بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Andai anda seorang blogger, ada banyak cara untuk menjana pendapatan secara online. Selain daripada syarikat pengiklanan, affiliate, dropshop, menyertai contest, membuat review, advertorial dan banyak lagi.

Setiap satu darinya ada kelebihan dan kekurangan, pilihlah mengikut kesesuaian serta keupayaan anda. Jangan terlalu mengikut orang lain kerana anda sendiri yang tahu kemampuan diri sendiri.

Salah satu peluang yang boleh anda terokai untuk menjana pendapatan dengan mudah ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan Lynk.My. Sebelum itu jika anda berminat menjana pendapatan dengan iklan, anda boleh ketahuinya melalui review berikut: Review Pengiklanan Mobile Di Blog - Mobicow

Jana Pendapatan Online Melalui URL Shortener Lynk.My
Jana Pendapatan Online Melalui URL Shortener Lynk.My

URL Shortener Lynk.My

Lynk.my merupakan pengendali perkhidmatan atau servis URL Shortener khusus untuk pengguna di Malaysia. Selain dari perkhidmatan memendekkan URL, Lynk.My juga memberi peluang kepada anda untuk menjana pendapatan melalui URL tersebut.

Bagaimana perkhidmatan ini boleh menjana pendapatan? Sebenarnya setiap URL yang dipendekkan tadi akan dialihkan sementara ke halaman pengiklanan sebelum menuju ke halaman yang sebenar. Jika anda pernah lihat AdF.ly, fungsinya adalah serupa.

Istimewanya Lynk.My ini, ianya bertapak di Malaysia maka target penggunanya adalah orang Malaysia. Selain itu, ianya adalah percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Tidak wajib ada blog atau website untuk menggunakan perkhidmatan ini atau mendaftar dengan Lynk.My.

Anda boleh memendekkan apa sahaja link URL sama ada artikel blog, portal berita, video atau sebagainya dengan syarat mestilah menggunakan servis URL Shortener Lynk.My setelah anda Login.

Bagaimana cara menjana pendapatan Dengan URL Shortener Lynk.My?

Caranya amat mudah! Apa yang perlu anda lakukan hanyalah:
1. Mendaftar dengan Lynk.My
  • Masuk ke website Lynk.my
  • Mendaftar sebagai Publisher dengn klik [JOIN NOW].
  • Isikan butiran yang dikehendaki.
  • Setelah mendapat balasan email, akaun anda telah pun diaktifkan
Jana Pendapatan Online Melalui URL Shortener Lynk.My

2. Gunakan Perkhidmatan URL Shortener Lynk.my
  • Login setiap kali menggunakan perkhidmatan URL Shortener Lynk.my
  • Gunakan perkhidmatan URL Shortener Lynk.my dengan memendekkan link URL yang anda inginkan.
Jana Pendapatan Online Melalui URL Shortener Lynk.My

3. Use Shortern URL
  • Gunakan link URL yang telah dipendekkan tadi di mana-mana tempat seperti di blog, media sosial dan sebagainya yang menjadi lokasi sasaran mudah untuk di klik oleh ramai pengguna.
Jana Pendapatan Online Melalui URL Shortener Lynk.My

Setiap klik dari link URL tersebut akan menjana pendapatan. Semakin ramai yang klik semakin banyak anda akan beroleh pendapatan.

Mudah bukan! Setiap 1,000 klik anda akan beroleh RM10. Bayangkan setiap hari anda share beberapa pautan yang menjadi topik hangat atau carian tertinggi di media sosial seperti Facebook dan twitter dengan menggunakan URL Shortener Lynk.My, pasti dengan mudah 1,000 klik boleh anda dapat!

Khas Buat Blogger

Istimewa bagi mereka yang mempunyai blog adalah apabila Lynk.my memberikan satu lagi peluang tambahan iaitu tanpa perlu menggunakan URL Shortener tetapi masih boleh menjana pendapatan namun haruslah mendaftar terlebih dahulu.

Ianya dikenali sebagai Easy Link dimana anda hanya perlu meletakkan satu pautan Easy Link pada mana-mana perkataan, banner, gambar dan sebagainya di dalam blog anda yang memungkinkan pengguna untuk klik. (Fungsi sama seperti klik iklan Nuffnang)

Setiap klik akan menjana pendapatan dan terus ke akaun anda sama seperti menjana pendapatan menggunakan URL Shortener Lynk.my.

Easy Shrink - How it works?

If you have no need for a short URL and you just want to make money from your blog or website, here is the quickest and simplest possible way to earn with Lynk.

You do not need to even login to Lynk to use this and your account will be credited in the same way as if you had shortened the link.

Ketahui lebih lanjut pelbagai lagi keistimewaan dan kelebihan Lynk.My di sini: Review Lengkap Lynk.my 

Pendapatan Tambahan Menampung Kos

Lynk.My memberi satu lagi peluang mudah tanpa modal untuk anda menjana pendapatan secara online. Namun untuk berjaya tetap perlukan usaha. Tiada rezeki yang datang bergolek kecuali anda mencuba mendapatkannya.

Pada ketika harga barangan keperluan serta perkhidmatan yang semakin mendadak naik ini, sumber pendapatan tambahan amat diperlukan.

Cara mudah buat blogger menjana pendapatan melalui Lynk.My ini adalah dengan menukar setiap link URL (pautan) yang anda gunakan dalam blog dan artikel dengan URL Shortener Lynk.My. Maka setiap klik pasti akan menjana pendapatan.

Sebagai contoh dalam artikel ini, setiap pautan menggunakan URL Shortener Lynk.My. Anda klik ianya tetap menuju ke laman tersebut tetapi...saya tambah duit! :)

Sambil berblogging dapat juga sedikit wang buat menampung kos internet anda... Selamat mencuba.


13 comments - "Jana Pendapatan Online - URL Shortener Lynk.My"

Wahh bersemangat Tuan yer dalam kontest ni.... Good luck...

Terima kasih... :)
Bukan mudah blog yg baru sahaja berusia 3 bulan untuk bersaing dengan blog2 otai dan dah established. Sekadar mencuba sambil memberi informasi buat mereka yang memerlukan

paridah delete icon 14:41

cara jana pendapatan dgn mudah...insyaAllah..kak xreti semua tu.

Nampak menarik tu.. Sambil menulis blog, jana pendapatan tambahan..

Kmah bm..jgn lpaskn pluang jana wang online ni..

all the best k... gd luck.... :)

Dalam dunia blogging ini tak semuanya perlu dipraktikkan... Apa yg penting adalah mencapai matlamat serta merasai keseronokan berblogging dan itu sudah cukup buat akak... :)

Bolehlah kalau nak mencuba sebab ianya tidak sukar dan amat mudah dipraktikkan.

Haha... xsangatlah. Sekadar berkongsi info buat sesiapa yang berminat nak menggunakannya. Tak dinafikan... Ianya berhasil!

Good luck? Good luck kepada mereka yang menjana pendapatan melalui Lynk.my ini.
Ianya satu peluang mudah dan terjamin berhasil!

Peluang yg baik utk menjana pendapatan... menarik... :)

Good luck BM.

cik tom delete icon 13:46

menarikk contest ni..tgk ramai join..teringin jugak nak join..tapi mood join contest belum datang..hehe...

good luck bm!

canttik theme blog ni :)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap