بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Yang Paling Mahal, Bernilai Dan Berharga: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah dua bulan lebih, kami penduduk Taman Rasa Indah, Rasa bergotong royong untuk menyiapkan sebuah dewan serbaguna bagi kemudahan penduduk taman ini. Semenjak itu, setiap kali hujung minggu kecuali di minggu cuti Tahun Baru Cina, inilah rutin setiap pagi kami di sini.

Ya! Ianya agak perlahan untuk disiapkan dan mungkin menjadi dewan serbaguna yang dibina secara gotong royong paling lama disiapkan di Malaysia...haha! namun kami semua tetap bangga dan gembira kerana ianya cuba direalisasikan walaupun berhadapan dengan seribu halangan.

Setiap minggu demi minggu, aktiviti gotong royong ini berjalan dan setiap minggu itu jugalah telah membuatkan hubungan dan kemuafakatan diantara kami menjadi semakin mesra dan erat. Inilah yang paling mahal, bernilai dan berharga yang telah kami perolehi dan tidak akan dapat dijual beli mahupun ditukar ganti.

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)
"Bukan dewan ini yang paling mahal, bernilai dan berharga tetapi kerana pembinaannya telah memberi sesuatu yang terlalu berharga yang tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti."

Aktiviti Minggu Ke 5 Hingga Minggu Ke 10

Jika anda terlepas mengikuti aktiviti sebelum ini, anda boleh ke link berikut untuk imbas kembali :
Projek ini diteruskan dengan aktiviti-aktiviti seterusnya. Setelah lantai siap ditambak dengan tanah, maka kini bermulalah operasi untuk menyimen.  Kerja yang pada awalnya boleh dilakukan beramai-ramai namun pada penghujungnya hanya yang pakar sahaja dapat melakukannya.

Ketika proses penyediaan bancuhan simen. Ianya tidaklah terlalu susah, hanya perlukan simen, pasir dan air yang harus digaulkan sehingga sebati. Namun begitu, ketepatan sukatan campurannya amat penting.

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Proses Menyimen Lantai
Setelah bancuhan siap, maka bermulalah proses mencurah dan meratakan bancuhan simen tersebut. Ianya perlu dilakukan segera sebelum simen mengeras.

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Proses terakhir ini iaitu melicinkan permukaan simen... Proses inilah di mana hanya yang pakar sahaja boleh melakukannya. Kalau tak pakar...memang tidak akan kelihatan rata dan licin seperti yang dikehendaki... 

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Proses Memasang Longkang
Pada masa yang sama, pemasangan longkang juga dilakukan. Nampak macam mudah, namun begitu proses ini juga memerlukan ketepatan mengikut imbangan ketinggingan dan kecerunan susunan longkang agar air dapat mengalir pada arah yang betul. 

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Jejaka berbaju belang di atas ini adalah orang kuat No. 2 Taman yang begitu gigih sekali mengerah keringat mengangkut kepingan longkang ke tapak pemasangannya. Walaupun bakal bergelar 'jutawan', tetapi masih tetap sanggup turun padang untuk bersusah payah bersama-sama.

Proses Memasang Dinding Pentas
Tidak ketinggalan juga proses pemasangan batu-bata untuk dinding dewan juga berjalan serentak. Ini adalah bahagian belakang dewan sebagai lokasi pentas dewan.

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Oleh kerana budget yang terhad maka kami hanya dapat membuat dinding pada bahagian belakang dan tepi pentas sahaja. Mungkin apabila ada dana terbaru nanti bolehlah kami menambah baik apa yang perlu. Yang penting, asas sebuah bangunan dewan ini perlu disiapkan terlebih dulu.

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Proses Memasang Siling
Proses seterusnya adalah memasang kerangka untuk siling. Sekali lagi kemahiran penduduk berbangsa Indonesia ini dituntut untuk melakukan kerja yang sangat rumit ini. Ianya perlu seimbang dan kukuh disamping perlu tepat ukurannya. Kalau tak biasa, boleh sakit leher buat kerja ni!

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Setelah siap kerangka, maka pemasangan siling pun mula dilakukan. Nampak macam senang tetapi sebenarnya susah juga nak pasang siling ni...

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Pemasangan siling masih belum siap sepenuhnya. Dinding pun masih belum di 'plaster'. Manakala kaki lima dewan pula masih dalam proses penambakan untuk mendapatkan ketinggian yang diperlukan sebelum ianya dapat di simen. Semua aktiviti ini akan disambung dan diteruskan pada hujung minggu berikutnya... InsyaAllah...

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)
Orang kuat No. 1 Taman (Cikgu Mat Ariffin - penulis buku teks BM tahun 6) sedang meratakan tambakan tanah untuk kaki lima dewan. "Hang kalau tak ada... orang lain pun tak ada... hehe!"


Gelanggang Badminton

Apa dah jadi dengan tapak gelanggang badminton ini? Macam dah terbiar jer? Ya! Kami sebenarnya terpaksa melupakan seketika projek ini kerana kekurangan dana untuk menyiapkannya.
Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Namun begitu, seperti bagaikan ada yang mendengar kemelut yang melanda kerana pada hujung minggu setelah seminggu sambutan Tahun Baru Cina yang lepas, kami menerima kunjungan dari Adun Kuala Kubu Baru, YB. Lee Kee Hiong secara mengejut pada ketika kami sedang asyik bergotong royong.

Persinggahan sementara beliau ke taman perumahan kami adalah untuk melawat dan memberi sumbangan buah limau untuk kami semua. Pucuk di cita... ulam mendatang! Permasalahan kami telah mendapat simpati beliau dan beliau akan cuba membantu dengan memberi peruntukan untuk menyiapkan gelanggang badminton tersebut. Syukurlah... Semoga ianya akan berjaya direalisasikan.

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)

Yang Paling Bernilai Dan Berharga - Taman Rasa Indah (Siri 3)
Adun Kuala Kubu Baru - YB Lee Kee Hiong (berbaju merah) sedang beramah mesra dengan pengerusi Taman Rasa Indah - Cikgu Mat Ariffin Ismail (berbaju biru)

Bersatu Teguh

Disebalik kesusahan ada kegembiraan. Dalam keperitan terpancar keceriaan. Walaupun lambat, susah dan membebankan... namun hikmah yang diperolehi disebaliknya adalah sesuatu yang paling mahal, bernilai dan berharga. Semoga segala urusan kami semua dipermudahkan dan dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya... InsyaAllah..

p/s: Entri ini diterbitkan semula dari blog Relaks Minda akibat telah disekat oleh Google - Semoga ilmu terus dikongsi bersama...

Jazakumullah...

Untuk makluman, Dewan Serbaguna Taman Rasa Indah ini telah siap dan telah pun digunakan. Anda boleh ikutinya dalam entri berikut di mana program pertama yang menggunakan dewan serbaguna ini.
Manakala gelanggang badminton juga telah siap setelah mendapat peruntukan dari YB Lee Kee Hiong (Adun KKB) pada bulan November 2015 yang lalu namun bukan secara gotong royong tetapi menggunakan kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah.

Jutaan terima kasih kepada semua penduduk taman yang terlibat dalam Projek ini... Tahniah! Kita boleh! Inilah hasil dari kerjasama dan muafakat... InsyaAllah semoga ianya membawa berkat.

Dewan Serbaguna ini akan kekal menjadi lambang kepada sesuatu "Yang Paling Mahal, Bernilai Dan Berharga" buat kita semua.

10 comments - "Yang Paling Mahal, Bernilai Dan Berharga"

Muafakat membawa berkat kan BM..

Betul sangat, muafakat bersama membawa berkat..

apa yang paling berharga adalah nilai ukhuwah yang terjalin...itu yang paling utama...

Alamak kita duduk dekat je...saya tg malim. anda KKb. nanti boleh le kita jumpa..

Saya baru sedar anda adalah jiran saya.

apa yang penting..kerjasama..:)

paridah delete icon 12:08

BINAAN YG BERJAYA SISUDAHKAN MELAMBANGKAN NILAI TINGGI KERJASAMA MASYARKAT YG MESRA BERHATU HATI...TAHNIAH

Alhamdulillah... semoga bertambah erat silaturrahim kejiranan di sana lepas ini dan seterusnya. Bersatu membawa manfaat, sepakat membawa berkat... aamiin.

Mkl baru perasan ye... He he. InsyaAllah...ada rezeki kita bertemu jua.

Ya... Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga disiapkan.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap