بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Teknik Membina Blog Mesra Pengunjung: Sebagai seorang blogger yang baru sahaja membina sebuah blog, mungkin salah satu matlamat anda adalah untuk membuatkan blog anda menarik dan mesra buat pengunjung atau pembaca. Mesra yang dimaksudkan di sini adalah disukai, friendly dan memudahkan. 

Apabila blog anda mesra, ianya akan meningkatkan kreadibiliti anda sebagai seorang blogger dan pada masa yang sama ianya juga mampu untuk meningkatkan trafik dan merendahkan bounce rate

Adalah tidak mustahil jika ianya mampu dicapai dalam masa yang singkat namun perlukan kerajinan, usaha dan ilmu yang betul serta tepat. 

Mungkin dengan apa yang akan dipaparkan di bawah ini dapat memberi sedikit panduan dan rujukan untuk blogger baru memulakan langkah dalam merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang blogger yang sekurang-kurangnya dapat dirasai kehadiran di dunia blogging atau lebih dari dari itu.

Teknik Membina Blog Mesra Pengunjung

Panduan Dan Teknik

Berikut adalah cara atau teknik untuk menarik pengunjung dan pembaca yang telah dipelajari dan dikutip dari berpengalaman selama bergelar blogger. Apa yang perlu dilakukan adalah :

1. Asli Dan Tersendiri
Menerbitkan entri yang asli serta berkualiti dengan cara dan gaya atau identiti tersendiri yang mampu memikat pembaca. Gaya dan teknik penulisan ini memerlukan kemahiran dan bakat namun ianya boleh diasah andai anda terus belajar, meningkatkan ilmu dan mencuba. Keunikan itu adalah keistimewaan.

Contoh terbaik adalah blog Fatin Liyana dan Ben Ashaari. Jika anda membaca entri mereka, anda mudah terpikat dan ada sesuatu tarikan istimewa dalam cara penyampaian walaupun kisahnya bisa-biasa sahaja.

Seboleh-bolehnya jangan menerbitkan artikel copy and paste namun jika dilakukan, olahlah entri tersebut mengikut cara penyampaian serta pandangan anda. 

2. Lengkap dan Padat
Jika anda menulis artikel berbentuk informasi atau ilmiah, pastikan artikel tersebut adalah padat, sahih dan yang paling penting ianya dalam ruang lingkup pengetahuan serta kemahiran anda. Lebih mudah menulis apa yang anda tahu dan minat. Maklumat dan informasi yang diberi mestilah lengkap, terkini dan anda juga berkeupayaan menjawab sebarang persoalan. 

Paling utama pada peringkat permulaan ini adalah untuk anda meraih kepercayaan pembaca kerana sekali melakukan kesilapan, blog anda mungkin akan dilupakan selamanya. Jadilah blogger yang jujur dan amanah kerana pada tahap permulaan ini umpama bab pertama, iaitu pengenalan dan memperkenalkan diri.

3. Komunikasi Dan Berinteraksi
Anda perlulah rajin berkomunikasi dan berinteraksi dengan pengunjung sama ada melalui komen atau blogwalking. Tidak kiralah sama ada sesama blogger baru atau lama dan sama ada mereka membalas komen anda atau tidak. 

Pada masa yang sama ianya dapat membuka minda anda untuk melihat pelbagai ragam, design. rupa dan topik  serta ilmu secara percuma di blog orang lain. Mana yang baik, jadikanlah teladan dan rujukan.

Selain itu berkenalanlah sesama blogger dengan menjadi 'frend/follower', menyertai segmen atau peraduan serta beramah mesra dilaman-laman sosial.

4. Template Blog
Pilihlah rekabentuk template yang menarik, kemas dan mesra pembaca yang sesuai dengan pengisian blog. Permainan warna dan saiz serta jenis tulisan (font) yang bertepatan dan bersesuaian juga amat penting. Lengkapkan blog anda dengan informasi asas seperti About Me, Contact, Disclaimer dan Sitemap.

Template juga mestilah mesra buat  pengguna telefon pintar kerana pada zaman ini ianya menguasai hampir 60 peratus jumlah pengguna internet. 

Teknik Membina Blog Mesra Pengunjung

5. Dekorasi Blog
Dekorasilah blog anda dengan tidak terlalu melampau mengikut selera sendiri. Blog anda tetapi ianya dibaca oleh orang lain maka ikutlah selera ramai. Widget-widget yang tidak memberi manfaat wajar dibuang. Iklan yang menyusahkan atau terlalu banyak juga amat menjengkelkan. 

Widget yang berlebihan juga memberi kesan kepada loading blog yang mana akan menyusahkan lalu anda akan kehilangan pengunjung. Oleh itu, untuk selamat...dekorasilah secara minima dan yang perlu sahaja. 

Lebih mudah jika anda jadikan blog-blog terbaik negara sebagai rujukan untuk memastikan widget apakah yang perlu ada pada sesebuah blog.

6. Entri Bergambar
Gunakanlah sekurang-kurangnya satu gambar untuk diselitkan di dalam entri anda. Jangan terlalu banyak pula. Gambar umpama penyeri dan terapi mata ketika membaca.

Gambar juga mampu menyampaikan maksud dengan lebih jelas dan tepat. Oleh itu pilihlahlah gambar yang bersesuaian dan bertepatan untuk entri anda.

7. Penulisan Berformat
Maksud format di sini adalah menjadikan entri tersebut mudah dan senang dibaca kerana formatlah yang memberi aturan kepada bentuk karangan entri anda. Pastikan ianya mesra penglihatan. Perkara yang paling penting adalah pada setiap penulisan mestilah mempunyai perenggan dan setiap satunya pula tidak terlalu panjang. 

Selain itu, gunakan sub-tajuk jika perlu. Tebalkan perkataan yang sepatutnya seperti tajuk dan sub-tajuk. Jika blog bahasa melayu, gunakanlah bahasa melayu sepenuhnya dan jangan biasakan mencampur aduk bahasa kecuali perlu. Elakkan penggunaan bahasa singkatan seperti di media sosial.

Semuanya ini sebenarnya memberi kesan kepada pengunjung anda kerana entri yang kemas, tersusun dan mudah dibaca akan lebih disenangi dan disukai. Maka, apa yang ingin disampaikan akan lebih mudah difahami dan tercapai matlamatnya.

8. Ruangan Komen
Kenapa entri perlu ada komen? Komen adalah salah satu rujukan terbaik yang menunjukkan sesebuah blog itu dapat memikat hati pengunjung. Komen yang banyak bererti entri tersebut mendapat response yang baik dan menjadi salah satu penanda bahawa blog tersebut berjaya.

Oleh itu, gunakan format komen yang memudahkan. Jangan sesekali meletakkan word verification. Cukuplah dengan setting comment moderate jika perlu. Jawab segera jika ada sebarang pertanyaan diruangan komen.

Gunakan cara tersendiri untuk berinteraksi atau menghargai pengomen sama ada membalas komen atau berkunjung semula ke blog mereka dan meninggakan komen.

Ingatlah... kehadiran kita masih baru di dunia blogging maka untuk membina blog yang mesra pengunjung, anda hendaklah jangan sombong atau mudah ambil hati. Perlulah rajin dan ramah serta ikut situasi blogging yang biasa diamalkan. Bak kata pepatah... masuk kandang kambing mengembek...

Kekal Berada Di Puncak

Semoga dengan sedikit panduan di atas dapat memberi sedikit ilmu untuk dijadikan rujukan mahupun idea bagi blogger baru dalam membina blog yang mesra pengunjung. Mungkin ianya tidak lengkap dan serba kekurangan dan bukanlah satu kemestian untuk anda ikuti.

Untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun tidak pula sukar. Sebagai kayu ukur, anda digalakkan menetapkan sasaran dalam tempoh-tempoh tertentu. Melalui sasaran ini ianya akan menjadi pandu arah untuk melakukan perancangan dan tindakan.

Mulakan dengan sasaran yang mudah dan boleh dicapai. Tetapkan sasaran baru setiap kali ianya dicapai... InsyaAllah, dengan cara ini anda akan lebih mudah mengatur tugas dan strategi tanpa perlu memikirkan semua perkara secara serentak. 

Pada zaman ini, persaingan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya amat mencabar. Sebaiknya, jangan mengharap kejayaan dalam masa yang singkat. Timbalah ilmu dan tingkatkan serta perkukuhkan blog anda dengan entri berkualiti secara konsisten. Untuk ke puncak itu sukar tetapi untuk kekal dipuncak itu lebih sukar!

Teknik Membina Blog Mesra Pengunjung

Sebelum anda melangkah jauh dalam dunia blogging ini, paling utama, fahami dan tanyalah diri sendiri... Apa sebenarnya yang anda mahukan dan matlamat anda membina sebuah blog? Ada jawapannya... maka akan ada jalannya...

Nantikan pula entri berkaitan iaitu : Cara Membina Blog Mesra SEO 

16 comments - "Teknik Membina Blog Mesra Pengunjung "

paridah delete icon 09:00

assalam...singgah pagi mengutip mutiara ilmu...tq.

Terima kasih Kak Paridah... Amat2 saya hargai :)

Ulasan yang sangat ringkas namun memberi manfaat. Terima kasih memberi panduan untuk saya yang baru belajar.

Banyak yang kakak kena belajar dari berblog
Tak meningkat-ningkat sebab tak celik blogging.

Thanks for sharing :)

Terima kasih, Jazakallah.. BM... Yang dah lama berblog pun perlu ambil manfaat untuk terus belajar..

Unknown delete icon 15:51

Memulakan langkah baru...cik akak dah malas sekarang nie..lama cari blog nie...akhirnya jumpa juga..

akhirnya dapat juga masuk blog BM ni! =)
saya pun lately dah nampak hala tuju blog
bercadang nak tukar blog mesra seo...
tapi belum berkemampuan =)

Unknown delete icon 19:12

Saya belum cukup berkemahiran lagi nak buat entry yang bersahaja..selalu mesti berdasarkan fakta..insyaAllah berdikit-dikit belajar ni

Tenkiu BM.. Saya budak masih belajar dan akan terus belajar lagi.. Perkongsian dari sifu2 blogger gini, amat2 lah dihargai..:)

Tanpa Nama delete icon 13:43

Seperti biasa.. Entri yg menarik..

syok delete icon 21:43

Ilmu yg berguna.. Perkongsian yg menarik.. (h)

Etuza delete icon 06:02

ada masa nak mentelahaah di sini..blogger kah aku...

Alhamdulillah. Cuba untuk improve sikit-sikit. Banyak kena study ni.

Artikel bogus!

Unknown delete icon 15:22

perkongsian yang sangat bermanfaat

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap