بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Gambar Hidup Dengan Teknik Foto Bergerak: Anda pernah lihat sebuah foto di mana gambarnya bergerak? Ianya juga dikenali sebagai cinemagraph photo. Teknik ini nak dikatakan video pun bukan tetapi lebih kepada sekeping foto atau gambar yang mempunyai sedikit elemen pergerakan yang terhad.

Teknik foto bergerak ini sangat menarik dan ianya bagaikan hidup umpama realiti andai dilakukan pada gambar yang mempunyai sesuatu elemen yang bergerak secara berterusan seperti air yang mengalir atau daun yang bergoyang. Ini berikutan, gerakan pada foto bergerak ini adalah terhad dan berulang-ulang.

Cinemagraph

Berikut adalah beberapa contoh gambar foto bergerak untuk tatapan anda. (perlukan sedikit masa untuk loading sepenuhnya)

Gambar Hidup Dengan Teknik Foto Bergerak
Katak tersebut bagaikan hidup di dalam gambar ini

Gambar Hidup Dengan Teknik Foto Bergerak
Gambar kelihatan seperti realiti

Gambar Hidup Dengan Teknik Foto Bergerak
Hebat sungguh... Tak henti-henti pemuda tu belek surat khabar.

Gambar Hidup Dengan Teknik Foto Bergerak
Bagaikan terasa seakan ianya di depan mata dan berada di tempat ini

Gambar yang dihasilkan menggunakan teknik ini sangat menarik dan menakjubkan. Ianya bagaikan satu realiti atau sebuah rakaman video namun sebenarnya ia hanyalah sebuah gambar.

Anda boleh lihat lagi beberapa foto bergerak ini di sini :

Masalah Foto Bergerak

Kelemahan foto bergerak ini adalah ianya dalam format GIF Image dimana saiz yang digunakan agak besar. Ini akan menyebabkan masalah loading menjadi sedikit lembab dan bagi yang menggunakan line internet yang perlahan mungkin langsung tidak terpapar gambarnya.

Jika anda melayari blog ini menggunakan smartphone, tidak pasti sama ada gambar yang anda lihat ini berfungsi atau tidak pergerakannya bergantung kepada peranti yang anda gunakan support GIF format atau tidak.

Membuat Foto Bergerak

Jika anda berminat untuk membuat gambar atau foto bergerak ini, ianya tidaklah terlalu sukar tetapi perlukan ketelitian dan daya kreatif. Berikut adalah keperluan asas untuk membuat foto bergerak ini:

1. Tripod dan Video Kamera
  • Tripot diperlukan kerana kamera video rakaman mestilah pada kedudukan tetap dan stabil.
2. Quicktime Player
  • Software video untuk edit dan trim bahagian video yang dikehendaki 
3. Photoshop (CS5 Extended)
  • Software yang digunakan untuk melakukan foto bergerak ini

Tutorial Membuat Foto Bergerak

Tutorial untuk membuat gambar bergerak ini agak panjang dan bagi seseorang baru hendak mencuba, disarankan belajar melalui tutorial berikut kerana ianya menunjukkan langkah-langkah pembuatan foto bergerak ini dengan cara yang amat mudah difahami.

Belajar cara membuat Foto Bergerak - Cinemagraph

14 comments - "Gambar Hidup Dengan Teknik Foto Bergerak"

Mnarik ni tuan BM..nasib baik hp jie bleh support..hihi

paridah delete icon 09:08

ASSALAM...MENGAGUMKAN SEKALI TEKNIK CINEMAGRAPH TU GAMBAR JADI HIDUP...

cantik hasilnya kan..

Mrs. A delete icon 11:54

Terima kasih atas perkongsian.
Cinemagraph photo namanya yer...
Pernah tengok teknik ni kat satu blog tu time tu dia letak gambar anak dia pastu mata berkelip.
Apocot! terkojut den. ngeh! ngeh! ngeh!

cantik sgt!

Selalu juga buat video untuk staf yang berpencen...terima kasih atas perkongsian....

cantik sungguh bambar berbicara ...apa khabar BM..mohon maaf lama baru sampai ke sini..BWalking slow bawa jalan2

menarik ..10 bintang..wow!!! amazing

macam real je aiza tengok.. hebat betul.. ;)

Syaz delete icon 14:04

owh gtu rupenya nk bt..mmg menarik bla gmbr de pergerakn..

Kelakar pula baca komen Mrs A. hehe...
Kalau lagu tu, memang saya pun terkojot!

Terima aksih cikgu. Sibuk2 cikgu...masih berkesempatan singgah. Saya ni...langsung belum punya kesempatan...huhu. Maafkan aku...

Memang sangat menarik cara fotografi tu..tapi MV ni memang tak berseni langsung..agaknya susah juga kalau nak buat teknik foto bergerak ni..hihi

Kagum jap bila tengok ☺

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap