بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Peluang Hina Menjana Pendapatan Melalui Blog: Menjadi seorang blogger kalau sekadar untuk bersosial atau platform untuk menulis dan berkongsi pengalaman serta kemahiran... ianya tidak menjadi sesuatu yang menyukarkan. Anda hanya perlu terbitkan perkongsian dan beramah mesra. Tidak terikat dengan sebarang komitmen.

Namun, apabila seseorang blogger punya matlamat untuk menjadi seorang blogger yang berjaya iaitu dengan punya sasaran untuk mempunyai status yang tinggi dari sudut kualiti, jumlah trafik dan ranking serta menjadi platform untuk menjana pendapatan maka ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya perlukan ilmu serta komitmen yang tinggi.

Peluang Hina Menjana Pendapatan Melalui Blog
Blog Menjana Sumber Pendapatan

Perkembangan dunia blogging pada masa kini amat pantas apabila blog-blog baru wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Satu fenomena yang selari dengan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat di zaman ini.

Kehebatan kemahiran dan kepakaran blogger-blogger generasi masa kini dalam menguasai ilmu serta kemahiran dalam pentas blogging ini juga telah menjadikan ianya satu persaingan yang amat sengit untuk meraih trafik dan populariti. Teknik SEO serta Code HTML bagaikan sudah tiada rahsia serta amat ramai yang pakar dalam mengaplikasikannya.

Wang Mengaburi Mata Dan Hati

Kemajuan dan kemahiran yang dikecapi adalah sesuatu yang amat sihat namun perkembangan ini telah mengurangkan serta merendahkan perkongsian berkualiti dan bermanfaat apabila dilihat lebih menjurus kepada keuntungan menjana pendapatan semata-mata.

Ini berikutan, blog kini dilihat sebagai lubuk bagi menjana pendapatan secara pasif yang sangat lumayan. Namun, salah satu caranya adalah perlu meraih trafik yang tinggi menggunung untuk merealisasikannya. Dalam keghairahan, kualiti 'content' mula diketepikan dan topik sensasi serta viral menjadi keutamaan.

Maklum sajalah, topik-topik sebegitu sememangnya mampu menarik perhatian dan mengundang trafik yang tinggi dalam sekelip mata. Kehebatan penggunaan tajuk yang mengundang rasa ingin tahu, membangkitkan persoalan mahupun memikat emosi dan nafsu menjadi tunjang tarikan pembaca.

Akhirnya kini, kebanyakan blog-blog baru yang muncul bagaikan tiada jiwa dan boleh dikategorikan sebagai sampah! Matlamat utama untuk menjadikan ianya sebagai lubuk menjana pendapatan namun dengan cara yang hina dan menyedihkan.

Walaupun hebat menempa populariti di media sosial dan sering berada di muka hadapan enjin carian namun apa yang disajikan amat meloyakan serta merendahkan kreadibiliti blogger dan dunia blogging itu sendiri.

Peluang Hina Menjana Pendapatan Melalui Blog

Perkongsian bak mendekatkan kita kepada realiti bahawa dunia kini benar-benar sudah berada diambang akhir zaman. Kisah-kisah kemungkaran, fitnah, hiburan menjadi sesuatu yang sensasi (viral) lalu dieksploitasi dengan rencah-rencah propaganda tanpa perlu memikirkan kebenaran, kesalahan, keaiban dan kesan negatif tetapi paling diutamakan adalah jumlah trafik yang datang bagi menjana peluang pendapatan!

Apabila Iman Mulai Lemah

Nilai moral dan rasa tanggungjawab sudah tiada apatah lagi takut akan dosa dan balasan kerana segalanya ini berlaku akibat sudah pudarnya keimanan dan pegangan agama dalam diri blogger tersebut atau mungkin juga salah satu cara untuk menghasud dan melemahkan akidah umat Islam itu sendiri.

Apakan daya kita untuk menghalangnya. Inilah realiti kehidupan masa kini di mana yang mungkar disukai dan yang berilmu dipinggirkan. 

Walaupun hanya segelintir yang masih meneruskan perkongsian berilmu dan bermanfaat, namun perjuangan tetap diteruskan. InsyaAllah...walaupun sedikit ianya lebih baik dari langsung tiada. Semoga umat Islam dilindungi Allah SWT dan terhindar dari fitnah akhir zaman... amin.

Peluang Hina Menjana Pendapatan Melalui Blog

p/s: Lebih baik menjana pendapatan yang sedikit dari mendapat pendapatan hina melalui blog...

4 comments - "Peluang Hina Menjana Pendapatan Melalui Blog "

Nao Mei delete icon 14:12

Bagaimana pula dengab blog cik akak..cik akak dah hilang idea bernas..sejak dua menjak ni..kiki...blog cik akak memang tak setanding dengan blog yang sedia ada...

Blog cik akak...cara cik akak lah... Yg penting happy...hihi :-)

Betul tu BM. Buat apa pendapatan byk klo hasil tulisan suma dari hasil cerita² yang kontroversi.

Nao Mei delete icon 17:09

Penat updates blog....berehat sekejap..kiki

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap