بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Penghujung Kepada Satu Permulaan Baru: Alhamdulillah... Dah bulan Ogos 2016! Dah pun di penghujung bulan Syawal... Sungguh pantas masa berlalu. Semoga semua sahabat dan tetamu BinMuhammad dalam sihat dan sejahtera serta berbahagia disamping insan-insan tersayang.

Tanpa disedari, bulan Ogos ini merupakan ulang tahun pertama blog BinMuhammad. InsyaAllah...pada tanggal 13 Ogos maka setahunlah usia blog ini. Usia yang masih muda dan hijau di dunia blogging ini.

Blog yang bermula dengan artikel : Cara Memilih Nama Dan Domain Blog adalah hasil dari kecintaan untuk meneruskan minat dan perkongsian di dunia blogging walaupun telah kecewa dan putus asa di atas kejadian sedih yang menimpa blog Relaks Minda pada ketika itu. Dari penghujung Blog Relaks Minda... maka bermula permulaan baru... Blog BinMuhammad.

Penghujung Kepada Satu Permulaan Baru

A New Beginning...

Dari satu artikel, Blog BinMuhammad kini sudah ada 170 artikel @ entri yang telah diterbitkan. Daripada kosong pageviews sehinggalah kini sudah melepasi angka sejuta pageviews.

Alhamdulillah... Syukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi coretan dengan anda semua. Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong dan sudi singgah ke blog ini. 

Menilai prestasi blog ini, ianya kini sedang meniti ke puncak. Bulan Julai 2016 merupakan lonjakan yang cukup menakjubkan apabila jumlah pageviews blog melepasi angka 400K. Lonjakan ini dijana oleh artikel kategori automotif berikutan pelancaran model Perodua Bezza sedan.

Blogger Stats - All time Pageviews Blog Bin Muhammad
Blogger Stats - All time Pageviews Blog

Kenapa Blog BinMuhammad suka berkongsi artikel berkaitan automotif? Sebenarnya BM berlatar belakang engineering dan pernah berkerja di sektor automotif lebih dari 15 tahun sebelum bekerja sendiri dan berblogging.

Maka setiap perkembangan terkini serta informasi berkaitan industri automotif sudah menjadi satu yang sebati dalam diri sehingga umpama satu hobi untuk BM mengetahuinya. Walaupun BM mengikuti setiap perkembangan industri ini diseluruh dunia namun perkongsian BM agak terbatas kepada industri automotif dalam negara dan teknologi sahaja.

Maka jangan rasa janggal pula jika melihat blog berkonsep peribadi dan gaya hidup ini ada kalanya macam blog automotif! Jika ingin mengetahui kesemua kategori blog ini, anda boleh klik pilihan menu "Kategori" yang ada di bawah header blog.

Tips Menjana trafik Blog

Ini juga merupakan satu tips untuk anda menjana trafik blog iaitu melalui perkongsian hobi, minat dan kepakaran diri sendiri. Jika ianya sesuatu yang diminati oleh ramai orang maka dengan mudah artikel anda menjadi carian yang tinggi di enjin carian.

Malangnya topik-topik begini selalunya anda perlu bersaing kerana ramai blogger yang menerbitkan entri yang hampir serupa, maklumlah... hobi, minat dan kepakaran seseorang tu biasanya banyak yang sama melainkan anda ada sesuatu yang unik.

Akhirnya ia berbalik kepada kepakaran SEO terkini yang menjadi kekuatan sesebuah ertikel tersebut agar dapat berada dikedudukan teratas dimuka hadapan enjin carian terutama Google Search sahaja yang mampu menjana trafik yang tinggi.

Tetapi kini ada satu cara lagi untuk menjana trafik yang tinggi iaitu sekiranya artikel anda menjadi viral di media sosial! Sekiranya anda ada kelebihan ini... gunakanlah ia namun kekurangannya adalah ia hanya bersifat sementara.

Jutaan Terima Kasih

Sekali lagi... Jutaan terima kasih buat semua sahabat dan tetamu yang sudi singah di sini. Begitu juga kepada semua yang sangat ramah dan rajin untuk menitipkan komen... Anda semua amat-amat BM hargai.

Hanya doa yang dapat BM berikan kepada anda semua sebagai membalas jasa baik dan semoga perkongsian di sini memberi sidikit ilmu serta manfaat buat semua.
"Semoga semua sahabat dan tetamu blog BinMuhammad beroleh kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat... Amiin."
Penghujung Kepada Satu Permulaan Baru - terima kasih

BM: Setiap penghujung atau penamat sesuatu itu pasti akan ada permulaan yang baru... Hanya kita sendiri yang dapat menjadikan sama ada yang baru itu lebih baik atau sebaliknya.

10 comments - "Bulan Julai... Penghujung Kepada Satu Permulaan "

Assalammualaikum Bro BM...alhamdulillah..ilmu dan info yang dikongsi menjadi tulang belakang kepada blog ini..terima kasih juga sentiasa bermurah hati berkongsi tips yang sangat membantu..moga terus sukses. :)

Mrs. A delete icon 12:39

Adoii... SEO lagiks!
Bilalah Mrs. A nak belajar jadi pandai SEO ni huhuuuuhuu

Waalaikumsalam... Terima kasih PC... Semoga anda juga success di Dunia blogging ini. Keramahan dan kerajinan anda adalah keistimewaan dan kekuatan yg amat dicemburui... :)

Jika ianya berkaitan trafik blog, memang xdapat lari dr seo. InsyaAllah... Ms.A pun boleh, slow2 belajar ya

paridah delete icon 21:39

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA BLOG BM NEW BEGINNING MOGA TERUS MAJU...KAK PUN NK UCAPKAN BERBANYAK TKSH KPD DIK BM KERANA DAYAUSAHA BM RENOVATE BLOG KAK TERNYATA TRAFIK NAIK MENDADAK MUTAKHIR INI...SESEKALI TERFIKIR JUGA APALA YG DEPA BACA KAT BLOG KAK YG SIMPLE TU HEH..HEH..APAPUN TKSH VIEWERS

selamat ulangtahun BM ;)

Alhamdulillah Bm..

semoga terus sukses..

Selamat ulang tahun untuk blog BM. Banyak tips dan panduan yang menarik ada di sini.

Semoga bertambah maju jaya.

Congratulations sir

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap