بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ketahui 10 Punca Utama Penyakit Resdung: Jika sebelum ini kita telah mengenali dan memahami dengan lebih jelas serta mendalam tentang penyakit resdung ini. Begitu juga dengan komplikasi serta bahaya akan penyakit resdung ini apabila ianya berada ditahap yang kronik.

Jika anda terlepas, ikutinya di sini : Kenali Penyakit Resdung dan Komplikasinya

Sekarang ini pula kita ketahui pula akan punca-punca utama terjadinya penyakit resdung ini. Mungkin ianya dapat dijadikan panduan mahupun rujukan agar dapat menghindari atau mengurangkan gejala penyakit resdung anda.

10 Punca Utama Penyakit Resdung

10 Punca Utama Penyakit Resdung

Punca #1 – Virus
Kebanyakan jangkitan ‘sinus’ bermula dari serangan selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

Punca #2 – Alahan
Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom resdung yang lain.

Menurut Sonia Bains (pembantu Professor (MD)) dari Division of Pulmonary, Critical Care, Allergy and Sleep Medicine di Univerisiti Perubatan Carolina Selatan; mereka yang mempunyai alahan lebih mudah untuk mendapat resdung berbanding mereka yang normal.
seafood

Ada penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Debu, bulu binatang, makanan laut mahupun lipas; cuba kenal pasti apa yang menyebabkan hidung menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung.

Apabila punca berjaya dikenalpasti, barulah strategi untuk mengelak dari sakit ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Punca #3 – Bakteria
Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.

Ini menurut William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari Universiti Perubatan Carolina Selatan, Charleston. Menurutnya lagi, kemungkinan besar bakteria yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Haemophilus influenza.
Punca #4 – Polip Hidung

Polip hidung adalah kecil, ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. Ketumbuhan ini juga boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. Ini akan mengakibatkan jangkitan ‘sinus’/resdung.

Polip Hidung - Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala. “Batu permata” kecil ini juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak.

Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan pembengkakkan jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

Punca #5 – Udara Tercemar dan Bahan Kimia
Bahan alahan dan pencermaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu.

Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung; ini diakui oleh Dr Bains.

10 Punca Utama Penyakit Resdung

Punca #6 – Mandi Di Kolam Renang
Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan ‘sinus’, ini fakta yang perlu diketahui. Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’.

Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja.

Kolam renang mengandungi kandungan klorin yang tinggi yang boleh merangsang resdung. Kandungan klorin ini akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’.

Punca #7 – Jangkitan Kulat (Fungi)
Dr Hueston menyatakan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.

Apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

Punca #8 – Merokok
Seperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.

Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.

“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

Punca #9 – Kekurangan Air/Udara Yang Kering
Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.

Penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

Punca #10 – Struktur Hidung yang Berbeza
Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.

Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’.

Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

Ini adalah antara punca-punca jangkitan ‘sinus’ yang menyebabkan resdung (punca-punca biasa) pada manusia. Mungkin ianya dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan maklumat ini.

Jika anda ada masalah resdung. mungkin boleh mencuba rawatan penyakit resdung yang berkesan ini iaitu Rawatan Resdung - Bella Formula Sinus Cure

10 comments - "10 Punca Utama Penyakit Resdung"

kene bagitau husband nie...

paridah delete icon 10:56

assalam bagus sekali perkongsiannya ...pada kak kalau terasa alami resdung elakan makanan berperam spt belacan, cincalok, pekasam dll..

Untuk penghidap diperingkat teruk memang sangat menyusahkan. Kalau diorang terlupa nak bawa ubat (spray) macam kena demam teruk. Terlantar..

Unknown delete icon 21:59

Bahaya juga resdung nie uncle...
Kena berjaga2 macam nie...
Cik akak ada alahan pada habuk dan bahan kimia..huhu

Etuza delete icon 23:06

Terima kasih infor ini...sukar nak kata tahap kesihatan ada masa kena serangan bersin2

Resdung ni mmg masalah terutama bila asyik mersin je... kesian gak tengok. Thanks info ni.. sgt bermanfaat utk yg memerlukan.

Dexx delete icon 08:17

Hampir semua orang ada resdung sama ada biasa-biasa atau serius. Dan Inshaa Allah semua resdung boleh disembuhkan dengan izin-Nya. Info menarik sekali dengan option penyelesaian yang baik. Saya suka!

Unknown delete icon 10:20

Struktur hidung yang berbeza pun boleh menjadi punca resdung ya

Tanpa Nama delete icon 13:50

Adakah makanan seperti telur boleh menyebabkan alahan resdung

Unknown delete icon 13:14

Resdung ni nampak macam masalah kecil tapi kesannya boleh membawa maut...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap