بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Senarai Terkini Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya): Semakin lama semakin banyak plaza tol yang beroperasi tanpa tunai di mana kesemua transaksi adalah secara elektronik sepenuhnya atau electronic toll collection (ETC) sistem menerusi kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG.

Menurut Pengarah Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi),
“Seperti yang telah kita saksikan di plaza tol yang mana pembayaran secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya, memang ada tentangan daripada sesetengah pihak, tetapi kami rasa ini adalah jalan terbaik ke hadapan untuk memastikan keberkesanan operasi tol dan untuk manfaat kesemua pengguna lebuh raya.”

Keputusan pihak konsesi lebuhraya dilihat amat yakin dengan operasi plaza tol tanpa tunai mampu menyelesaikan masalah kesesakan di plaza tol. Benarkah?

Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya)

Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai

Berikut adalah senarai penuh terkini plaza tol dibeberapa lebuhraya terpilih di seluruh negara yang melaksanakan operasi kutipan tol tanpa tunai (elektronik sepenuhnya (ETC) sistem menerusi kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG)  

Mula Berkuatkuasa 9 November 2016
  1. Plaza Tol  Penchala - Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  2. Plaza Tol  Petaling Jaya - Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  3. Plaza Tol  Puchong Barat - Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  4. Plaza Tol  Puchong Selatan - Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  5. Plaza Tol  Senai-Desaru Highway (SDE) 
Mula Berkuatkuasa 1 Jun 2016
  1. Plaza Tol Mines - Sungai Besi Expressway (Besraya)
  2. Plaza Tol Loke Yew - Sungai Besi Expressway (Besraya)
  3. Plaza Tol Bagan Ajam - Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  4. Plaza Tol Perai - Butterworth Outer Ring Road (BORR) 
  5. Plaza Tol Sg. Nyior - Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  6. Plaza Tol Ayer Hitam - South Klang Valley Expressway (SKVE). 
  7. Plaza Tol Saujana Putra - South Klang Valley Expressway (SKVE). 
  8. Plaza Tol Teluk Panglima Garang - South Klang Valley Expressway (SKVE). 
  9. Plaza Tol Pulau Indah - South Klang Valley Expressway (SKVE).
  10. Plaza Tol Bukit Raja - New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB) 
  11. Plaza Tol Kapar - New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB) 
  12. Plaza Tol Moc A - New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB) 
  13. Plaza Tol Kapar Moc B - New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB)
  14. Plaza Tol PB2X - Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah Bridge (JSAHMS)
  15. Plaza Tol Sungai Ramal - Kajang Dispersal Link Expressway (SILK). 
  16. Plaza Tol Bukit Kajang - Kajang Dispersal Link Expressway (SILK).
  17. Plaza Tol Sungai Long - Kajang Dispersal Link Expressway (SILK).
  18. Plaza Tol Sungai Balak - Kajang Dispersal Link Expressway (SILK).
Mula Berkuatkuasa Tengahari 2 Mac 2016
  1. Plaza Tol  Kerinchi Link - Western KL Traffic Dispersal Link System (SPRINT)
  2. Plaza Tol  Penchala Link - Western KL Traffic Dispersal Link System (SPRINT)
  3. Plaza Tol  Damansara Link - Western KL Traffic Dispersal Link System (SPRINT)
  4. Plaza Tol Taman Rimba Templer - Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  5. Plaza Tol Kundang Barat & Kundang Timur - Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  6. Plaza Tol Kuang Barat & Kuang Timur - Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  7. Plaza Tol Ijok - Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  8. Plaza Tol Awan Besar Timur & Barat - Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  9. Plaza Tol Sunway - Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  10. Plaza Tol Kemuning - Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  11. Plaza Tol Bukit Jelutong - Lebuhraya Gutrie (GCE)
  12. Plaza Tol Elmina - Lebuhraya Gutrie (GCE)
  13. Plaza Tol Lagong - Lebuhraya Gutrie (GCE)
  14. Plaza Tol Kajang Selatan - Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  15. Plaza Tol Semenyih - Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  16. Plaza Tol Pajam - Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  17. Plaza Tol Mantin - Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  18. Plaza Tol Setul - Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  19. Plaza Tol Ampangan - Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  20. Plaza Tol Paroi - Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
Mula Berkuatkuasa 13 Januari 2016 
  1. Plaza tol Salak Selatan - Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  2. Plaza Tol Putrajaya - Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  3. Plaza Tol Seri Kembangan - Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  4. Plaza Tol PJS2 - Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  5. Plaza Tol PJS5 - Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  6. Plaza Tol Pantai - Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  7. Plaza Tol Batu 9 - Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)
  8. Plaza Tol Batu 11 - Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)
  9. Plaza Tol Seri Muda - Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  10. Plaza Tol Alam Impian - Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Mula Berkuatkuasa tengahari 9 September 2015
  1. Plaza Tol Jitra - Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  2. Plaza Tol Bukit Kayu Hitam - Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  3. Plaza Tol Lunas - Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  4. Plaza Tol Kubang Semang - Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  5. Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
  6. Plaza Tol Gombak - Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  7. Plaza Tol Bentong - Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  8. Plaza Tol Datuk Keramat - Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  9. Plaza Tol Ayer Panas - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  10. Plaza Tol Sentul Pasar - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  11. Plaza Tol Batu - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  12. Plaza Tol Lebuhraya SMART
Mula Berkuatkuasa 1 Jun 2015
  1. Plaza Tol Mambau - Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  2. Plaza Tol Lukut - Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
Mula Berkuatkuasa 1 September 2014
  1. Plaza Tol Batu Tiga - Lebuhraya Persekutuan
  2. Plaza Tol Sungai Rasau - Lebuhraya Persekutuan
Mula Berkuatkuasa Januari 2014
  1. Plaza Tol Perling - Lebuh raya Linkedua (LINK2)
  2. Plaza Tol Kempas - Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

Tiada Plaza Tol Tunai Tahun 2017

Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya)

Untuk makluman, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menjalankan sistem kutipan tol tanpa tunai iaitu secara elektronik sepenuhnya (ETC) dikesemua 92 Plaza Tol Plus. Ianya akan dilakukan secara berperingkat sehingga tahun 2017.

Sehingga (10 Sept 2015) masih terdapat 78 Plaza Tol Plus yang menjalankan operasi kutipan tol secara tunai.

“Saya jangka 2017 semua plaza tol di seluruh negara akan menggunakan sistem ETC ini dan ini sebenarnya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di plaza tol” - Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) LLM, Datuk Sr. Aziz Abdullah.
Berikut adalah pelan pelaksanaan sistem bayaran tol secara elektronik sepenuhnya @ Sistem ETC
Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya) - ETC

Dilema Plaza Tol Tanpa Tunai

Jika dikaji secara mendalam dan situasi semasa, walaupun plaza tol tersebut tanpa transaksi tunai (ETC) tetapi tetap juga sesak malah bertambah teruk apabila berlaku masalah sama ada kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG tersebut tidak berfungsi, rosak, atau ketiadaan kad. Bagaimana pula kalau janakuasa elektrik terputus? 

Biarpun langkah tersebut secara teorinya mampu mengurangkan kesesakan serta menjadikan perjalanan lebih lancar, namun wajar juga diberi pilihan dan jalan penyelesaian dengan menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong tunai.

Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya)

Kajian mesti dilakukan lebih mendalam sebelum ianya dilaksanakan. Kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG sudah lama ada tetapi kenapa orang ramai masih memerlukan transaksi tunai? Mestilah ada sebab-sebabnya dan itulah yang harus di kaji dan diperhalusi serta diselesaikan terlebih dahulu.

Bukan dengan mengeluarkan kenyataan, "lebuhraya adalah satu pilihan laluan, jika tak ada kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG, usah lalu!" Walaupun diberi pelbagai imbuhan dan tawaran menarik namun ianya bukan sebab utama untuk pengguna beralih arah.

Pihak konsesi sudah tentu amat suka dengan perlaksanaan plaza tol tanpa tunai ini kerana mereka boleh mengurangkan pekerja dan yang lebih penting guna atau tidak kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG tersebut, mereka telah dapat kutipannya.

Masalah tetap juga tidak selesai dan yang pasti hanya pengguna sahaja yang akan menanggungnya! Bukan menidakkan teknologi dan kemudahan tetapi dengarkanlah juga rungutan orang ramai...

p/s: Paling berkesan mengatasi masalah ini adalah, tanpa tol! :)

16 comments - "Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya)"

kalau tgk kat AKLEH tu lorong Smartag yg biase nyer jem berbanding tunai! Serius cakap setiap pagi dan petang sama je keadaan nyer..mana tujuan bagi kurang sesak??hmm...

betul ke diorang dah buat kajian menyeluruh
cam lagi menyusahkan aje

paridah delete icon 16:49

tak selesai masalah juga walau secanggih mana sistem tol dijalankan...nak elakan kesesakan tiadakan tol...

Unknown delete icon 08:32

Setuju sagat tol diMANSUHkan, buat tol ni bagi jem saja

Hmm... itulah realitinya, mereka macam buat-buat tak nampak jer...

Kajian menyeluruh sebelah pihak jer... huhu

Ya! Tiada tol! Itulah jalan penyelesaian terbaik! :-)

kihkih..ayat last tu jie nak..


entah la pihak berwajib buat kpurusan mcm tu..

SOkong kalau tol dimansuhkan. Konfem setel masalah sesak. Kadang-kadang cadangan mereka-mereka ni tak masuk akal pun ada.

Risau juga kalau terlalu tol tanpa tunai ni.....orang luar macam kami dari Perak ni selalu juga tersilap masuk tol....dah la tak cam tol yang mana...

Kita doa-doalah semoga ianya menjadi kenyataan!

Inilah yg menjadi dilema dan masalah. Nak tak nak... kena beli juga sekurang2nya TnG tapi kalau tak habis pakai... Bukannya boleh balik baki tu, huhu... Depa gak yg untung!

Unknown delete icon 15:52

Bayar tol nie mahal kan...
Kat sibu nie...bayaran tol dah tak de...free..

Unknown delete icon 20:42

Masalah plaza tol ni kekadang merumitkan pengguna juga, ada smart tag pun problem

Hilanglah peluang pekerjaan sebagai juru tol..

Tanpa Nama delete icon 15:58

Saya nak guna sekali je kadnya, bukannya banyak kali. Rugilah saya beli kad tapi guna sekali je.

Ni tengah cari macam mana nak dapatkan kad untuk lalu tol. Nak balik kampung naik kereta.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap