بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kembali lagi... di Ekspo dan Pameran MAHA 2012 Episod 2. Kembara diteruskan pula ke Laman Pameran Flora. Di sini pelbagai bunga-bungaan di pamerkan di taman yang di reka dengan cantik. Puas menatap kecantikan bunga yang pelbagai bentuk dan warna di taman orkid, bunga raya, helicornia dan Plumeria.

Laman Flora

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Ketika ini mentari tegak di kepala...kira2 jam 2.00 ptg. Panas giler... Rehat sekejap berteduh sambil itu terus menunaikan solat zohor. Banyak surau sementara di sediakan untuk kemudahan solat.
(klik imej untuk besarkan)

Selain pameran... Ekspo dan Pameran MAHA 2012 juga ada banyak aktiviti lain yang menyeronokkan di sediakan seperti menunggang kuda, paintball, funfair dan macam-macam lagi. Sesuai untuk anda sekeluarga bergembira sambil menikmati pameran yang disediakan. Tidaklah bosan sangat....kanak-kanak pasti teruja.

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Laman Pameran Perikanan

Setelah solat...aku terus bergerak ke Laman pameran perikanan. Disini di pamerkan pelbagai pameran ikan, produk, teknologi, sejarah dan makanan berkaitan perikanan. Tarikan utama pastilah rangka paus asli yang sangat besar yang di jumpai mati di pantai terengganu di pamerkan.

eksplorasi pameran maha 2012

Selain itu penyu hidup, ikan lumba2 dan dugung yang diawet juga menarik untuk di lihat di samping pelbagai spesis ikan di akuarium yang pelbagai bentuk dan warna.

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Selain pameran... Pertandingan memancing ikan dan udang juga di adakan. Hadiah wang tunai yang agak lumayan juga disediakan buat pemenang.

Laman Sayuran Dan Herba

Puas melihat hidupan, aku berjalan pula ke Laman sayuran dan herba berada bersebelahan dengan Laman Perikanan. Inilah lokasi yang paling teruja untuk aku lawati. Melihat pokok sayuran dan buah-buahan yang subur tumbuh secara 'live' sangat menarik...geram! macam nak petik aje.

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Lihatlah buah labu,petola dan timun yang bergayutan...sungguh menarik. Puas rasanya dapat menikmati keindahan tanaman yang subur menghijau dan buah-buah yang segar...tercapai juga hajat aku.

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Taman herba yang memberikan pengetahuan tentang pelbagai spesis pokok-pokok herba yang terdapat di Malaysia. Banyak juga yang sebelum ini tidak aku ketahui tetapi dapat dilihat di sini.

Agak lama berada dilokasi ini untuk menikmati dan mengenali pelbagai tumbuhan yang unik dan menarik...Tersa sungguh seronok dan puas. 

Bahagian Agrobazar

Seterusnya, aku bergerak ke bahagian Agrobazaar di mana di sini terdapat banyak gerai menjual pelbagai jenis buah-buahan, pokok buah-buahan, herba dan bunga. 

Walaupun bazaar jualan tetapi bak melawat tapak pameran yang mempamerkan pelbagai spesis pokok dan bunga yang sungguh unik dan menarik. 

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Puas berjalan sambil menikmati bunga-bunga yang pelbagai rupa dan warna. Sempat jugalah membeli sepokok anak pokok mempelam untuk ku tanam di hadapan rumahku nanti. 

Banyak lagi lokasi yang aku belum pergi ni...kaki dah lenguh. Panas pulak tu... Jadi aku putuskan untuk pergi ke bahagian pameran ternakan. 

Bahagian pameran Nenas, Padi dan Jentera aku tak lalu nak pergi dah. Lain kalilah. Bahagian pameran ternakan dekat dengan parking jadi senang untuk aku terus balik nanti.  

Bahagian Pameran Ternakan

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Di bahagian pameran ternakan mereka menggunakan daya kreativiti dengan mengetengahkan tema country atau cowboy. Semua petugas berpakaian ala cowboy dan keseluruhan dekorasi seolah-olah berada di Texas, USA... Sungguh menarik!

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Pelbagai jenis haiwan ternakan dipamerkan. Tetapi yang paling mendapat perhatian ramai adalah lembu-lembu yang dipamerkan teramatlah besar! Seekor tu boleh buat kenduri satu kampung untuk 3 hari 3 malam.

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Dah letih sangat...kaki lenguh. Badan dan berpeluh...Tak lalu nak tengok binatang lain lagi... Aku pun bergerak balik, waktu itu jam dah menghampiri jam 5.15 ptg. Namun dalam hati cukup puas...walaupun tidak dapat meneroka keseluruhan Ekspo dan Pameran MAHA 2012 ini. 

Insyaallah aku akan kembali lagi 2 tahun lagi untuk Ekspo dan Pameran MAHA 2014 pula. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat pelajari.  

eksplorasi pameran maha 2012
Selamat tinggal MAHA 2012...

eksplorasi pameran maha 2012

Pemandangan menarik di tasik sebelah plaza tol Saujana Putra. Dalam perjalanan balik singgah sekejap untuk sembahyang asar. Terima kasih kerana sudi bersama saya...



p/s: Entri diterbitkan semula dari blog RM berikutan entri tersebut telah disekat Google berikutan masalah Malware... Semoga ilmu terus dikongsi bersama... 

4 comments - "Sehari di Ekspo dan Pameran MAHA 2012 - Ep2"

Tak pernah pergi ekspo lagi. Hehehe. Nampak best.

Aiza bertugas masa MAHA 2012 tu.. Memang seronok kalau sesekali bawa kwluarga ke ekspo begini..

menawan sekali BM,,.kelihatan amat mempersona

Tak pernah pergi pon MAHA ni.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap