بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pernah satu ketika dulu, tudung bawal bagaikan sudah ketandusan peminat dan seperti ketinggalan apabila tudung-tudung segera yang hanya perlu disarung seperti tudung Sarimah, Fareeda dan sebagainya menguasai selera dan pasaran di negara ini.

Namun tanpa di duga, fesyen tudung bawal kembali mendapat perhatian dan disukai ramai apabila Datin Norjuma memperkenalkan tudung bawal dengan jenama Aidijuma.

Tudung Bawal Makin Lama Semakin Berharga

Walaupun disaingi oleh tudung shawl yang digayakan secara segera dengan pelbagai cara lilitan namun tudung bawal yang hanya berbentuk sehelai kain segi empat sama ini tetap terus diminati


Keistimewaan Aidijuma

"Cetusan Idea Datin Norjuma" maka terhasillah koleksi tudung bawal Aidijuma yang amat disukai dan digemari oleh kaum muslimah masa kini!

Tudung bawal tanpa sebarang perincian manik, kilauan batu yang dilekat atau permata yang berjurai-jurai mahupun sulaman halus yang indah tetapi mampu mencetus kegilaan ramai muslimah tanpa mengira usia. Maka... Apakah keistimewaan tudung Aidijuma ini?

Ianya hanya bergantung kepada tarikan rekaan corak 'simple' tetapi memikat pandangan serta sesuai dipakai di mana-mana sahaja untuk apa jua acara. Selain itu, pilihan fabrik yang sangat mudah dijaga dan dibentuk ini telah berjaya menggamit sambutan yang sungguh luar biasa.

Setiap rekaan coraknya pula hanya dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan setiap minggu pasti akan ada rekaan baru diperkenalkan telah membuatkan tudung bawal Aidijuma menjadi begitu ekslusif dan sukar diciplak.

Tambahan pula harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal dan mampu miliki oleh setiap golongan.

Percaya atau tidak, ada antara rekaan corak tudung bawal Aidijuma ini yang semakin lama semakin berharga sehingga boleh meningkat mencecah ratusan hingga ribuan ringgit sehelai!

Harga tudung bawal Aidijuma
Harga tudung bawal Aidijuma dibezakan mengikut warna label... Harga yang agak berpatutan

Corak tudung bawal Aidijuma
Corak tudung bawal Aidijuma ini antara yang menjadi koleksi berharga kerana harga pasarannya kini telah meningkat lebih dari RM600 sehelai... Hmmm apa yang istimewa agaknye...

Kini, ianya umpama satu kekemestian buat peminat dan pengumpul tudung tegar untuk memiliki koleksi kain tudung bawal ekslusif Aidijuma ini.

Kejayaan Datin Norjuma bersama Aidijuma

Menarik sekali bisnes tudung di negara ini sehinggakan ianya mampu memberi pulangan yang besar dan menjadikan pengusahanya seorang jutawan!

Taktik dan teknik Datin Norjuma mempromosi tudung bawal Aidijuma sungguh berkesan dan menarik untuk kita semua pelajari. Beliau hanya memilih media sosial seperti di Facebook dan Instagram sebagai medium promosi.

Kelebihan yang nyata adalah setiap kali tudung baru yang ingin dikeluarkan, beliau sendiri akan menggayakannya terlebih dahulu. Tidak kiralah corak apa pun...kalau orangnya dah cantik dan popular, apa jua tudung yang dipakai pun tampak menarik! Satu teknik promosi yang sangat berkesan buat beliau!

tudung bawal Aidijuma
butik tudung bawal Aidijuma
Salah satu butik utama Aidijuma di Bukit Jelutong, Shah Alam

Butik-butik Aidijuma juga agak terhad menyebabkan tudung bawal keluarannya agak ekslusif dan sukar untuk dimiliki. Tambahan pula setiap koleksi corak sengaja dibuat terhad bagi menjadikan ianya rebutan ramai.

Maka tidak hairanlah jika anda pernah melihat ada peminat dan pembeli sanggup berkhemah di perkarangan butik sebelum hari jualan untuk tidak terlepas setiap kali koleksi corak terbaru tudung bawal Aidijuma dikeluarkan!

Satu fenomena yang sungguh menakjubkan di negara ini, hanya kerana hendak membeli tudung bawal berharga RM39!

Shopping Aidijuma Online: Klik Banner
aidijuma

Minat, Keperluan dan Pelaburan

Sebagai seorang perempuan muslimah, memiliki koleksi tudung memang tidak dapat dielakkan. Setiap wanita ada minat, citarasa dan gaya tersendiri dalam pemakaian tudung. Maka pasti juga ada jenama tudung tertentu yang menjadi pilihan anda.

Jika ada jenama tudung yang boleh dijadikan aset, tudung Aidijuma boleh dijadikan pilihan kerana siapa sangka tudung yang dibeli dengan harga belasan ringgit atau yang paling mahal pun tak sampai RM40 mungkin akan berharga ratusan malah ribuan ringgit hanya dalam jangkamasa tidak sampai 5 tahun!

Satu pelaburan yang bernilai tu! Kalah pelaburan emas! Maka... para peminat dan pengumpul tudung bawal Aidijuma, pastikan tudung Aidijuma anda tidak disidai diluar atau diletak merata-rata. Jikalau hilang dicuri orang...maka berputihlah mata!

Fesyen Tudung Aidijuma di Mata Lelaki

Sukar hendak menyatakan... namun tidak dinafikan ada antara corak-corak tudung bawal Aidijuma ini sangat menarik namun kebanyakannya nampak biasa sahaja berbanding tudung bawal yang lain.

Mungkin keistimewaanya di atas jenama dan keunikan corak-corak tertentu keluarannya. Satu yang ketara adalah... memakai tudung bawal Aidijuma boleh menampakkan wajah dan gaya menjadi lebih muda! Bolehlah perasan cantik macam Datin Norjuma! haha!...

Tidak mahu menafikan, isteri BM juga peminat tudung bawal Aidijuma tetapi tidaklah terlalu fanatik. Dalam kata tak fanatik tu...dah bepuluh-puluh helai juga koleksinya! Harap-harap ianya dapat jadi satu pelaburan...hehe!

koleksi peminat tudung bawal Aidijuma
Ini adalah antara koleksi tudung bawal Aidijuma kepunyaan isteri tersayang... Lebih untuk tontonan dari dipakai! Kalau setiap satunya meningkat harga lebih RM500 pada sepuluh tahun akan datang...Kayo wei! haha!

15 comments - "Tudung Bawal Makin Lama Semakin Berharga"

mahal tahap merepek..saya biase pakai tudung bawal rm5-rm10 jek..paling mahal rm15 utk raya ;)

Orang rumah pun beli yg murah tu jer... Tapi memang merepek kan kalau sehelai boleh meningkat sampai ratusan RM! Kalau perempuan pun pelek...apatah lagi lelaki...

Hmmm...memang xfaham...

Unknown delete icon 10:49

kalau dah letak nama artis pada nama tudung...kompem naik harga...
cik akak lama dah tak beli tudung bawal gne..hahaha.....kita main lilit dengan shawl je dah sekarang nie uncle..

mselim3 delete icon 16:05

Assalammualaikum... BM,

mahal nyer BM... harga sehingga mencecah RM 600.00 pehh.. boleh tahan gak. ermmmm..

mselim3

paridah delete icon 16:23

wah banyak koleksi tudung aidijuma isteri DM...cantik n berkualiti mungkin suatu dicari penggemarnya dgn nilai jauh lbh tinggi.

akak beli kat Lazada ja Aidijuma ni

Walhal bisnes tudung pun dah ramai jadi jutawan..:)

cik tom delete icon 10:54

lawo tempat gantung tudung..hehe
ciktom ada satu je tudung adijuma ni...
tu pun xde pakai mana...
ciktom prefer pakai shawl lagi..

Tudung bawal ni sesuai dipakai utk semua golongan wanita itu yg evergreen. Tak lapuk di hujan tak lekang dek panas. Boleh pakai selalu. Cantik pun cantik.

Tu dah bertingkek-tingkek tudung macam nak jual aje kakak tengok hihi...

makin lama makin berharga mcm harga emas ke?? mmg dahsyat tu..blh kumpul bebyk mcm ni..

saya dah lama tak pakai tudung bawal. tak faham cemana boleh naik harga tu?

Setiap keluaran corak tudung Aidijuma terhad (tidak akan ada corak yg di cetak semula) maka jika ada corak yg menjadi rebutan dan kegilaan ramai, harga jual semula akan naik dan bila semakin lama ianya akan menjadi terlalu ekslusif dan rare, maka harganya boleh melambung tinggi sehingga tak masuk akal!

Unknown delete icon 16:56

Memang lejen la kain tudung bawal ni...

Dulu heboh ttg tudung bawal ni, lepas tu lama dah mcm slow sikit. Skrng dah mula havoc balik ni... :D

Tanpa Nama delete icon 13:41

sy ada jual tudung harga rm10...blh pm sy 01126221879wasap

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap