بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Blog adalah salah satu media sosial yang sejak dulu sehingga kini tetap "maintain" diguna pakai walaupun terdapatnya pelbagai media sosial terkini yang menjadi kegilaan ramai seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan banyak lagi...

Keistimewaan dan kelebihan blog tidak mungkin mampu diatasi dan ianya akan kekal "evergreen" sepanjang masa.

Apabila dikategorikan sebagai media sosial maka sudah tentulah adanya komunikasi. Sebuah blog tidak akan lengkap tanpa kewujudan ruangan komen.

Ruangan komen amat berguna dan penting untuk para tetamu blog dan rakan-rakan blogger untuk menyatakan sesuatu sama ada pertanyaan, ucapan, pendapat dan sebagainya.

Oleh kerana ianya penting dan diperlukan maka ruangan komen menjadi satu ruangan penting yang perlu di titik berat akan penampilan serta kemudahannya.

Komen dan Blog

Format Ruang Komen

Terdapat pelbagai format dan rekabentuk ruangan komen sama ada secara custom atau disediakan oleh pengendali perkhidmatan ruangan komen (plugin). Antara yang popular adalah:
Setiap satu mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri yang mungkin akan memberi kesan positif dan negatif ke atas blog dan pengomen anda.

Panduan Menyediakan Ruang Komen 

Sebagai blogger, anda pasti tahu akan apa yang anda perlukan dan bukannya sekadar mengikut orang lain atau hanya memenuhi kehendak sendiri.

Setelah anda tahu apa yang terbaik maka pilihlah dan sediakanlah ruangan komen seperti yang anda perlukan dan mesra pengguna.

Secara umumnya, keperluan penampilan sesebuah ruang komen adalah seperti berikut:
  • Mudah diakses - Ruang komen tersebut berfungsi di semua jenis browser dan peranti mobile.
  • Ruangan yang jelas dan mudah digunakan. - Dilihat secara terus iaitu tidak tersembunyi serta menggunakan format font dan saiz yang sesuai.
  • Format yang mesra kepada semua pengguna - Andai seseorang tidak mempunyai sebarang akaun juga boleh meninggalkan komen.
  • Tidak menyusahkan - tidak memerlukan sebarang login, pengesahan (verification) tetapi jika ada, ianya mestilah mudah dilakukan serta difahami oleh manusia. (selalunya ramai yang tidak menggemari ruang komen yang perlukan verification ini)
  • Gunakan format thread comment agar teratur dan senang difahami susunan balasan setiap komen 

Panduan Menulis Komen

Para tetamu dan rakan juga perlu tahu bagaimana cara hendak meninggalkan komen. Ianya penting kerana setiap komen sudah semestinya menjadi interaksi yang pasti dibaca oleh pemilik blog.

Antara panduan tatatertip yang perlu dilakukan sebelum meninggalkan komen adalah:
  • Pastikan anda membaca dan memahami isi kandungan entri tersebut
  • Tulis hanya berkaitan dengan apa yang ditulis.
  • Jika ada persoalan, tanyalah dengan sopan dan jelas.
  • Jika tidak puas hati atau ada perselisihan pendapat, nyatakan dengan baik dan beradap.
  • Jangan sesekali meninggalkan komen sekadar sepatah dua kata seperti "Salam kenal" atau "Hai.. terima kasih" kerana ianya menggambarkan akan diri pengomen yang sekadar singgah bukan untuk membaca entri blog. Ada baiknya tidak perlu tulis apa-apa pun.
  • Jangan meninggalkan link url yang aktif (<a href: http://.... ) kerana ianya akan mengganggu SEO pages kerana robot enjin carian akan mengganggapnya link spam. Sesetengah format komen seperti commentluv dan intense debate ada menyediakan perkhidmatan untuk meninggalkan url link tetapi jika tiada seperti blogger, gunakanlah pilihan URL/Name untuk meletakkan url anda.
  • Jangan sesekali spam ruangan komen. 
Oleh itu sebelum anda meninggalkan sebarang perkataan di ruangan komen, haruslah fikir dulu... Jangan sesekali menulis sesedap hati dan mengikut emosi atau perasaan.


Panduan Menguruskan Ruangan Komen

Adalah tidak menjadi satu kewajipan untuk membalas setiap komen namun jika hendak lakukan juga, itu adalah cara anda dan ianya sesuatu yang sangat bagus jika dipraktikkan!

Namun jika komen yang mengutarakan persoalan atau perlukan penjelasan, adalah satu keperluan untuk admin blog menjawab dan memberi penjelasan. Itulah fungsi ruang komen...untuk berkomunikasi!

Selain itu ianya menggambarkan admin blog yang bertanggungjawab dan berkeyakinan di atas setiap artikel yang ditulis.

Jika ruang komen anda selalu mendapat komen spam, gunakanlah setting moderate agar anda dapat tapis setiap komen sebelum ianya dipaparkan kepada umum.


Penilaian Populariti Dan Kualiti Artikel melalui Komen

Agak subjektif untuk menilai populariti blog/blogger serta kualiti sesebuah artikel melalui jumlah komen. Ianya bergantung kepada niche blog. topik artikel dan isi kandungan komen tersebut.

Namun yang tidak dapat dinafikan adalah melalui komen lah kita akan dapat mengetahui response para pengunjung atau pembaca terhadap artikel kita.

Sebuah blog niche seperti hiburan atau politik, biasanya pasti mempunyai komen yang banyak namun tidak semestinya artikel tersebut berkualiti walaupun populariti blog/blogger tersebut sangat hebat dan begitu dikenali.

Begitu juga sebaliknya, di mana artikel yang berkualiti namun jumlah komen pula terlalu sedikit. Mungkin terlalu bagus sehingga tiada apa hendak dikomenkan.

Bagi blog peribadi pula penilaian terhadap jumlah komen yang banyak mungkin disebabkan oleh beberapa faktor penentu dan bukan sekadar disebabkan oleh kualiti dan populariti semata-mata.

Berikut adalah beberapa sebab yang menjadi faktor kepada banyaknya jumlah komen :
  • Blogger tersebut yang ramah, mesra dan sering melakukan blogwalking.
  • Kandungan artikel yang sangat menarik sehingga tertarik untuk menyatakan pandangan dan pendapat.
  • Artikel penyertaan contest atau segmen/ga yang mengundang ramai peserta untuk berbalas kunjungan.
  • Blogger yang popular, punya tarikan tersendiri dan pengikut yang ramai.
  • Blog tersebut menganjurkan contest atau memberi ganjaran kepada pengomen terbanyak dengan hadiah yang menarik serta lumayan.
Pada pandangan peribadi, secara keseluruhannya... komen yang diterima dengan banyak dapat menggambarkan populariti sesebuah blog dan artikel tersebut tidak kiralah sama ada ianya komen positif atau negatif kerana setiap komen menggambarkan reaksi pengunjung dan pembaca terhadap topik yang diutarakan.

Namun untuk menilai dari sudut kualiti, jumlah komen bukanlah kayu ukur yang paling tepat untuk dijadikan ukuran tetapi lebih utama adalah isi kandungan artikel tersebut yang dapat disampaikan dengan baik, lengkap dan mencapai matlamatnya.

Ketahui juga bahawa komen yang banyak dan berkualiti (lebih dari 10 patah perkataan) mampu meningkatkan prestasi blog terutama dari sudut penilaian SEO kerana ianya berkait dengan kata kunci jika sering diulang dalam komen dan dapat menaikkan ranking berikutan interaksi sosial serta merendahkan bounce rate.

Menghargai Pengomen

Setiap komen yang ditinggalkan sama ada dari mereka yang dikenali atau tidak, ianya sesuatu yang amat berharga. Terpulang bagaimana cara untuk anda menghargainya.

Begitu juga dengan membalas komen, tidak semestinya tiada balasan bermakna anda tidak dihargai. Sebagai contoh blogger Ben Ashaari, jangan haraplah komen anda akan mendapat balasan walaupun ucapan "terima kasih" namun ia tidak bermakna anda tidak dihargai atau tidak dipeduli.

Setiap artikel blogger popular seperti Ben Ashaari atau Fatin Liyana yang punya berpuluh dan kadang kala beratus komen, maka adakah masa untuk mereka membalas komen anda? Namun mereka pasti ada cara tersendiri untuk menghargainya.

Bagi majoriti blogger, kita semua tidak seperti mereka. Cara menghargai pengomen mungkin perlukan teknik yang berbeza agar lebih berkesan.

Melalui membalas komen sama ada di blog sendiri atau di blog pengomen mungkin boleh dipraktikkan dan ianya amat bagus untuk membina dan menjalinkan ikatan bersama pengunjung atau pembaca blog dalam usaha meningkatkan prestasi blog.

Begitu juga dengan cara berbalas kunjungan kepada setiap pengomen, ianya amat baik dijadikan amalan kerana boleh dikatakan setiap pengomen adalah dari golongan blogger juga. Ia merupakan satu cara yang berkesan dalam usaha mendapatkan pengunjung dan pembaca setia

Selain itu, ada juga yang memberi ganjaran kepada pengomen sebagai tanda penghargaan disamping teknik memikat untuk kekal setia memberi komen. Satu situasi menang-menang di situ.

Komen dan Blog
Terpulanglah bagaimana cara pun untuk anda menghargai atau mengekalkan pengomen anda, ianya tidak salah dan bukan pula satu kewajiban bergantung kepada matlamat dan kehendak anda dalam berblogging.


Komen Dan Blog

Kesimpulanya di sini, ruangan komen itu adalah satu yang perlu diberi perhatian kerana blog adalah media soasial yang memerlukan interaksi dan komunikasi.

Tatatertip sebagai pengomen perlu dijaga agar tidak berlaku salah faham dan mengundang pertelingkahan atau masalah dikemudian hari. Zaman ini segalanya mudah menjadi viral dan diperhebahkan. Jangan anda menjadi mangsa pula.

Keperluan dan kepentingan komen bergantung kepada cara anda berblogging dan matlamatnya. Gunakan ianya sebaik-baiknya untuk kebaikan bersama. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit manfaat kepada yang memerlukannya...

Komen dan Blog

23 comments - "Keperluan & Kepentingan Ruangan Komen Pada Blog"

Alhamdulillah...lama betul ambe tak BW. Berjaya juga singgah ke mari. :)
Apa yang ambe nampak, blogger sudah semakin matang. Kebanyakkan blog dah kurang letak shoutbox sebagai tempat chit chat.
Ini menjadikan ruang komen sebagai tempat utama untuk tinggalkan jejak. Bagus juga kalau disediakan ruang komen yang tidak membebankan pengunjung, kan.

Assalammualaikum.... BM,

terima kasih BM... anda sentiasa memberikan informasi yang terbaik buat kekawan blogger..

mselim3

pls: blog BM nie pun semakin baik... BM banyak belajar dalam jatuh bangun blog. Semakin matang .. teruskan BM. Mselim3 support mana mselim3 termampu.

Sememangnya ruangan kotak komen sangat penting untuk seorang blogger. Cuma agak merimaskan bila terlalu ramai spammer.

Assalammualaikum BM dan mSelim. Artikel disini sememangnya berkualiti dan amat berguna. Kemas, padat dan jelas kandungan yang mahu disampaikan. Teruskan usaha..:)

Biase saya membalas komen dgn mengunjung ke blog pengomen tu balik dan jawab kat sana terus :)

Saya selalu buat komen marathon kalau dah lama tak blogwalking. Macam blog BM. Kekangan masa ☺

Setuju tu

paridah delete icon 21:19

Assalam...berkomen dgn mesra beradab mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama blogger

Mrs. A delete icon 22:56

Melalui komen yang ditinggalkan blogger mampu berinteraksi dengan pembacanya.
Saling berbalas komen juga mampu merapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama blogger walaupun cuma di alam maya.

Alhamdulillah... Selamat kembali ohsempapa!
Kematangan blogger seiring dengan masa apabila dapat menilai akan kelebihan dan kekurangan sesuatu widget.

mmm.sy jug a lama x blog walking. bnyak kerja.nak buat.huhu

Waalaikumsalam MSelim3 dan SP,
Benar... semakin lama menjadi blogger semakin banyak yg dipelajari dan pelbagai pengalaman dapat dikutip. InsyaAllah... sekadar berkongsi apa yg ingin dikongsi agar dapat dikongsi bersama.
Sokongan dari anda berdua amat2 dihargai...

Ianya tidak dapat dielak... Sabar jer la. Itu adalah karenah yg terpaksa dihadapi sebagai seorang blogger.

Setiap blogger ada cara mereka tersendiri... dan anda adalah antara yg terbaik & rajin dalam menjalinkan hubungan baik sesama pengomen! Bukan macam saya ni...maleh skit, huhu

Tidak dinafikan... Apabila sekali anda datang, habis semua entri dikomen!
Sungguh hebat sekali! Sesuatu yg amat sukar dilakukan dan rasa sangat terharu...
Jutaan terima kasih kerana sudi menelaah blog picisan ini.
Amat-amat menghargainya... Ikhlas dari hati...

Waalaikumsalam,
Akak adalah seorang sahabat maya yg amat2 saya hormati. Komitmen akak dalam menjalinkan ukhuwah tidak dapat ditandingi.
Jutaan terima kasih dan semoga ianya kekal berpanjangan.

Walaupun hanya melalui gambar, coretan dan tanpa jasad... jalinan ukhuwah dan silaturrahim tetap dirasai dan terasa begitu dekat sekali.
Terima kasih Mrs A krn sentiasa sudi singgah di sini :)

Samalah kite... :)
Tidak dinafikan, aktiviti blowalking ini ada pasang surutnya. InsyaAllah... sampai masa dan ketikanya nanti, adlah masa tu... Utamakan yg lebih utama...

saya setuju tentang keperluan ruang komen ni
saya nak berkunjung ke setiap blog biasanya ambil masa
so saya kebiasaannya akan reply setiap komen yang ditinggalkan
walau saya sedar kemungkinan untuk mereka membaca reply tu tipis
tapi saya rasa kepuasaan...hehe

kalau nak ke blog lain pula, biasanya saya sediakan skuad "bom"
spend sedikit masa untuk setiap blog sebagai membalas kunjungan mereka =)

Kehadiran YY sentiasa dinanti dan sudah memehami cara anda... Sekali datang, nah! hampir semua entri di baca dan di komen. Terima kasih...dan amat2 hargainya
Kadang rasa macam tidak adil pula bila tak sempat nak balas kunjungan...huhu
InsyaAllah... jika diberi kesempatan, akan singgah jua :)

Waw!! hebat sekali penulisan Bm...terbaik..ruangan komen rasanya mesti ada dalam blog, sebab rasanya tak sunyi jika ada komentar yang elok2 atau teguran pun ok..

Ruangan komen Blog ini pun sentiasa menanti komen dari cikgu agar tidak terasa sunyi... :)

Betul kata BM, jumlah komen tidak menggambarkan kualiti blog atau artikel yang ditulis.. komen yang membina pasti mewujudkan hubungan baik sesama rakan blogger..

aiza juga jarang dapat komen di blog rakan blogger kerana kekangan masa sekarang ni, selalu komen secara pukal sahaja..hehe..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap