بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Panda, Penguin dan Hummingbird? Apakah kaitan binatang-binatang ini dengan Google, Search Engine Optimization (SEO), Ranking dan Search Engine Result Page (SERP)?

Google Algoritma menilai lebih dari 200 kriteria untuk menilai SEO dan menentukan kedudukan ranking sesebuah artikel di enjin carian Google. Salah satu spesifik kriteria dalam algoritma ini dikenali sebagai Google Panda, Penguin dan Hummingbird.

Penguin, Panda dan Hummingbird hanyalah nama kod panggilan untuk Algoritma Google bagi menilai kriteria spesifik di dalamnya. Kenapa memilih nama binatang? Hanya pihak Google mampu menjawabnya.

Google Panda, Penguin dan Hummingbird
Matlamat utama kewujudan kriteria unik ini adalah untuk menyusun semula kedudukan rangking artikel di enjin carian Google agar hanya halaman yang bertepatan dan berkualiti sahaja berada di kedudukan terbaik di SERP.

Sehubungan dengan itu, kehadiran Penguin, Panda dan Hummingbird telah memberi impak yang sangat besar di dalam menentukan kedudukan rangking di enjin carian Google.

Bukan itu sahaja, malah banyak website dan artikel yang telah ditendang keluar dari Google Search kerananya!

Kenali Binatang Peliharaan Google Ini

Mereka yang peka dan ingin meningkatkan SEO pasti sentiasa peka serta mengikuti perkembangan ini namun bagi yang belum memahami, jom kita kenali secara umum dan ringkas akan binatang peliharaan Google ini.

Apakah itu algoritma Google Panda, Penguin dan Hummingbird ini sehingga ianya memberi impak yang sangat besar kepada artikel dan website di Google Search!

Algoritma Google Panda

Dilancarkan pada 23 Februari 2011, Algoritma Google Panda pantas menjadi perhatian kerana ianya membawa kesan yang besar keatas kedudukan rangking di Google Search.

Ianya bertujuan untuk menilai dan menyusun semula kedudukan ranking setiap artikel mengikut kualiti. Antara faktor utama dalam penilaian tersebut adalah:
  1. Isi kandungan yang sedikit dan tidak mempunyai nilai informasi secukupnya akan di nilai sebagai tidak berkualiti. Namun penilaian tersebut bukanlah mengikut halaman tetapi jika terlalu banyak artikel sedemikian diterbitkan maka barulah ia dinilai sebagai tidak berkualiti. Antara contohnya adalah entri pendek seperti Wordless Wednesday.
  2. Terlalu banyak artikel copy and paste (duplicate) diterbitkan sehingga menampakkan tiada keaslian dan keunikan dalam keseluruhan website. Sekiranya Google mengesan perkara ini berlaku maka ia dianggap sebagai tidak berkualiti. 
  3. Artikel yang tidak relaven dan lengkap juga dianggap tidak berkualiti. Ianya lebih merujuk kepada kata kunci sesebuah artikel terutama tajuk. Sekiranya anda berjaya memberikan artikel yang tepat dan lengkap mengenai kata kunci tersebut maka ianya akan dianggap amat berkualiti dan menepati kehendak algoritma Panda.
Algoritma Panda telah dikemaskini begitu kerap pada 2 tahun pertamanya. Namun sejak Panda 4.2 dilancarkan pada 18 Julai 2015, sehingga kini masih tiada kemaskini terbaru.

Algoritma Google Penguin

Algoritma Google Penguin pertama kali dilancarkan pada 24 April 2012. Pada permulaan, Kriteria penilaian Pengguin adalah untuk mengesan website yang tidak memenuhi atau melanggar Google's Webmaster Guidelines serta menggunakan teknik black-hat SEO.

Selain itu ia juga akan menyingkirkan website yang memanipulasi teknik untuk berada dikedudukan terbaik di SERP. Antaranya adalah teknik membina pautan (backlink) negatif untuk mendapatkan ranking dan trafik yang tinggi.

Backlink amat penting untuk SEO namun sekiranya memanipulasi atau meletakkan backlink yang tidak berkualiti atau bertepatan maka ianya akan memberi kesan sebaliknya kepada ranking anda.

Algoritma Penguin telah dikemaskini beberapa kali iaitu:
  1. Penguin 1.0 on April 24, 2012 (impacting ~3.1% of queries)
  2. Penguin 1.1 on May 26, 2012 (impacting less than 0.1%)
  3. Penguin 1.2 on October 5, 2012 (impacting ~0.3% of queries)
  4. Penguin 2.0 on May 22, 2013 (impacting 2.3% of queries)
  5. Penguin 2.1 on Oct. 4, 2013 (impacting around 1% of queries)
  6. Penguin 3.0 on October 17, 2014 (impacting around 1% of queries)
Terbaru adalah Penguin 4.0 yang telah dikemaskini (update) pada 23 September 2016 di mana ia kini menilai dan melakukan penalti atau sekatan ke atas halaman yang melanggar kriteria Penguin secara "real time".

Namun, ianya tidak terkesan pada keseluruhan website, hanya halaman yang bermasalah tersebut akan dikenakan tindakan melainkan ianya masalah besar seperti malware atau spammer.

Algoritma Hummingbird

Ianya telah diumumkan secara rasmi oleh Google pada 26 September 2013 namun algoritma ini telah berfungsi sebulan sebelumnya.

Algoritma Google Hummingbird menilai kriteria yang lebih mendalam untuk memahami kehendak pengguna enjin carian Google.

Maka fungsinya adalah memberikan pengguna kepada carian yang paling bertepatan dengan apa yang dicari di enjin carian Google.

Berikutan itu, beberapa kriteria seperti ketepatan penggunaan kata kunci yang panjang, pelbagai serta artikel yang berkualiti dan lengkap amat penting dalam penilaian Hummingbird.

Penilaian Hummingbird masih kekal sama sehingga kini.

Hati-Hati Dengan Binatang Peliharaan Google

Ini adalah antara algoritma penting yang perlu diketahui sekiranya ingin memantapkan SEO agar anda tidak tersilap langkah atau terkeluar dari garis panduan yang dibenarkan.


Sebarang teknik atau tektik untuk memanipulasi atau menggunakan cara yang tidak dibenarkan terutama di luar dari Google's Webmaster Guidelines pasti akan dikenakan tindakan.

Apabila penalti atau tindakan dikenakan, anda terpaksa melakukan pelbagai tatacara dan pembetulan untuk kembali mendapat perhatian Google. Ianya amat rumit, leceh dan ada kalanya mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali berada di SERP.

Semoga sedikit perkongsian maklumat ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan maklumat tentang Google Panda, Penguin dan Hummingbird kepada yang belum memahami dan memerlukannya.

7 comments - "Kenali Google Panda, Penguin dan Hummingbird"

nice info ;)

google lebih pintar dari penggunanya

paridah delete icon 21:49

seo google pun berdasarkan haiwan kesukaannya baru tau tksh infonya

Admin delete icon 16:19

tq sharing...lokman duk tgah jugak fahami Algoritma panda, hummingbird dan penguin....info terbaik seo!

Mrs. A delete icon 12:46

Hehehhee 'hati-hati dengan binatang peliharaan google' comel binatang-binatang tu tapi kurang mesra la pulak ya!

Macam-macam haiwan yang google ada.

Nama dia semuanya menarik. Macam-macam pun ada.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap