بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Model Baru Proton SUV Kompak 2017: Proton SUV? Ya kenapa tidak! Satu Segmen yang paling mendapat perhatian dan mula menakluki pasaran automotif bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan akan datang.

Cara hidup yang aktif dan interaktif pada masa kini telah mempengaruhi dan merubah citarasa apabila segmen SUV dilihat amat bertepatan dengan gaya urban pada zaman ini.

Berikutan itu, SUV kompak mula mendapat tempat kerana saiznya yang tidak terlalu besar, lebih ekonomi dan pada harga mampu milik serta dengan rekaan segar dan menarik amat memenuhi kehendak masa kini.

Model SUV kompak seperti Honda HR-V dan Mazda CX-3 pantas menempa kejayaan dan menjadi fenomena baru dunia automotif ini.

Model Baru Proton SUV

Proton juga seharusnya tidak ketinggalan dan ini merupakan satu peluang buat proton untuk meningkatkan perolehan. Tambahan pula Perodua sudah menamatkan model Nautica yang dilihat tidak berbaloi dengan harganya.

Maka, ketika ini adalah masa yang tepat buat Proton sekiranya mahu mencuri pasaran yang semakin berkembang ini. Model Proton SUV bukanlah satu topik bualan baru kerana Proton pernah membuat beberapa kali kejutan dengan beberapa model konsep SUV.

Berikut adalah informasi dan perkembangan terkini mengenai model SUV Proton yang pernah menjadi berita serta bualan hangat di dunia automotif Malaysia.

Proton Lekiu SUV

Model Baru Proton SUV - Lekiu
Ianya merupakan model konsep dengan menggunakan Proton Exora sebagai asas. Model MPV konsep Proton Lekiu ini diperkenalkan dalam Pameran KLMS 2010 bersama model Tuah, Jebat, Kasturi dan Lekir.

Namun pada ketika itu ianya belum begitu menarik perhatian ramai walaupun rekaan tersebut agak menarik. Berikutan pasarannya juga agak kecil maka tinggallah Proton Lekiu sebagai konsep sahaja.

Lotus APX SUV

Model Baru Proton SUV - Lotus APX
Sebelum itu pada tahun 2006, Lotus yang merupakan anak syarikat pegangan penuh Proton telah membuat kejutan dengan memperkenalkan sebuah SUV konsep Lotus APX di 2006 Geneva Motor Show.
The APX uses a Lotus designed and developed 3.0 liter supercharged V6 engine. The power output of this engine is 300 hp (224 kW) at 6250 rpm with a torque of 360 N·m (266 lb·ft) at 4500 rpm. It can go from 0–60 mph in 5 seconds. The APX's top speed is 152 mph (245 km/h). The suspension of the APX makes it perfect for off-road use (another first for the Lotus brand) with its permanent 4 wheel drive. The combined fuel consumption is estimated to be around 8.7 L/100 km (32 mpg-imp; 27 mpg-US).

Also shown at the NADA 2007 show was an all-electric 4-wheel drive version of the APX, with 0–60 mph times of 4.8sec. The licensing distributor, ZAP, states it has a capacity of up to 324 wheel horsepower, up to 350-mile (563 km) range, recharge in as little as 10 minutes, and a top speed of up to 155 mph (249 km/h). They claim up to 9,000 recharge cycles and 1 penny per mile recharge costs.

The APX exterior is all-aluminium. The interior features digital screens, futuristic gadgets, and many buttons. - wikipedia

Rekaan serta spesifikasi Lotus APX ini sangat menarik perhatian ramai pada ketika itu, Rekabentuk Lotus APX sangat kemas dan begitu realistik untuk dijadikan model keluaran komersial. Namun ianya tidak menjadi realiti.

Apabila Lotus mula beroperasi di China dan bermulalah kolaborasi dengan China Youngman Automobile Group. Model konsep ini telah diolah semula sehingga keluarlah model SUV Lotus Youngman T5

Lotus Youngman T5 SUV

Model Baru Proton SUV - Lotus Youngman T5

Youngman Lotus T5 SUV pertama kali dipamerkan kepada umum pada China Auto Show 2012. Ianya menggunakan platform Gen-2 dengan enjin Campro 1.6L.

Rekaan luaran dan dalamannya sangat menarik hasil dari Lotus Engineering di China berdasarkan model konsep APX. SUV ini mendapat liputan yang positif dan dirancang untuk pasaran negara China sahaja namun sehingga kini ianya tidak pernah lagi dikeluarkan untuk jualan.

Sekiranya model SUV ini dapat dipasarkan di negara ini di bawah Proton, ia mungkin akan mendapat sambutan yang baik.

Iriz Active SUV

Model Baru Proton SUV - Iriz Active

Pada tahun 2014, ketika SUV kompak mula mendapat perhatian ramai, Proton telah memperlihatkan sebuah model konsep SUV kompak hasil dari modifikasi Proton Iriz dengan nama Iriz Active.

Namun ianya hanyalah model konsep untuk tontonan. Rekaan Iriz diberi tambahan aksesori dan ditinggikan sedikit untuk kelihatan seperti sebuah SUV Kompak.

Iriz Active SUV adalah satu idea yang menarik. Rekaan Iriz juga amat sesuai untuk diolah menjadi sebuah SUV Kompak namun mungkin Proton masih belum cukup yakin untuk merealisasikannya sebagai sebuah SUV bagi pasaran komersial tempatan.

Proton Extrema

Model Baru Proton SUV - Extrema

Kembali hangat pada 1 April 2016 apabila brochure Proton SUV tiba-tiba bertebaran di internet dan mendapat perhatian ramai! SUV Lotus Youngman T5 yang dinamakan Proton Extrema akan menjadi model SUV kompak pertama Proton dan akan dilancarkan pada tahun 2017!

Namun malangnya ia hanyalah gurauan April Fool! Proton masih tiada perancangan untuk mengeluarkan model SUV pada 2016 ini kerana sedang sibuk dengan Model Baru (Replacement) iaitu Perdana, Persona dan Saga.

Proton Vitara

Model Baru Proton SUV - Vitara

Pada Jun 2015, Proton telah berkolaborasi dengan Suzuki dan terkini hanya menanti masa untuk melancarkan model sulung hasil kerjasama Proton-Suzuki iaitu sebuah MPV kompak Ertiga.

Apa yang menariknya dari kolaborasi ini, ia bukan sahaja melibatkan perkongsian kepakaran termasuklah pembangunan model, platform, penjana kuasa dan teknologi automotif bagi menghasilkan model baharu kenderaan Proton tetapi Proton juga bebas untuk memilih model keluaran Suzuki untuk dijadikan model rebadge.

SUV Suzuki Vitara yang sehingga kini belum memasuki pasaran Malaysia dilihat sebagai salah satu model terbaik untuk dijadikan model SUV kompak pertama Proton! 

Dari berita risikan, pihak Proton sudah bersedia untuk memasuki pasaran SUV dan Suzuki Vitara akan menjadi model rebadge sebagai SUV Kompak Proton.

Berita baik buat peminat SUV Kompak kerana sekiranya ini menjadi realiti, diharapkan sebuah SUV Kompak pada harga yang paling murah di pasaran akan dikeluarkan oleh Proton tahun 2017. Kita nantikan akan pengumuman rasmi dari Proton...

Suzuki Vitara
SUV Kompak segmen B ini mempunyai rekabentuk yang menarik sama ada luaran mahu pun dalaman. Kualitinya juga amat tinggi disamping spesifikasi ditahap global.

Sekiranya model ini menjadi Proton Vitara, sudah tentu ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan andai Proton dapat meletakkannya pada tanda harga yang bertepatan.

Berikut adalah spesifikasi dan gambar Vitara sebagai rujukan awal bagi mereka yang berminat untuk menantikan Proton Vitara di pasaran tempatan.

Model Baru Proton SUV - Vitara
Spesifikasi Suzuki Vitara
Saiz (P X L X T)
4,175mm x 1,775mm x 1,610mm
Jarak Antara Roda
2,500mm
Turning Circle
5.2m
Kapasiti Ruang Kargo
375liter up to 710liter
Enjin
1.6L VVT - 4 Cilinders, 16 Valves
Max Power
120PS/86KW @ 6,000RPM
Max Torque
156NM @ 4,400RPM
Transmisi
5 Speed MT & 6 Speed AT
Pacuan
2WD & 4WD
Kapasiti Tangki
47liter
Penggunaan Minyak
MT – 5.8l/100km & AT – 6.3l/100km
Brek Hadapan
Ventilated Disc
Brek Belakang
Disc
Suspensi Hadapan
MacPherson Strut with Coil Spring
Suspensi Belakang
Torsion Beam with Coil Spring
Berat
1075kg – 1185kg
Security Alarm
Immobiliser
Safety - Airbag
7 Airbags – Dual Front, Dual Side, Dual Side Curtain & Driver Knee
Safety - Driving
ABS, EBD, BA, ESP, TC, HA
Safety - Child
2 Isofix + 3 Tether
Dashboard
Tilt & Telescopic Steering with control button, Cruise Control, Keyless Entry, Remote Control, Push Start Button, Digital Climate Control, Touch Screen with MP3, Bluetooth, Reverse Camera
Rear Seat
60:40 Split Folding
Cup Holder
2 - Front
Bottle Holder
2 - Front Door & 2 - Rear Door
Lampu Hadapan
Halogen & Led
Lampu kabus
2 Front
Wiper
Windshield Wipers with Rain Sensor
Sensor
Front & Rear



SUV Kompak

Sebenarnya ramai yang melihat perkembangan Proton terkini yang mula kembali meraih perhatian. Pelancaran model replacement Perdana, Persona dan Saga telah memberi impak positif dengan sambutan yang menggalakkan.

Proton juga mula mengikut rentak pasaran apabila mengkelaskan semula kategori kenderaan keluaran mereka mengikut segmen kenderaan agar lebih berdaya saing. Lebih menarik apabila Proton mula bijak meletakkan spesifikasi dan penetapan harga pada model terbaru agar tidak membunuh sesama sendiri.

Model sedan segmen D, C, B dan A sudah dipenuhi. Hatchback dalam segmen C dan B juga sudah ada wakilnya. MPV segmen C dan tidak lama lagi MPV segmen B pula memenuhi variasi model Proton. SUV kompak segmen B ini nanti pula adalah pelengkap kepada model-model keluaran Proton.

Bukan banyaknya model menjadi penentu kejayaan tetapi merebut peluang yang tersedia itu lebih kecil risikonya berbanding mencuba sesuatu yang baru. SUV Kompak memberikan peluang yang terbaik buat Proton pada ketika ini.

Di sini BM telah kumpulkan beberapa gambaran Proton SUV yang sebelum ini telah bertebaran di dunia maya untuk tatapan anda... Hebat sebenarnya design mereka nih! Bakat-bakat dari peminat automotif yang memberi idea terbaik buat Proton.

Model Baru Proton SUV - Design

5 comments - "Model Terbaru SUV Kompak Proton"

Nampak lebih smart kereta ni. Suka tengok. Ada rezeki boleh ambil satu.

Suka tengok rekabentuk dia. Nampak lebih sport.

Tanpa Nama delete icon 12:02

Boleh MOU dgn Suzuki guna SX4 yang baru.

Matt Barlia delete icon 12:53

Sangat seronok dgn ulasan anda..tidak sabar menanti SUV pertama Proton, diharap penantian berbaloi dgn produk yg dihasilkan dan memenuhi kehendak kita semua.

Di harap proton suv berada pada kelas tersendiri harga kompetitif jgn abaikan kualiti suv pertama proton

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap