بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular: Sesorang blogger biasanya mempunyai matlamat dan tujuan tertentu apabila sesebuah blog itu diwujudkan.

Bagi mencapai matlamat dan tujuan tersebut, suka atau tidak.... anda tidak boleh menafikan bahawa antara faktor paling penting adalah trafik blog kerana tanpa pengunjung apa pun matlamat dan tujuan tersebut pasti tidak mudah untuk dicapai.

Namun begitu, bagi sebuah blog yang mempunyai penetapan topik atau niche tertentu biasanya mempunyai peluang yang tinggi untuk mencapai matlamat yang diinginkan walaupun tanpa trafik yang tinggi.

Ini berbeza dengan blog peribadi yang hanya bergantung kepada rakan-rakan, blogwalking, sharing at social media, ping aggregator dan followers sebagai tunjang trafik utama kerana kita semua tidak punya kehebatan bakat serta tuah seperti Fatin Liyana, Ben Shaari atau Hanis Zalikha.

Maka tidak hairanlah kini kebanyakan blog peribadi juga turut menyelitkan topik-topik popular sebagai salah satu cara untuk meningkatkan trafik blog.

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular

Melalu perkongsian topik (niche) popular dalam mempelbagaikan isi kandungan blog ini tidak dinafikan amat berjaya dan berkesan untuk menarik trafik dan seterusnya mencapai apa jua matlamat dan tujuan yang diinginkan.

Harus diingat di sini, selain dari tajuk yang tepat dan memikat, kekuatan SEO blog juga memainkan peranan penting kerana perkongsian topik (niche) popular ini perlu bersaing untuk berada pada kedudukan terbaik di SERP.

12 Topik (Niche) Paling Popular

Di sini dikongsikan sebanyak 12 topik (niche) paling popular yang menjadi tarikan utama untuk meraih trafik blog yang tinggi yang boleh anda praktikkan. (Susunan bukan menunjukkan carta yang paling popular atau terbaik tetapi hanyalah mengikut abjad)

1. Alam Dan Hidupan

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular - Alam Dan Hidupan

Topik ini adalah perkongsian yang berkait rapat dengan alam sekitar dan hidupan yang ada di muka bumi ini. Perkongsian keindahan alam semulajadi, kepelbagaian bio, flora dan fauna serta alam semesta sama ada lokasi, informasi atau gambar sentiasa menjadi carian sepanjang masa.

Selain itu, isu serta informasi berkaitan alam sekitar seperti cuaca, iklim, suhu, pencemaran, teknologi hijau dan kitar semula turut menjadi topik yang mampu mengundang trafik yang tinggi berikutan ianya sering menjadi bahan rujukan buat pelajar.

2. Agama

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular - Agama

Topik berkaitan dengan agama tidak kira sama ada perkongsian ilmu dunia dan akhirat, nasihat, panduan, pedoman serta pandangan akan sentiasa menjadi rujukan dan carian.

Namun topik agama ini bukanlah boleh dikongsi sesuka hati tanpa ada ilmu pengetahuan dan rujukan yang sohih. Pada zaman fitnah ini, media sosial dijadikan lokasi perkongsian bahan bacaan paling bahaya kerana topik agama ini dikongsi tanpa tapisan, suntingan dan sekatan.

Media sosial pada masa kini merupakan tempat yang amat berpengaruh untuk mempengaruhi dan penyebaran sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Maka jika memilih topik atau niche agama pastikan anda benar-benar betul yakin dan sohih dengan apa yang dikongsikan.

3. Automotif

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular - Automotif

Topik berkaitan industri automotif sama ada tempatan atau luar negara sentiasa menjadi perhatian ramai. Teknologi automotif yang sentiasa berubah dan setiap isu pula amat mudah menjadi tarikan umum.

Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan dua syarikat utama automotif negara iaitu Proton dan Perodua.

Persaingan sengit dalam industri ini juga menjadikan perkembangannya semakin pantas. Hampir setiap hari ada sahaja model baru serta pembaruan teknologi diseluruh dunia yang menjadikan topik automotif ini sentiasa menjadi bahan carian yang tinggi di SERP.

4. Berita Dan Informasi

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular - Berita Dan Informasi

Berita adalah sumber informasi utama dan penyebaran melalui media sosial seperti blog amat berkesan. Topik berkaitan isu-isu semasa yang hangat pasti menjadi carian tinggi di enjin carian.

Topik (niche) ini memang menjanjikan trafik yang tinggi namun ianya perlu kerajinan dan kepekaan yang tinggi terhadap berita dan isu semasa agar tidak ketinggalan. Jika ada bercita-cita nak jadi wartawan, inilah ruang dan peluang untuk anda mengembangkan bakat.

Perkongsian informasi berkaitan fakta, sejarah, perkara pelik, kelakar, unik, misteri dan apa sahaja yang mampu memberi kejutan dan rasa ingin tahu pasti akan menarik perhatian ramai.

Namun yang sedihnya apabila hanya bermatlamatkan trafik, begitu ramai yang menangguk di air yang keruh berkaitan topik berita dan informasi ini dengan hanya gah melalui tajuk tetapi isinya hampeh.

Selain itu,banyak juga sekadar 'copy & paste' tanpa usul periksa sehingga menimbulkan kekeliruan dan fitnah. Inilah akibat apabila etika dan moral telah ditolak ketepi.

5. Hiburan Dan Sukan

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular - Komunikasi Dan Multimedia

Hampir semua orang sukakan hiburan dan sukan, maka tidak hairanlah jika topik sebegini amat berjaya untuk meraih trafik blog yang tinggi.

Setiap isu dan perkembangan dunia hiburan seperti filem, drama, nyanyian, persembahan, artis, gossip dan sebagainya pasti menjadi perhatian dan topik bualan.

Kini, satu istilah baru hiburan yang sangat hebat pengaruhnya di media sosial iaitu viral. Sesuatu isu yang menjadi viral pasti menjadi carian hangat.

Begitu juga dengan informasi sukan semasa seperti jadual perlawanan, keputusan terkini dan perkembangan semasa pasti akan menarik minat pengikut setia.

Tontonan acara sukan dan hiburan secara online juga sudah menjadi satu saluran untuk menonton yang popular sama ada secara langsung (live streaming) atau tertunda kerana ianya mudah, murah dan boleh dilakukan di mana sahaja.

6. Komunikasi Dan Multimedia


Ini adalah topik zaman ini yang sentiasa menarik minat setiap individu. Kemajuan teknologi komunikasi dan multimedia yang berkembang maju sejak lebih sedekad lalu telah merubah gaya hidup orang ramai.

Maka tidak hairanlah ianya sentiasa diikuti dan diberi perhatian. Topik berkaitan komunikasi, gadget, komputer, software dan sebagainya pasti akan mendapat perhatian kerana tidak mahu ketinggalan.

Namun begitu topik sebegini agak terhad tempohnya berikutan kepantasan perubahan, pembaharuan dan peningkatan sehinggakan tak terikut akan perkembangannya.


7. Untuk topik (niche) popular selanjutnya (7 hingga 12) disambung pada entri berikut kerana entri ini telah terlalu panjang :~ klik sini : Sambungan Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular

23 comments - "Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular "

Kalau blogger sepenuh masa boleh la disumbat semua kat atas tu kan BM..

Asalam BM sepertinya ada sesuatu yg tak kena blog Etuza. Komen teman blogger tidak nampak ..kenapa ya..pelik jua tak kacau pun settingnya..ada ilmu tak?
buat komen kat sini saja ya sebab tempat Etuza tak keluar komen..bahagian follower Etuza juga tak berganjak walhal ratusan dah blog Etuza follow..ada sesuatu ni ganggu agaknya kan BM..bagi tunjuk ya..please..

blog pelbagai ni rasa ada kepuasan apapun boleh dimuatkan..apapun keterangan ayat struktur ayat informasi macam Bm buat ni terbaik..

artikal hiburan kurang sikit sesekali ja etuza masuk topik tu ..takut infor tak betul jadi fitnah takut ..hehehe

ada pembaca setia + traffik dari seo + traffik dari rakan blogger

itu yg best

blog aiza pun lebih kepada peribadi.. cuma aiza ada selitkan juga entri mengenai tips atau petua.. kalau bidang lain memang aiza kurang pengetahuan..

Banyak niche yang seperti saudara BM sebut tadi, cuma akibat bekerja seharian maka nak tulis yang viral tu akan ketinggalan beritanya.

Lewat diupdate, maka ia sentiasa lambat berita itu disiarkan.

Lainlah kerja dia penulis aje...

aku pula main hentam je ikut mood nak tulis niche apa...tapi saya setuju dengan bro inilah antara topik yang senang untuk menarik pembaca dan menambah trafik ke blog...

Rasanya Blog SP dah sumbat semua tu! hehe

Terlalu caca marba pun tak bagus juga melainkan isi kandungannya diolah mengikut cara dan gaya tersendiri dan postingnya berkualiti

Jika tidak yakin dan bukan bidang kemahiran kita, baik jangan... Jauhi fitnah dan kongsikan apa yg kita tahu, yakin dan benar kerana itu lebih memberi kepuasan dan ketenangan

Semua blogger pasti idamkan semua itu!

Ya... kongsikan apa yg kita tahu dan minat itu lebih seronok, puas dan yakin.

Saudara memang hebat! Menguruskan banyak blog tetapi masih mampu bersosial di alam maya.
Kalau topik viral dan berita tu memang perlukan kepekaan dan cepat bertindak. Memang xsesuai bagi blogger separuh masa.

Walaupun main hentam sahaja tetapi tetap memilih topik yang tertentu yg dapat memberi kepuasan apabila diterbitkan...betul tak?

Dah lama sumbat semua cuma tak sepenuh masa lagi haha

Banyak juga niche yang menyumbang kepada trafik yg tinggi yerp.

Saya tulis apa yg tahu jelah dulu.. nak tulis ikut niche masih blur lagi... bab gadget, multimedia atau automatif tak advance pengetahuan ni, bab agama takut khilaf, bab hiburan mcm tak syok je huhu.. tulis jelah ape2, janji yg baik... :D

tengah khusyuk baca...ada sambungan pula...hehe
saya tulis apa yang tahu aje...pengalaman peribadi sendiri
saya rasa lebih selesa bercampur aduk...ikut apa yang saya mampu zahirkan =)
tapi banyak juga saya belajar dari BM

ikut tips SEO BM, alhamdulillah bolehlah sikit dapat 1k pageviews setiap hari
belum sepenuhnya amalkan tu...hehe

Tulislah apa yang anda tahu, suka dan yang baik2... InsyaAllah, pasti hasilnya juga baik.
Lama tak dapat cerita disebalik tirai besi dari KK.

Tulis apa yang kita tahu dari pengalaman itu lebih mudah dan pasti ianya unik dan tersendiri serta berkualiti

MV memang suka baca topik apa sahaja dalam blog BM ni, menarik dan banyak info

T-J-11 delete icon 18:47

TERIMA KASIH TUAN,SGT BERMANFAAT .. SAYA MASIH BARU NAK BYK LAGI PERLU BELAJAR ,,http://penaklukopera.blogspot.my/

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap