بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tudung bawal, salah satu jenis tudung untuk wanita muslimah yang kekal menjadi pilihan sehingga kini. Apabila semakin lama, sudah tentu koleksi tudung bawal ini menjadi semakin banyak.

Oleh itu, yang sering menjadi masalahnya adalah, tudung bawal ini akan disimpan dengan cara dilipat dan disusun bertindih, maka agak sukar untuk memilihnya kerana coraknya telah terlindung dalam lipatan.

Terpaksalah ambil satu persatu untuk dilihat dan akhirnya habis terlerai lipatan yang kemas tadi. Tudung-tudung yang lain juga akan ikut berterabur susunan dan lipatannya... Adeh! mesti 'tension' kan...

Cuba anda lihat di kedai-kedai yang menjual tudung bawal, bagaimana mereka menyimpan dan mempamerkan tudung bawal ini agar mudah dilihat dan senang diambil dan disimpan semula tanpa menyelerakkan tudung-tudung yang lain.

Teknik inilah juga anda boleh gunakan di rumah untuk menyidai dan menyimpan tudung bawal ini agar lebih mudah untuk dilihat, dipilih, diambil dan disimpan.

Kos & Cara Buat Tempat Simpan/Sidai/Pamer Tudung Bawal

Penyidai Tudung Bawal

Berikut adalah cara untuk anda buat sendiri (DIY) tempat simpan/gantung/sidai tudung bawal di rumah anda. Kos bergantung pada jumlah dan panjang batang penyidai yang anda perlukan dan jenis material.

Sebelum pergi membeli barang yang diperlukan, pastikan ruang dinding yang ingin anda letak penyidai tersebut. Sukat panjang yang diperlukan dan berapa jumlah yang diinginkan.

Peralatan Dan Kos Harga (5 batang penyidai)
  • 5 batang Paip Besi bersalut crome 6 kaki panjang - (RM9 x 5 = RM45) Kalau nak murah lagi boleh guna material batang kayu atau pipe PVC
  • 5 set Pemegang Paip Besi - (Satu set RM4 x 5 = RM20)
  • 20 wall plug - (RM0.10 x 20 = RM2)
Kos & Cara Buat Tempat Simpan Tudung Bawal

Peralatan yang digunakan. (untuk dinding batu)
  • Mesin drill
  • Screw driver
  • Pensil
Panduan cara membuat Penyidai Tudung Bawal
1. Sukat kedudukan penyidai yang ingin anda lekatkan di dinding. Jarak antara penyidai terpulang kepada anda. Contoh di sini adalah 6 inci. Buat sebelah sahaja dahulu.
2. Tandakan dengan pensil lubang yang perlu di drill untuk di isi dengan wall plug. Pastikan saiz lubang tersebut tidak longgar untuk wall plug.
3. Drill lubang dan isikan wall plug sehingga selesai.
4. Ikat skru Pemegang paip besi pada wall plug. Pastikan ianya terlekat kemas.

Kos & Cara Buat Tempat Simpan/Sidai/Pamer Tudung Bawal

5. Letakkan bartang besi pada pemegangnya dan pastikan penyidai tepat mendatar serta tidak senget. Masukkan sebelah lagi pemegang besi dan tandakan dengan pensil lubang untuk drill.
6. Drill lubang dan isikan wall plug.
7. Ikat skru Pemegang paip besi pada wall plug. Pastikan ianya terlekat kemas.

Kos & Cara Buat Tempat Simpan Tudung Bawal

8. Buat satu persatu step 5,6 & 7 hingga selesai.
9. Kini, sidaikanlah tudung bawal anda... Nah! Kan kemas tu... Mudah untuk disimpan, dilihat, dipilih dan diambil.

Kos & Cara Buat Tempat Simpan/Sidai/Pamer Tudung Bawal

Sendiri Buat Puas Hati

Tiada lagi masalah tudung bawal berselerak dan kesukaran untuk memilih. Hanya pandang sahaja dan ambil... Jika koleksi tudung bawal semakin banyak sehingga tidak muat, maka hanya perlu tambah sahaja jumlah penyidai tersebut.

Dinding rumah anda juga kini sudah terisi dan dihias indah dengan pelbagai warna dan corak tudung bawal. Tak perlu lagi nak menghiasnya dengan bingkai gambar atau sebagainya.

Namun yang pasti, Cik Abang mesti gusar jer bila lihat masih ada lagi ruang kosong pada penyidai tu... Mesti jadi alasan nak beli tudung bawal barulah tuu...hehe!

Kos & Cara Buat Tempat Simpan/Sidai/Pamer Tudung Bawal

p/s: Pastikan rumah anda bebas cicak... kat belakang tudung-tudung tu memang 'port' terbaik untuk cicak berpesta!

16 comments - "Kos & Cara Buat Tempat Simpan Tudung Bawal "

entahlah BM..akak pun tak faham dgn diri sendiri dan anak2 perempuan..mungkin jugak kaum wanita diluar sana..
tudung dah berlambak2..tp masih mau menambah koleksi lagi..

PakMail delete icon 12:10

Perempuan berpakaian ala Arab juga yang 'untung'. Tak perlu bersusah memikirkan corak tudung. Mereka hanya perlu beberapa helai tudung hitam sahaja.
Sekadar pandangan.

Najwa H delete icon 13:07

menarik!
tp tu la.. rumah saya mmg banyak cicak dan habuk.. tak dpt nk implement cara ni huhu

lebih kemas dan tersusun rapi....nak elakkan tahi cicak dan habuk..tutup dengan plastik..in sha Allah..

saya pakai penyidai tudung awning tu je...tak rajin nak wat rak2 macam ni...bagus rak macam nih, senang dilihat

wow.. good to share.. semua shawl juga boleh guna..tq bos

paridah delete icon 23:00

KALAU KOLEKSI TUDUNG BEGITU BANYAK ELOK DISEDIAKAN PENYIDAI SPT ITTU MUDAHKAN MEMILIHNYA KEMAS NAMPAKNYA.

Mrs. A delete icon 10:37

Idea yang menarik.
Buat macam ini nampak kemas dan teratur, shawl pun boleh nih!
Untunglah wife BM tu ya... ada orang tukang buatkan.

Hmmm... Memang naluri seorang wanita dah macam tu...:)

Setuju dgn Pak Mail. Senang...xperlu nak pilih-pilih.

Ya! Idea yang bagus... Tutup dengan plastik jernih!

Kos pun murah ja nak buat kan? boleh diajukan pada suami nih

nampak macam murah dan senang tetapi tak terfikir pula nak buat sampai macam tu... baik lipat jer lagi senang :D

Kalau tak tambah, tak perempuan namanya kak Kam huhu.. :)

Dah macam display kedai ni... menarik juga... kemas.

Ini macam dah buat kedai ni hehe

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap