بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Persepsi Negatif Terhadap Kereta Proton: Berapa ramaikah daripada anda semua pernah memiliki kereta buatan Proton? Walaupun tidak memiliki namun hampir kesemua rakyat negara ini pasti pernah menaikinya. Apakah persepsi anda apabila memiliki, melihat atau menaiki kereta Proton?

YA! Bangga! kerana Malaysia mampu mempunyai kereta hasil buatan anak tempatan. Namun disebaliknya pasti ada tersemat di minda kita satu persepsi negatif untuk mengatakan bahawa kereta Proton ini adalah kereta yang tidak berkualiti dan punya banyak masalah.

Persepsi negatif ini sudah menjadi sebati dan sehingga kini ia amat sukar dikikis.

Persepsi Negatif Terhadap Kereta Proton
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad - Proton

Jika dilihat dari sudut rekaan, pemanduan, keselamatan dan perbandingan harga dengan apa yang diberi... Proton juga tidak ketinggalan malah mampu memberikan yang terbaik dan merupakan satu pembelian yang berbaloi.

Namun apabila pembelian tersebut gagal memberi kepuasan hati dan akhirnya ia menjadi satu igauan ngeri yang membawa kepada kesan trauma yang berpanjangan.

Di sinilah bermulanya segala masalah yang menjadi punca kejatuhan Proton. Proton sehingga kini terus diingati sebagai kenderaan yang tidak berkualiti dan punya banyak masalah.

Punca Kejatuhan Proton

Adakah jenama kenderaan lain semuanya bagus dan tidak bermasalah?

Sebenarnya, kenderaan jenama lain juga tidak seratus peratus bagus atau 'zero defect' malah kenderaan mewah seperti Mercedes Benz pun banyak yang baru dibeli sudah masuk bengkel.

Kenapa tiada persepsi negatif sehingga terlekat di minda setiap orang ramai akan kesan dari masalah tersebut?

Inilah kekuatan dan kesan 'service after market' yang agak ketinggalan untuk dikuasai oleh Proton. Layanan yang lambat, tiada penyelesaian masalah yang kekal, masalah berulang-ulang, tidak mesra dan sebagainya.

Selain itu diburukkan lagi oleh pekerja mereka sendiri yang menyatakan... "Biasalah... Proton... " telah menjatuhkan Proton di hati setiap pembeli.

Persepsi Negatif Terhadap Kereta Proton
Proton lepas jualan

Kereta bukan barang belian murah yang boleh ditukar ganti setiap bulan. Setiap pembeli mengharapkan sesuatu yang bernilai dengan harganya. Andai berlaku sebarang masalah, ianya perlu diselesaikan dengan segera dan tidak berulang.

Manusia punya hati dan perasaan. Layanan yang mesra dan terbaik mampu meredakan api kemarahan. Bandingkan sendiri bagaimana cara pusat servis Proton menyelesaikan masalah dan memberi layanan berbanding jenama lain.

Gen2 Model Bermasalah

Kegagalan Proton bermula daripada model Gen2 apabila gagal untuk menyesaikan masalah kualiti yang membawa kepada beban di pusat servis untuk memberikan perkhidmatan yang baik.

Model Gen2 merupakan penamat kepada kepercayaan pembeli terhadap Proton dan seterusnya menyematkan persepsi yang amat sukar diubah ke atas setiap model-model Proton yang seterusnya.

Proton Gen 2
Proton Gen 2

Toyota, walaupun punya masalah besar dari sudut kualiti keselamatan yang menggegar industri automotif dunia beberapa tahun dahulu sehingga menjatuhkannya sebagai pengeluar no 1 dunia tetapi berjaya bangkit dan masih beroleh kepercayaan pembeli.

Proton perlu belajar dan bermula semula bagaimana untuk meyakinkan pembeli seperti mana mereka mula-mula menyertai industri ini dengan model Saga.

Walaupun kini Proton telah melakukan pelbagai perubahan dan peningkatan, ianya masih belum cukup dan mampu mengubah minda rakyat Malaysia untuk kembali menjadikan Proton sebagai jenama nombor satu negara.

Cabaran Buat Proton

Tahun 2016/17 adalah tahun penentu akan jatuh bangunnya Proton apabila tiga buah model baru gantian iaitu Proton Saga, Persona dan Perdana akan dikeluarkan. Ianya menjadi titik tolak atau mungkin titik noktah buat Proton.

Model Baru Proton Perdana 2016
Model baru Proton Perdana 2016

Selain dari itu Proton tidak boleh terlalu bergantung kepada pasaran tempatan. Pada usia Proton sekarang ini, sepatutnya lebih 60 peratus jumlah jualan kereta Proton adalah untuk pasaran eksport.

Mungkin melalui angka jualan dan sambutan hebat dari luar negara akan mampu mengembalikan keyakinan dan seterusnya mengubah persepsi negatif pembeli dalam negara kerana sudah pasti di luar negara tiada kompromi dalam soal kualiti dan servis.

Adakah Proton akan berjaya... Hanya masa akan menentukannya...

BinMuhammad
p/s: Bangga dengan kereta nasional negara ini namun kecewa apabila tidak "alah membeli menang memakai"

25 comments - "Persepsi Negatif Terhadap Kereta Proton"

Unknown delete icon 15:25

Bangga boleh lah bangga..cik akak keta pun tak ada..hihi

paridah delete icon 16:36

DOAKAN PROTON MAMPU HADAPI CABARAN DAN MAMPU BERTAHAN DLM PRODUKSI KERETA NEGARA... TIDAK GAGAL SPT MAS..

Bangga dan sungguh berbangga kerana kita ada kereta kita sendiri..

Yang pasti, mana-mana syarikat yang dimiliki sepenuhnya atau sebahagaian oleh kerajaan pasti bermasalah, pengalaman saya mengatakan, tamak haloba sebilangan pihak punca sukar nak maju.

konsumen tak mau buang duit percuma

buatlah kereta lokal yang di percaya

Cik Akak tak perlu beli, Hanya tunggu sebuah kereta sebagai hantaran... :)

Jika gagal seperti MAS... Terlalu ramai yang akan terlibat sebab rantaian industri Automotif ni amat besar!

Ya! Meemaaanggg bangga...

Tiada faktor lain... manusia juga puncanya...

Syaz delete icon 02:12

Proton perlu berubah jika mahu bangkit dr kejatuhan. Lihat perodua walaupn hnya hasil kereta bersaiz kecil tetapi ttp mnjd pilihan rakyat Malaysia walaupn ade setengah kita mnjdikn hnya second car.

p.s : Masih menanti rupa kereta sedan perodua, mcm ne lh agknya..erm...

Unknown delete icon 17:00

sekurang-kurangnya proton jadi kereta baru dari kilang yang mampu dimiliki rakyat ...

Ya! Ramai yang menantikan kemunculan kereta sedan pertama Perodua!

Mujurlah kerajaan protect harga... kalau tak, banyak lagi kereta yg lebih murah dari Proton sebenarnya...

So far pakai proton ok jer. Cuma masa pakai perdana dulu banyak sgt problem.

Tanpa Nama delete icon 00:10

Sebenarnya kebanyakan kereta Proton dibuat sendiri oleh Anak tempatan yang kerja dgn Proton bermula dengan Waja diikuti dengan Gen 2, Satria Neo, Persona, Exora, Preve dan terbaru Iriz, termasuk engine campro, CPS, VVT dan turbo. Saham Syarikat Proton juga dimiliki oleh Rakyat tempatan berbanding Perodua yang dimiliki secara majoriti oleh Daihatsu dan Toyota. Semua model kereta Perodua sejak kancil (Daihatsu Mira) sehingga sekarang adalah model Daihatsu termasuk MYVI (Daihatsu Sirion) dan Axia (Daihatsu Mira), tukar logo dan ubahsikit bumper aje. Oleh itu boleh saya katakan Proton adalah pengeluar kereta Malaysia sebenar.

Tanpa Nama delete icon 15:25

Setuju, Gen 2 1.3 Mak saya dan Waja Abah saya ok je, sebelem mereka berdua tukar kepada Preve 1.6 turbo.

Unknown delete icon 05:47

hahaha...proton tiru kereta luar jga...contohnya wira...bnyak lubang2 untuk skru yg xda kna guna d bhagian bawah...sbb rangka badan 1 bijik dngan evo 3..cuma tukar engine n x guna 4x4...

Alhamdulillah.. Dh 2 kereta sya masih kekal dgn proton. Wira aeroback n exora cfe. Defact minor biasalah... Mana ada barang takkan rosak..hihi

Tanpa Nama delete icon 02:38

Memang benar..after sales servis amat penting selepas membeli sesebuah kereta. Proton harus pelajari dari Honda, Toyota dan Nissan layanan, tindakan yg perlu setelah menerima aduan dan senyuman. Dari pengalaman saya menggunakan kenderaan proton..layanan yang amat mengecewakan dan "sakit hati" sehingga hati ini mengatakan serik untuk membeli proton lagi terutama kualiti produk keluaran proton sendiri kerana baru beli 3 bulan..dh bermacam2 masalah yang timbul samada dari gearbox, power window, break, air masuk di lampu break belakang. Bila saya tanya wakil proton..inilah yang sering diberitau..BIASALAH PROTON. Utk makluman, kami sebagai pembeli bukan mudah nak dapatkan sumber kewangan..pinjam sana sini utk dapatkan kereta sebagai keperluan hidup lebih2 lagi yang berkeluarga. Kalau inilah budaya proton..jangan salahkan rakyat seandainya kami memilih dan sanggup berhutang lebih untuk mendapatkan kenderaan yang berkualiti seperti Honda, Toyota dan Nissan.

Tanpa Nama delete icon 01:32

Apapun tak salah kita menunggu komen dari pembeli kereta proton persona keluaran terbarunya. Harap-harap kita akan mendengar komen positif dari mereka.Syabas Proton.

Tanpa Nama delete icon 08:21

BANGGA TETAP BANGGA DENGAN PROTON ....SEMUA KERETA ADA MASALAH.. YANG PELIKNYA APABILA PROTON ADA MASALAH MCM SATU DUNIA HENDAK DI HEBOHKAN....KLU RASA MAMPU PAKAI KERETA IMPORT TERUSKAN TIADA MASALAH DUIT SENDIRI..CUMA JGN MEJATUHKAN HASIL KERJA ANAK TEMPATAN..SEPATUT MEMBERI SOKONGAN....MUNGKIN YANG BEKERJA DENGAN PROTON ANAK KITA,SAUDARA ATAU KELUARGA...SEMOGA PROTON TERUS SUKSES BERDAYA SAING...IN SHA ALLAH...PERSONA 2007

Tanpa Nama delete icon 08:24

SEMUA KERETA TIRU SEMASA SENDIRI BRO

Kerol delete icon 15:54

kita sbg peminat tegar jenama proton kena terima apa jua permasalah keta kita..tahniah.stkt rosak sikit2 tu biasa je.tp jenama lain x rosak plak mcm mana kerosakkan yg kita hadapi tu.mcm mana ni hu3 adakah kita x perasan kualiti keta kita kurang..ataupun kita ego pertahan proton smpi tpaksa hadap apa jua permasalah keta kesygngn kita ni..hu3 love u proton..

Kerol delete icon 15:56

senasib la kita..smpi fobia jdnya nk beli proton..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap