بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kenali Saudara Mara Kita Sendiri
Kenali Saudara Mara Kita Sendiri

Kes 1:
Di sebuah sekolah asrama telah berlaku satu kes buli. Seorang pelajar baru telah didera dan dimalukan sehingga menyebabkan kecederaan oleh seorang pelajar senior. Berikutan kejadian tersebut, maka kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut telah dipanggil untuk hadir ke sekolah.

Apabila kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut bertemu, telah tercetus satu kejadian yang tidak disangka. Bapa kepada kedua-dua pelajar tersebut adalah adik beradik!

Siapa menjangkakan perkara sebegini boleh berlaku! Takkan pelajar tersebut tidak mengenali sepupunya sendiri?

Kes 2 :
Pada satu malam di sebuah taman perumahan di sebuah bandar telah kecoh berikutan penangkapan sepasang kekasih sedang berdua-duaan dalam sebuah bilik di rumah sewa budak-budak bujang.

Apabila dibawa ke mahkamah syariah, didapati kedua-duanya adalah pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Berikutan penahanan tersebut, kedua-dua ibu bapa pasangan tersebut dihubungi bagi menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

Namun alangkah terkejutnya apabila pertemuan kedua-dua ibu bapa pasangan tersebut telah menimbulkan sedihan dan ratapan yang berpanjangan kerana ibu pasangan lelaki tersebut merupakan adik kepada bapa pasangan perempuan! Alangkah malunya!

Lebih memeranjatkan lagi, pasangan tersebut tidak pernah mengetahui bahawa mereka adalah sepupu!

Kes-kes di atas hanyalah rekaan sebagai contoh yang mungkin berlaku dan mungkin juga telah berlaku pada masa kini. Kenapa boleh berlaku sehinggakan tidak mengenali saudara rapat sendiri?

Kenali Saudara Mara Kita Sendiri
Walaupun berbeza warna dan rupa, tetapi ada diantaranya adalah dari keluarga (spesis) yang sama. 

Zaman Berubah, Kehidupan Berubah

Pada zaman ini suasana kehidupan telah berubah. Jika dahulu, adik-beradik dan sedara mara hanya tinggal berjiran, berhampiran dan kalau jauh pun seorang dua tetapi kini adik-beradik serta saudara mara semuanya tinggal berjauhan.

Masa untuk bertemu dan beramah mesra amat terhad dan itu pun jika dapat peluang berkunjung atau melawat pabila cuti di hari perayaan malah kadang-kadang, ada hanya sekadar singgah di rumah orang tua atau mertua sahaja.

Semangat kunjung-mengunjungi sudah semakin pudar. Apatah lagi pada zaman ini kita sudah semakin terikat dengan budaya rumah terbuka. Tiada rumah terbuka, maka jangan haraplah sahabat dan saudara mara nak berkunjung.

Jika diperhatikan pula, selalunya ibu bapa hanya datang berkunjung bersama anak-anak kecil tetapi anak-anak remaja sudah pasti tidak akan ikut sama.

Kita juga boleh lihat situasi ini di majlis-majlis kenduri kahwin, berapa ramaikah saudara mara kita yang datang bersama dengan anak-anak remaja mereka?

Berbeza dengan zaman dahulu kerana peluang untuk berjalan dan berkunjung ke rumah saudara mara adalah saat yang ditunggu-tunggu kerana itulah masanya dapat berjalan jauh dan berpakaian cantik.

Begitu juga situasinya apabila ada tetamu datang, anak-anak remaja ini sekadar bersalaman dan kemudian lebih selesa memerap di bilik atau di lokasi/ruang lain dari duduk bersama-sama. Ada juga yang langsung tidak keluar bilik atau terus pula keluar dari rumah.

Spesis pokok bunga dari keluarga yang sama - Lily of the valley

Kehidupan Remaja Zaman Ini

Kehidupan anak-anak remaja masa kini sudah berubah. Dunia serta pengetahuan mereka tidak lagi sempit tetapi ruang kehidupan mereka amat terbatas.

Sistem pendidikan telah memaksa mereka sibuk dengan hanya menumpukan kepada pelajaran siang dan malam. Teknologi komunikasi dan multimedia pula membuatkan mereka lebih selesa dan seronok bersosial serta berhibur di alam maya dari dunia realiti.

Anak-anak remaja pada zaman ini sudah berubah menjadi pemalu dan malas untuk ikut sama berkunjung ke rumah saudara mara berikutan kurang selesa dengan suasana serta tidak pandai bergaul dan beramah mesra.

Sekarang ini, adakah salah anak-anak remaja ini jika mereka tidak mengenali akan saudara mara mereka sendiri?

Cantik dan menarik. Pelbagai warna dan rupa namun kalau tak kenal masakan tahu bahawa kesemuanya ini adalah dari keluarga kobis.

Eratkan Semula Persaudaraan

Cuti sekolah sudah bermula dan Hari Raya Aidiladha menjelang tiba. Gunakan masa keemasan yang ada ini untuk mengeratkan silaturrahim. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan dan yang tak kenal kita kenalkan.

Jika tidak dapat lari dari teknologi, maka gunakanlah untuk kebaikan. Ber'selfie'lah dan simpan gambar-gambar saudara mara sebagai kenangan. Jalinkan hubungan kekeluargaan di media sosial untuk maklumat dan perkembangan semasa.  

Selamat bercuti dan selamat mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan. Kenalilah saudara mara anda...

18 comments - "Kenali Saudara Mara Kita Sendiri"

ni kes tak pernah jumpa sepupu sepapat la ni

Allah...seram nyer baca kes-kes nie! Harap dan doa saya tak berlakulah dalam keluarga kami!

Memang begitu realitinya, ada yang tidak mengenali sepupu sendiri...

paridah delete icon 10:31

peranan ibubapalh tu untuk mengenalkan anak-anaknya dgn sala silah keluarga spt sepupu 2pupu 3pupu 4pupu hingga bau2 bacang...penting diketahui tu utk mngelakan situasi yg dipaparkan dlm n3 dik BM ni terjadi.

Begitulah adanya Kak Kam...

Semoga ianya tidak terjadi kepada kita semua. Buatlah sesuatu sebelum terlambat

Pada zaman ini, memang tidak dinafikan ianya telah berlaku

Tiada orang lain yang dapat mengubahnya, ibu bapalah yang wajar memainkan peranan. Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang keaiban.

Mrs. A delete icon 12:55

Memang ada benarnya saudara-mara sendiri pun dah tak berapa rapat lagi dan ada jugak yang buat tak tahu. Apa masalah pun tak tahu ego kot. Semakin dewasa semakin menjauh berbeza sewaktu masa masih kecil. Mrs. A pun memang selalu terfikir benda ini kami adik-beradik pergi berkunjung ke rumah saudara-mara pun mesti ibu kami ikut sekali kalau tidak memang susah. Pernah terfikir andai suatu hari bila ibu telah tiada. Entah macam mana pulak harap masing-masing redah jugak

Itulah pentingnya diadakan hari keluarga atau berkunjung bila ada masa terluang. Kenalkan anak-anak kita kepada keluaga kita supaya tidak terjadi seperti dua kes itu.

Kakak baca pun baca tapi mata kakak asyik tengok bunga-bunga yg BM tepek. Cantik-cantik!

Asalam..Etuza baca kes tu, astagfirullah..mintalah jangan sampai serupa itu BM. Apapun dah berlaku di Malaysia . ASdakah kerana nafsu nafsi atau sengaja atau benar2 tidak tahu sesuatu yang amat sukar dipercayai...moga kita dijauhkan begini

harap jangan sengaja tak kenal ..sedih ..dengan hal2 begini

kini tiada alasan untk tidak mengenali saudara sendiri.. dengan kemajuan teknologi pada masa kini sepatutnya merapatkan lagi hubungan kekeluargaan walaupun terpisah jauh di seberang laut.. namun amalan kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara tidak harus dilupakan..

Sedara mara ni selagi boleh baiklah kita kenal mengenal... berkatnya besar kan. Teknologi yg Allah kurniakan melalui akal pemikiran insani ada kebaikannya, tetapi ada dikalangan kita sendiri yg terdorong ke arah keburukan... menjadi peringatan buat diri ini juga...

Begitulah juga bila tibanya musim raya, kita sibuk bertandang ke rumah rakan2 yang jauh tapi terlupa sanak saudara dan sahabat handai disebelah rumah.

Mekasih atas perkongsian cerita BM. Betul tu. Anak2 remaja zaman skang lebih suka duduk dlm bilik terperap dari bergaul dengan saudara mara yang datang. Peringatan buat diri sendiri jugak nih.

sebelum nak komen panjang...nak kata cantiknya bebunga tu! =)

saya tak terkejut kalau cerita di atas adalah benar
sebab tu saya selalu dok suh suami saya pegi juga rumah sedara mara
tak nak jadi kes cam kat atas
nak bagi anak-anak kenal mana saudara mara diroang
malaysia ni tak beso mana, pusing-pusing...sedara rupanya

tapi tulah, ada style orang, ko tak datag umah aku,
apsal aku nak kena p rumah ko...sedih kadang tu
ni semua tanda akhir zaman kan BM

Ini memang salah satu masalah...mungkin juga masalah ambe sendiri. Sebab jarang untuk kita bertemu mereka. Dan mungkin saudara kita itu sebenarnya dekat dengan kita tapi kita sendiri tak menyedarinya.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap