بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Proton Iriz Menjadi Lotus Ethos: Kalau dulu, pada tahun 2010 kita semua pernah dikejutkan dengan rekaan menarik Proton Emas namun ianya tidak menjadi kenyataan berikutan syarikat yang mereka bentuk Proton Emas telah dibeli oleh Volkswagen.

Namun pada tahun 2013, Lotus pula mengumumkan akan membangunkan projek City Car yang diberi nama Lotus Ethos. Namun akhirnya projek tersebut dibawa kepada Proton, maka lahirlah Proton Iriz.

Jika projek Lotus Ethos ini diteruskan, agaknya bagaimana bentuk kereta tersebut? Inilah yang digambarkan oleh pelukis rekabentuk gambaran automotive terkenal di dunia siber Malaysia, iaitu theopiluschin

Dengan menggunakan DNA rekabentuk Proton Iriz, Lotus Ethos digambarkan...

Proton Iriz Menjadi Lotus Ethos

Proton Iriz Menjadi Lotus Ethos

Jika dilihat, gambaran oleh Theopiluschin ini agak menarik dan kemas serta hampir menyamai rekabentuk Proton Emas. Jika Lotus ingin membangunkan City Car ini, mungkin rekaan gambaran Theopiluschin wajar dijadikan rujukan. Jika tidak pun, mungkin boleh juga dijadikan panduan untuk rekaan facelift Proton Iriz nanti.

Lotus juga perlu mengembangkan varian modelnya agar dapat mempertingkatkan jualan. City Car adalah pilihan terbaik supaya jenama ini dapat dimiliki oleh pelbagai golongan. Namun, apa yang pasti... model gantian bagi varian sedia ada pun belum dapat direalisasikan dan ini amat menyedihkan buat Lotus dan Proton.

5 comments - "Proton Iriz Menjadi Lotus Ethos"

macam biasa sahaja..cuba buat seperti kereta sport tetapi harga murah..pasti mendapat permintaan yang tinggi..

Design belakang tu Zumal berkenan la...

saya tak tahu apa-apa pasal kereta
saya cuma tahu design dia not bad =)

Saya mmg pengemar kereta hot hatch. Dah 3 kali tukar kereta dari Kancil ('99)-Getz('04) dan kini Swift ('08), dan akan selesai bayaran Okt.ini, saya amat teruja dengan rekaan hot-hatch terbaru dari Proton. Jika pemanduan dan pecutannya 'ganas'seganas rekabentuknya, pasti saya akan teruja untuk memiliki. Buat masa ini, byk model yang nampak ganas ttp sedikit kurang dari segi pemanduan seperti Hyundai Veloster (RM130k+) Kia Forte Koup ('12-RM 92k+). Harap pencapaian terbaru ini akan menaikkan semula imej Proton. Good Job well done.

Sebagai tambahan, saya lihat banyak concept car atau lakaran rekaan baru untuk Proton dari 2010 yang cantik, kemas dan berdaya saing, cuma sayang, tidak pernah pulak dipasarkan. Seperti banyak komen pengguna yang lalu, akhir sekali, keluar yang rekaan yang dianggap dibuat oleh mereka yang jarang pandu kereta variant 1.5-2.0cc ni, sebab itu taste mereka tidak selari dengan generasi sealiran. Harap dengan Persona dan Saga baru ini, ianya seperti di dalam gambar yang telah diterbitkan dan akan lebih berdaya saing.Sekadar cadangan, kalau Proton boleh beri ínterest''pinjaman serendah kereta luar, saya yakin, pasaran Proton mampu melonjak naik seperti dulu. Good luck.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap