Sama-sama kita lihat lagi bagaimanakah prestasi Blog Relaks Minda ini pada bulan Ogos 2015 nanti. Adakah ianya semakin menurun atau mampu meningkat semula? Kita saksikan bersama bagaimana dan selama mana sebuah blog tanpa entri terkini dan yang telah terbiar sepi ini mampu bertahan. 

Lihat prestasi Relaks Minda pada bulan Ogos 2015 di sini : Setelah Tiga Bulan Kau Ku Tinggalkan

4 comments - "Apa Akan Jadi Pada Blog Tanpa Entri Terkini?"

As salam BM, ini komen kali pertama saya di blog baru BM..semoga terus diberi petunjuk dan hidayah dalam menerbitkn entri terbaru di blog baru:)

Waalaikumsalam CM,
Terima kasih di atas kunjungan dan sokongan. InsyaAllah... semoga dipermudahkan.

Unknown delete icon 19:15

Keseluruhan masih dikira baik tu BM

Unknown delete icon 17:14

Terasa lain pula masok.blog ini...teringat kat blog rm tu...serius blog tu.lah jadi inspirasi cik akak hingga ke hari ini...rindu dengan entri rm.....blog yang ini pula...perlukan keserasian.....hahaha...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap