بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Rekabentuk Proton Perdana Baru 2016 Didedahkan: Proton menggunakan pendekatan istimewa untuk mendedahkan rekabentuk model Proton Perdana Baru 2016. Bukan dilakukan secara formal seperti biasa tetapi menggunakan penampilan istimewa di dalam filem!

Proton Perdana Baru 2016
Proton Perdana Baru 2016

Ya! Satu idea kreatif yang sangat menarik untuk tujuan awal promosi bagi kedua-dua pihak. Proton Perdana Baru 2016 ditampilkan secara ekslusif di dalam filem 'Kapsul' yang mula ditayangkan di panggung wayang pada 17 September 2015.

Filem 'Kapsul' yang bertemakan patriotik sempena sambutan Hari Malaysia 16 September 2015 ini bukan sahaja menampilkan Proton Perdana Baru 2106 tetapi lebih istimewanya adalah penampilan khas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad!

Proton Perdana Baru 2016
Tun Dr. Mahathir dalam satu babak Filem Kapsul

Model Perdana Baru Dalam "Kapsul"

Berikut adalah video trailer filem Kapsul yang jelas menunjukkan Proton Perdana Baru 2016 dari setiap sudut pandangan.

Semangat juang TERHEBAT. Perjuangan mereka tetap diingati selamanya. Semoga negara kita lebih makmur dan bangsa kita lebih bersatu....Amin. www.filemkapsul.com ESOK 17.9.2015 di pawagam anda.
Posted by Kapsul The Movie on Wednesday, September 16, 2015

Kalau hendak lihat dengan lebih jelas lagi Proton Perdana 2016 ini serta melihat penampilan istimewa dan lakonan Tun Dr. Mahathir dalam filem, maka saksikanlah Filem Kapsul ini di pawagam berhampiran anda.

Rekaan Baru Model Proton Perdana

Seperti yang kita semua ketahui, model Proton Perdana Baru 2016 ini menggunakan platform dan teknologi Honda Accord Generasi ke-8 namun jelas sekali para jurutera Proton telah menukar rekabentuknya kepada rekaan baru sepenuhnya.

Ianya sama sekali berbeza dengan Proton Perdana edisi khas untuk Pegawai Kerajaan yang mengekalkan rekabentuk Honda Accord dan hanya menukar bumper hadapan dan belakang.

Model Kereta Proton Perdana Baru 2016
Ekslusif pandangan hadapan Proton Perdana 2016 ini didedahkan oleh D’Zunnur Chauntique di Facebook

Model Kereta Proton Perdana Baru 2016
Pandangan sisi dan belakang Proton Perdana Baru 2016 - Filem Kapsul

Tiada lagi DNA rekaan Honda Accord kelihatan dan tampak lebih menawan seperti rekaan kereta mewah Eropah. 

Rekaan hadapan yang moden dan terkini manakala bahagian belakangnya masih mengekalkan ciri-ciri rekaan Proton Preve tetapi diperkemaskan agar tampak lebih elegan. Iras-iras model Jaguar pun ada.

Pada keseluruhannya, Proton berjaya memberikan model rekabentuk yang memuaskan dan dilihat tiada kurangnya untuk bersaing dengan jenama lain dalam segmen D ini.

Ini hanyalah pandangan peribadi kerana ianya terlalu berbeza serta subjektif pada pandangan orang lain. Maka tiada yang salah jika anda menyukai atau sebaliknya.

Namun ini hanyalah model prototype Proton Perdana Baru. Rekaan sebenarnya masih dirahsiakan tetapi mungkin ada perubahan yang tidak banyak dari rekabentuk ini.

Proton Perdana 2016 di Proton Alami, Shah Alam.

Terkini! (3 Oktober 2015) Proton mendedahkan sedikit akan rupa sebenar Proton Perdana Baru 2016 ini di Karnival Proton (Proton Alami, Shah Alam). Ekslusif melalui Paultan.org, sedikit selakan belakang dan hadapan dari selubung model Proton Perdana 2016 ini menjadi tatapan misteri untuk kita semua.

Jelas sekali rekaannya berbeza dari apa yang kita lihat di dalam Filem Kapsul! Namun dari rekabentuk selubung penuh tersebut kita dapat lihat akan rekabentuk Honda Accord Edisi ke-8 ini telah diubah suai sepenuhnya.

Proton Perdana Baru 2016
Rekaan belakang Proton Perdana Baru 2016
Proton Perdana Baru 2016
Sedikit sangat selakannya... Hmmm... memang saje jer bikin geram!
Proton Perdana Baru 2016
Agak mengujakan! Macam-macam bayangan apabila masih berselubung... Macam nak ditarik jer!

Malah dari sudut saiz keseluruhan juga lebih besar di mana Proton Perdana ini panjangnya 4,999mm berbanding panjang asalnya 4,849mm!

Berita baik juga apabila Proton mungkin akan mengekalkan enjin Honda Accord 2.0L (154 hp/189 Nm R20A3) dan 2.4L (177 hp/222 Nm K24Z2 i-VTEC) dengan transmisi automatik lima kelajuan untuk Proton Perdana 2016 ini.

Sedikit demi sedikit pendedahan memberi keterujaan buat peminat automotif negara. Sama sama kita nantikan pelancaran Proton Perdana Baru 2016 ini yang dijangkakan sebelum suku pertama 2016.

Berikut pula adalah gambaran Terbaru dari Theophilus Chin melalui Paultan.org hasil dari selubung di atas. Tampak sangat menarik dan handsome! 

Proton Perdana Baru 2016
BinMuhammad
Proton Perdana Baru 2016

Spyshot Terkini 

Berikut adalah spyshot terkini yang didedahkan oleh Paultan untuk tatapan anda semua. Selain luaran yang masih bersalut, satu gambar spysot menunjukkan rekaan dalaman Proton Perdana Baru 2016 ini.

Spyshot Proton Perdana Baru 2016

Spyshot Proton Perdana Baru 2016

Informasi Terkini!
Proton telah keluarkan secara rasmi akan harga, variants dan spesifikasi Proton Perdana Baru ini pada 14 Jun 2016. Ketahuinya di sini: Harga, Variants dan Spesifikasi Proton Perdana Baru 2016

2016 Tahun Mencabar

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan penilaian tentang rekabentuk serta spesifikasi Model Proton Perdana 2016 ini namun ianya jelas menunjukkan komitmen Proton untuk memberikan sesuatu yang terbaik.

Tahun 2016/17 merupakan tahun yang mencabar buat Proton di mana tiga model baru iaitu Perdana, Persona dan Saga akan dilancarkan dan seterusnya menjadi penentu kepada masa depan Proton.

Sama-sama kita nantikan pendedahan seterusnya ketiga-tiga model ini yang sememangnya amat-amat dinantikan oleh semua peminat automotive tempatan dan luar negara.

20 comments - "Rekabentuk Proton Perdana Baru 2016 Didedahkan"

paridah delete icon 22:49

PROTON PERDANA NAMPAK SGT HEBAT RUPANYA KUALITINYA PASTI SETADING PRODUK HONDA...FILEM KAPSUL YG MENAMPILKAN TUN M DAN PROTON PERDANA PASTI DINANTI KEMUNCULANNYA DI LAYAR PERAK

pasal kereta memang Etuza penggemar kereta Proton, memang cantik setanding jg tu dengan brand kereta dari negara lain. Buatan Jepun memang hebat..tapi jangan lupa belilah barangan buatan Malaysia,..hehehe..

huuu berkilat tu BM..lawa kan..terbaik

Nampak cantik..:)

Nao Mei delete icon 10:08

elegen lah uncle.....berapa agaknya harga kan...kiki

assalam BM, lama aiza tak menulis blog dan melawat blog rakan-rakan.. rupa-rupanya blog relaks minda bermasalah.. semoga ukhwah berpanjangan..

cantik rekabentuk proton perdana baru ini, dah setanding dengan kereta mewah dari luar negara..

memang sangat hebat dan menawan jiwa tengok proton perdana versi baru ini..

Sama2 kita nantikan pelancaran rasminya nanti dan nilaikanlah kehebatannya...

Wah...semangat cintakan negara cikgu! Betul tu, siapa lagi kalau bukan kita,,,

Harganya tak tau lagi... Kemungkinan besar lebih RM100K

Waalaikumsalam,
Itulah...lama tak melihat kelibat Aiza. Selamat kembali :) InsyaAllah...semoga ukhuwah berpanjangan

Pandangan pertama yang memikat... Kita tunggu pula pendedahan seterusnya...

Ada gaya mcm BMW 7 series dari belakang ni.. nampak mantap dan bergaya juga.

Persoalan 'kemana hilangnya Mizz Aiza' walaupun belum terjawab, tapi akhirnya muncul juga orangnya hihii.. :D

Wah, boleh tahan juga harganya ye BM..

syok delete icon 14:29

Kelihatan cntk rekabentuk. Walaupun terdpt bebrp rekabntk hdpn spt vios n blkng spt BMW. dharap keluarn Prot br dpt mengmbalikn kegemilangan prot d mata pengguna Malaysia...

Cantik. Pernah pakai perdana dulu. Tapi maintenance boleh tahan tinggi jugak. Kopak duit.

Sesaje Proton buat suspen. Tunggu jugaklah macam mana bentuk dan spek penuh nanti.

perdana memang dari dulu nampak mewah kan
harga pun boleh tahan

tapi orang cam saya yang buta keunikkan sesebuah model kereta
semua jenis kereta atas jalan nampak cantik pada saya...hehe
yang pasti saya hanya mampu tengok aje =)

Beruntunglah kpd mereka yg dpt memakainya..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap