بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2 Menggegarkan!: Tiada siapa pernah menjangkakan bahawa penyanyi penyanyi lama juga mampu menjadi trending #GegarVaganza pada masa kini. Ketika zaman di mana irama muzik yang dianggap meleleh berserta maksud puitis yang mendalam mula diketepikan, Program Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2 mampu menggegarkan!

Masuk musim kedua, penyertaan artis-artis pada tahun ini amat sengit dan hebat sekali. Generasi X pasti terkenang kembali saat-saat manis tatkala melihat dan mendengar penyanyi-penyanyi popular pada ketika itu kembali melontarkan suara.

Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2 Menggegarkan!
Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2

Senarai Peserta (penyanyi) Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2
  1. Nassier Wahab – Berumur 53 tahun dan terkenal pada era 1980 an
  2. Ezad Lazim – Berumur 36 tahun dan merupakan Vokalis Kumpulan Exists pada era 90-an
  3. Amir Ukays – Umur 46 tahun dan merupakan Vokalis kumpulan Ukays pada tahun 1994. 
  4. Nizam Laksamana – Berumur 49 tahun dan merupakan vokalis kumpulan Laksamana pada era 80-an.
  5. Zul Handy Black – Berumur 40 tahun dan terkenal dengan lagu rock kapak pada era 90an iaitu Kumpulan Handy Black.
  6. Acong Sweet Child – Berumur 41 tahun dan vokalis Kumpulan Sweet Child pada era 90an.
  7. Sheeda – Berumur 50 tahun dan merupakan seorang penyanyi dangdut
  8. Haiza – Merupakan penyanyi otai dangdut
  9. Siti Nordiana – Berumur 31 tahun dan popular lagu duet dengan arwah Achik Spin. Nordiana turut mesra dengan nama panggilan Nana. 
  10. Ezlynn – Berumur 31 tahun dan terkenal dengan lagu “Hye Hye, Bye Bye”
  11. Azian Mazwan – Berumur 38 tahun dan popular pada era 80an
  12. FarahDhiya – Berumur 30-an dan terkenal dengan lagu Bertatkta Di Hati

Antara yang paling mendapat perhatian adalah kemunculan semula penyanyi lelaki popular Nassier Wahab! Selain dari suaranya yang merdu, wajah dan susuk tubuhnya bagaikan tidak dimakan usia sungguh menakjubkan. Pada usia 53 tahun, beliau masih kelihat sama seperti 30 tahun dahulu.

Nassier Wahab atau Mohd. Nasir Abd. Wahab dilahirkan Pada 18 April 1962 di Kota Kuala Muda, Kedah memulakan kerjaya nyanyiannya di awal tahun 80an. Penyanyi lagu berhantu "Sekali Aku Jatuh Cinta" ini juga pernah berlakon filem pada zaman popularnya.

Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2 - Nassier Wahab
Nassier Wahab

Minggu hadapan merupakan minggu ketiga Program Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2 dan tugasan pada minggu itu sangat mencabar! Semua lagu berbeza dengan lagu nyanyian biasa penyanyi tersebut. Nak lihat Zul Handy Black nyanyi lagu Rossa?

Gegar Vaganza Minggu ke-3

Minggu ketiga Gegar Vaganza menyaksikan adanya penyingkiran. Zul HandyBlack dan Ezlyn menjadi dua peserta yang pertama tersingkir. Walaupun ramai yang menyangkakan Shida namun beliau tetap berjaya melangkah ke minggu seterusnya.

Persembahan Haiza, Nassier Wahab dan Siti Nordiana antara yang mencuri tumpuan dengan persembahan yang mantap.

Pada minggu ke empat nanti, tugasan persembahan duet pula bersama artis undangan. Kita nantikan kehangatan Gegar Vaganza... Otai kembali menyengat!


Gegar Vaganza Minggu ke-4

Persembahan berduet memang mencuri tumpuan ramai pada minggu ke empat Gegar Vaganza ini. Hampir kesemua peserta memberikan persembahan terbaik dan hebat namun yang paling menarik adalah gandinga Acong dan Misha Omar.

Selain itu komen-komen juri menjadi isu hangat apabila dikatakan tidak sensetif dengan perasaan peserta. Minggu keempat telah menyaksikan Sheeda menjadi peserta ke tiga yang tersingkir.

Minggu ke lima, tugasan baru buat semua peserta dan paling mengejutkan apabila Nassier Wahab mendapat lagu Dayang Nurfaizah! Menarik untuk disaksikan persembahannya...

Gegar Vaganza Minggu ke-5

Rata-rata kesemua peserta memberikan persembahan terbaik dan mantap. Paling mengejutkan adalah kelunakan dan kehebatan Nassier Wahab yang berjaya membawa lagu Dayang Nurfaizah dengan begitu baik sekali!

Namun ada yang lebih mengejutkan! Amir Ukays tersingkir pada minggu ini. Tapi itu bukan satu kejutan! tetapi yang paling mengejutkan adalah pengacara Nabil dan Jihan juga turut tersingkir apabila mereka akan digantikan dengan Saleh Yaakop dan Raja Azura!

Adakah ini satu gimik atau benar? Jika benar... Ini adalah pertama kali rancangan menyingkirkan pengacara!. Nampaknya Gegar Vaganza musim ke-2 ini semakin gamat dan menghiburkan dengan pelbagai kejutan. Sungguh Menggegarkan malam minggu anda!

Kita nantikan minggu ke-6 Gegar Vaganza dengan 8 lagi peserta yang tinggal membuat persembahan. Lagu-lagu pilihan juga sangat menarik... dan yang paling ingin diketahui, adakah lagi Nabil dan Jihan sebagai pengacara???

Gegar Vaganza Minggu ke-6

Sudah enam minggu Gegar Vaganza berlangsung dan sudah 6 orang peserta tersingkir. Minggu ke-6 ini dimulakan dengan nyanyian Saleh Yaakop dan Raja Azura.

Ternyata segalanya hanya gimik, Nabil dan Jihan masih menjadi pengacara Gegar Vaganza. Jika tanpa dua orang pengacara ini, rasanya akan suram gak rancangan ini.

Minggu ini kebanyakan lagu adalah lagu-lagu hot di karaoke. Paling menyerlah adalah persembahan Nana, Faradhiya dan Aizat Lazim.

Siapa pula yang terkeluar? Pada minggu ke-6 ini nasib tidak menyebelahi Nizam Laksamana apabila menjadi peserta ke-7 yang tersingkir.

Pada minggu ke-7 nanti bertemakan Rock Dangdut. Paling menarik untuk disaksikan adalah persembahan Faradhiya yang akan membawa lagu Metallica - Enter sandman! Bagaimana agaknya ye? Siapa pula yang akan terhenti gegarannya? Sama-sama kita nantikannya...

Gegar Vaganza Minggu ke-7

Minggu ke-7 Gegar Vaganza menyaksikan persembahan yang sangat hebat dari semua peserta. Bukan sahaja peserta, pengacara (Nabil dan Jihan) dan Dato Seri Vida turut menggegarkan!

Melihat pada pesembahan para peserta, sukar untuk menilai siapakah yang akan tersingkir namun Faradhiya dan Haiza adalah yang paling menyengat pada pandangan mata ini.

Akhirnya Achong yang menjadi peserta ke-8 yang tersingkir, namun beliau telah diselamatkan Dato Seri Vida dengan menggunakan immuniti.

Minggu hadapan merupakan minggu ke-8 Gegar Vaganza dan merupakan peringkat Separuh Akhir. Masih ada 7 orang peserta yang akan berentap untuk merebut tempat di Peringkat Akhir nanti.

Semua peserta mendapat lagu-lagu yang sangat mencabar vokal dan bernada tinggi. Tema minggu depan adalah Karok Tarik!

Sipakah peserta yang akan ke Peringkat Akhir Gegar Vaganza musim ke-2 ini? Sama-sama kita nantikannya...

Gegar Vaganza Minggu ke-8 (Peringkat Separuh Akhir)

Minggu ini merupakan minggu kedua terakhir di mana semua peserta berentap untuk ke peringkat akhir Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2 ini.

Pada minggu ini sekali lagi menyaksikan Siti Nordiana membuat persembahan yang menyerlah dan memukau dengan lagu 'Mengapa' dari penyanyi asal Nikky Astria.

Begitu juga dengan Achong yang tidak menghampakan peminat dan Dato Seri Vida yang telah memilih beliau sebagai penerima immuniti pada minggiu lepas.

Seramai enam orang peserta layak beraksi diperingkat akhir yang menyaksikan pada minggu ini Azian Mazuan Safuan sebagai peserta terakhir tersingkir.

Pada peringkat akhir nanti, setiap peserta diberi sebuah lagu solo dan sebuah lagu 'battle' yang dinyakikan bersama salah seorang peserta. Kita nantikan pentas final Gegar Vaganza 2015 musim ke-2 ini pada minggu depan yang menyaksikan Juara akan membawa pulang RM300,000!

Final Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2

Berikut adalah keputusan penuh Final Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2
  • Tempat ke-6 : Haiza
  • Tempat ke-5 : Acong
  • Tempat ke-4 : Nassier Wahab
  • Tempat ke-3 : Ezad Lazim
  • Naib Juara : Faradhiya
  • Juara : Siti Nordiana
  • Persembahan Terbaik : Siti Nordiana

Wajah Seiras

Apa hal pula BM cerita pasal Gegar Vaganza 2 (2015) dan Nassier Wahab pulak ni? Sebenarnya selain dari memang terhibur dengan program ini, (hiburan nyanyian serta lawak jenaka dari pengacaranya yang kadang kala terover), tidak sangka ada blogger yang seiras Nassier Wahab!

Bukan sekadar seiras malah beliau juga tidak dimamah usia kerana kini telah 40an masih kelihatan muda belia! Blogger tersebut adalah Etuza @ entri beliau http://madey09.blogspot.my/2015/10/sebiji-cara-tangan-tongkat-pipi-nassir.html

Kita lihat gambar berikut, sekali pandang jika berkaca mata macam Nassier Wahab, dua kali pandang kalau tidak berkacamata macam Halim Othman, tiga kali pandang, oooohh Etuza rupanya... hehe! Bertuah apabila berwajah serupa dengan selebriti, turut terbias dengan populariti.

Nassier Wahab vs Etuza
Gambar ini di cilok dari blog Etuza... :)

Etuza merupakan seorang guru dan juga blogger dari Sabah. Beliau mempunyai sebuah keluarga besar yang sangat bahagia dan amat ramah mesra. Kenali lebih dekat akan Cikgu Etuza @ http://madey09.blogspot.my/ dan anda pasti seronok mengenali beliau... :)

Komen unggul 2015
p/s: Terima Kasih cikgu Etuza di atas pemberian award komen unggul September 2015.

27 comments - "Gegar Vaganza 2015 Musim ke-2 Menggegarkan!"

Etuza delete icon 13:17

Wow!! subahana;llah..terkejut Etuza bila klik laman BM. patutlah saya seolah terasa nak klik laman BM sebelum hantar anak ke kelas agama...ini lah jawapannya. Allahu akbar..tempias lah terkenal dengan kehebatan Nassier wahab..Bm blogger terkenal ..terima kasih ya.sangat2 terharu menghargai sangat2

Etuza delete icon 13:21

Kiranya farahdiya paling muda ..terasa gegar kehebatan vokal mereka cukup hebat...masih menyengat kata orang..Tapi nda taulah BM bila nassier menyayi terrasa sangat dalam kalbu. begitu juga dangan azian mazwan..mybe saya minat kejujuran dua artis ni..

Etuza delete icon 13:23

klik dan berulang kali baca..terllau besar nilai bila diri yng tak sepertinya ini ada dalam blog BM..dikaitkan pula dengan artis nassier Wahab. Mohn maaf pada Nassier ..blog etuza memori etuza oleh itu mohn nassier wahab fahami..bukan nak niat mahu terkenal bersama dia. ya Allah jauh sekali..

Niat Cikgu ikhlas...sekadar berkongsi keseronokan dan sesuatu yang kebetulan. InsyaAllah... semua orang akan memahaminya dan tumpang gembira. :)

Terima kasih cikgu kerana sudi bersahabat di dunia maya ini...

Etuza delete icon 14:30

Terima kasih BM..

Alahai adik.. kakak awak ni memang tertinggal terlalu jauh dah - tak tahu pun program ini.
Tapi barisan penyanyi tu ada juga yg kakak kenal macam Nasseir Wahab, Nana, Faradhiya, Azian Mazwan (zaman kakak kecik dulu dia dah nyanyi dgn Anuar Zain).

Betullah Etuza macam Halim DJ tu kan:)

Saya baru nak tgk Gegar Vaganza ni sbb memang kurang berminat dengan program nyanyian ni. Best juga konsep diorang. Sekarang tak sabar nak tunggu minggu ketiga pulak.

Agaknya suara cikgu etuza juga mirip Nassier Wahab kan..;)

Saya dah memang sedia maklumlah kalau akak tak tahu pasal program ni... :)

Ya...Konsepnya agak menarik dan segar. Sesuai untuk generasi X dan satu pendedahan buat generasi Y akan kehebatan penyanyi lama... :)

Hoho... Itu kita tak tahu, tapi BM pun sependapat dengn SP... mesti merdu macam Nassier Wahab... :)

paridah delete icon 21:44

cikgu etuza ni peminat penyanyi nasir wahab ..bersemangat sekali cikgu ni kalau menulis n3 tentang nasir wahab...agaknya sbb rupa mrk seiras jadi ada hubungan emosi... rasanya suarapun seakan sama tu...belum berpeluang lagi nonton gegar vaganza ni..

akak tak tau pun kewujudan program ni..
tgk tgk tv utk tgk berita ja..

saya sebenarnya dah jarak tengok program camni
mungkin faktor usia...hehe
tapi minggu lepas tertengok sebab dok tukar channel
pastu terus melekat! hehe

patut semua dok cite...
memang tak nafikan antara program hiburan paling best takat ni
nasser wahab tu tua setahun dari mak saya
memang nampak dia muda betul ye...mesti orangnya jenis happy manjang

jarak plak...jarang! hehe
faktor usia juga tu

Macamlah dah berusia sangat... Muda lagi tu.
Orang kata...masih bergetah! hehe

blogger etuza kiranya sama handsome seperti nasir wahab..

bahkan penyanyi nasir wahab sampai sekarang masih lagi hebat dan mantop..awet muda tu.

Waa takde astro jadikknya kita tak tgk laa hehehehe...wah cikgu etuza masuk sini dah hehehe..bila plak giliran kita nak masuk sini ni ..

Unknown delete icon 17:13

Cikgu etuza mirip kpd wajah halim othman ... teringat masa azian mazwan bertanding dlm bintang RTM . masa tu dia merupakan peserta termuda ...

Mrs. A delete icon 17:18

Gegar Vaganza memang best.
Memang sessuai sangat untuk Generasi X kansss...
Betullah cikgu Etuza memang seiras dengan retis berdua tu.

Tanpa Nama delete icon 22:36

Best rancangan ni tapi kathy tak tengok sebab kat rumah takdak astro tp pernah layan musim pertama bila balik rumah mak. Hehehhe.

Azian Mazwan tu memang masih dibangku sekolah masa tu... dah top terus kahwin dan tak nyanyi lagi.

Hanya Generasi X yang memahaminya... :)

Baru aiza perasan.. Memang wajah cikgu etuza mirip nassier wahab.. Aiza kagum dengan awet muda dan vokal beliau yang mantap.. Memang terbaik.. ;)

OKje delete icon 11:38

Mak layan gak GV ni sebab depa semua org lama....maklumlah...... Best tau teringat kenangan lalu katanya

Etuza delete icon 22:42

Allah akbar ..terima kasih entri ni BM..
ada dua kenyataan.mirip tu..terima kasih pada pandangan nada ya

Tak tgk pon sbb kat umah tak der astro.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap