بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Rawatan ubat Resdung Dengan Bella Formula Sinus Cure: Rasa macam nak putus urat leher apabila asyik bersin. Itu belum lagi dengan ketidakselesaan serta kesukaran bernafas akibat lendir di hidung. Segalanya menjadi serba tidak kena.

Bergegar otak setiap kali bersin mengundang pula sakit kepala. Aduh! Terseksanya! Nak buat kerja pun susah apatah lagi hendak beramal ibadat.

Itulah kesan RESDUNG... Satu penyakit yang mungkin pada awalnya nampak tidak begitu merbahaya dan hanya mengganggu sekali sekala tetapi kalau dah sampai tahap kronik, jangan sesekali anggapnya remeh. Resdung mampu membawa maut!

Rawatan Resdung  Bella Formula Sinus Cure

Resdung perlu dirawat segera. Jangan sampai terlambat sehingga mengundang bahaya pula!

Ada pelbagai kaedah dan rawatan yang boleh digunakan untuk merawat Resdung. Terpulang kepada anda untuk memilihnya.

Ubat Resdung

BM cuma nak mengesyorkan satu produk ini yang sememangnya telah digunakan oleh anak saudara sendiri untuk merawat atau sebagai ubat resdung dan terbukti berkesan.

Apabila ianya memberi kesan yang amat positif, mungkin tidak salah rasanya untuk dikongsikan bersama di sini. Mungkin ada yang ingin mencuba dan mungkin pula serasi dengannya. InsyaAllah... Usaha itu penting dan hasilnya hanya Allah SWT yang tentukannya...

Produk yang dimaksudkan adalah Bella Formula Sinus Cure. Sejak menggunakan produk kesihatan ini, penyakit resdung anak saudara BM telah semakin baik. Tiada lagi gejala-gejala resdung yang mengganggu kehidupan hariannya.

Rawatan Resdung  Bella Formula Sinus Cure


Kesan Penggunaan Bella Formula Sinus Cure

Berikut adalah antara kesan perubahan dan yang akan dapat diatasi setelah pengambilan Bella Formula Sinus Cure secara teratur selama seminggu. Sebenarnya dalam masa dua hari pun anda sudah merasai kesannya.
  1. Selsema pada awal pagi semakin berkurangan.
  2. Menghilangkan nafas berbau dalam hidung dan mulut.
  3. Hingus dan lendir semakin berkurang dan seakan-akan menghilang.
  4. Rasa gatal-gatal pada hidung dan wajah telah hilang!
  5. Tiada lagi sakit kepala dan rasa berat pada wajah.
  6. Jerawat yang disebabkan masalah Resdung mulai susut.
  7. Tiada lagi bersin pada awal pagi atau alah kepada bau.
InsyaAllah... jika serasi, anda tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan. Ini juga berikutan kandungan produk ini yang 100% daripada herba semulajadi terpilih dan dijamin selamat serta halal - kelulusan dari KKM dan Jakim

Rawatan Resdung  Bella Formula Sinus Cure

Kandungan Bella Formula Sinus Care, antaranya adalah:
  • Rhizome Cyclea Laxiflora   – 150mg
  • Follum Calotropis Gigantea   – 100mg                    
  • Fructus Motinda Citrifolia – 50mg
  • Flos Eugenia Aromatica     – 50 mg      

Panduan Pengambilan Bella Formula Sinus Care

Berikut antara beberapa lagi maklumat dan panduan tentang penggunaan Bella Formula Sinus Cure untuk anda:
  • Dewasa (15 tahun ke atas ) 1 biji pagi & 1 biji malam selepas makan.
  • Kanak-kanak (10-15 tahun) 1 biji pagi selepas makan (boleh buka kapsul & campur dalam air)
  • Usia 7 tahun hingga 10 tahun - makan 1/2 (separuh) biji selepas makan setiap hari (boleh buka kapsul & campur dalam air)
  • Ibu Mengandung DILARANG sama sekali mengambil Bella Formula Sinus Cure kerana ia mengandungi herba yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.
  • Ibu yang menyusu anak yang berumur 7 bulan ke atas SAHAJA yang DIBENARKAN mengambil Bella Formula Sinus Cure.
  • Boleh diambil bersama ubat-ubatan atau suplemen lain TETAPI pastikan jarak masa antara 2~3 jam
Pastikan anda mendapat produk Bella Formula Sinus Cure yang tulen (original) kerana produk ini telah dikesan ada yang palsu.


Selamat mencuba... :)  InshaaAllah. Tiada penyakit tidak boleh diubati kecuali mati. Apa yang penting, usaha, doa dan tawakal... Yakinlah kepada yang Allah SWT.

.....................................................

Kemaskini Informasi - 2 Mei 2016

Memang tidak dinafikan, menggunakan produk Bella Formula Sinus Care ini berjaya meredakan penyakit resdung tetapi tidak dijamin akan terus mengubatinya secara kekal.

Kebetulan pula secara tidak sengaja saya telah menjumpai sebuah laman web yang memberi informasi dari Kementerian Kesihatan Brunei menyatakan bahawa produk Bella Formula Sinus Care ini mengandungi bahan terlarang dan merbahaya untuk kesihatan.

Berikut adalah petikan dari berita tersebut:
Kementerian Kesihatan (Brunei) memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan lima (5) produk ubat-ubatan yang telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan. 

Sampel produk-produk berkenaan telah diperolehi dari aktiviti pemantauan dalam pasaran di kedai-kedai runcit yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi.

Produk berkenaan ialah Sinus Cure Original Kapsul, pengedar dari Bella Formula, Malaysia yang dicemari Dexamethasone, Chlorpheniramine, Best Slim Pills, pengedar dari C T V Best Group Inc, USA yang dicemari Sibutramine, Linu-Rat Kapsul, pengedar dari PJ Sido Mekal, Indonesia dicemari Acetaminophen, Phenylbutazone, LiLong Tablet yang dicemari Sildenafil, Bull's Genital Capsule, pengedar dari Anhuisanti Medical & Health Production Co Ltd yang dicemari Sildenafil.

Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.
Anda boleh baca sepenuhnya melalui pautan berikut:
http://www.pelitabrunei.gov.bn/kesihatan/item/19003-lima-produk-kesihatan-dicemari-bahan-terlarang

Ini mungkin menjadi punca sebenar kenapa tiada logo dan nombor kelulusan KKM dilekatkan pada botol atau bungkusan produk Bella ini.

Boleh semak nombor kelulusan di sini: http://bpfk.moh.gov.my/quest/search_result.php?, (Ada lain 2 no. KKM pula yg boleh kita jumpa di internet...huhu) 
  • MAL20032280T -  Tidak Wujud
  • MAL06121075T - Tidak Wujud
Berikutan keraguan ini maka anak saudara BM juga telah berhenti menggunakan produk resdung ini kerana takut akan kesan sampingannya.

Kesan Dexamethasone
  • Secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan pada paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. 
  • Dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan anggota kaki dan tangan yang kecil. 
  • Jika diambil dalam tempoh masa yang lama mungkin mengalami gejala yang termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi.
Kesan Chlorpheniramine 
  • Pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menantu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara kesan-kesan ‘adverse’ yang boleh terhasil dari penggunaan Chlorpheniramine tanpa pengawasan.

Diharapkan informasi ini dapat melegakan rasa was-was anda terhadap produk Bella Formula Sinus Care. Terpulanglah kepada budi bicara dan anda sama ada mahu atau tidak untuk menggunakannya. Baik atau buruk...anda sendiri yang tentukan...

Wallahualam

25 comments - "Rawatan Ubat Resdung Bella Formula Sinus Cure"

nak bagi husband cuba lah.

paridah delete icon 10:17

assalam bagi yang alami resdung elok sangat mencubanya ni...

Tanpa Nama delete icon 12:12

Terbaik.

Mrs. A delete icon 12:01

Alhamdulillah Mrs. A takde resdung :-)
Tapi Kngah dan anaknya ada resdung memang teruk kalau tersalah makan.
Pernah sekali tu Kngah kena sampai merah-merah hidung dia kejap-kejap bersin sampai Mrs. A kata 'Angah silap-silap nanti tercabut hidung kau' parah bebenor aku tengok hiks!
Tapi sekarang ini macam dah ok tak pasti dia makan ubat apa.
Anyway boleh rekomenkan Bella Formula Sinus Care ini jugak kanss :-)

mungkin aiza kena mencubanya juga.. tak tahan asyik bersin kalau ada habuk..

Boleh rekemen kat saudara dan rakan2 yg resdung ni... saya pun dulu pernah mengidap resdung, tp dah ok. Mungkin boleh cuba juga utk langkah pencegahan yg berterusan ni.

Amat dialu-alukan... sila contact no yg tertera ya! :)

Waalaikumsalam,
Semoga ianya dapat membantu mereka yang memerlukan. Mana lah tau kalau2 serasi...

Betul... kesian melihat mereka yang ada resdung ni. Kalau masa ianya menyerang... Macam nak tercabut hidung bersin dan tak henti2 lak tu!
Ya...ada banyak cara rawatan, terpulanglah... Yg penting ada usaha untuk merawatnya :)

Tidak salah mencuba... Mungkin ianya serasi dan dapat membantu merawat alahan...

Cubalah... Jika dapat rekemenkan, terima kasih banyak2 KK.
Yg penting kita dah mencuba, berjaya atau tidak itu bergantung kepada izin Allah SWT jua.

Macam2 ubat skang ni. Saya kalau dah start bersin2 pastu hidung gatal2 telan vit C shaklee 2 biji terus. Alhamdulillah...serasi.

Alhamdulillah, ada penawar yg serasi... :)

Bunda anak beranak memang ada resdung, sejak adik bunda perkenalkan produk ni kini bunda dah guna hampir nak abes dah 2 botol...
Bukan 3 atau 7 hari, malah tak sampai 2 3 jam dah lega bersin dan selsema akibat resdung bunda..

Sebelum ini bila datang bersin yang kerap dan berair hidung hampir 3 4 kali bunda ambil panadol untuk meredakan... kini sejak makan produk ni jarang sekali bunda kena selsema dan bersin yang teruk, malah makan masa lama baru terkena sekali... kalu teruk sangat baru bunda telan 2 biji sekali sehari... kalu tak sebiji jer pun dah lega untuk berhari2...

Alhamdulillah, setiap penyakit tu ada penawarnya, cuma nak kena usaha mendapatkan nya beserta yakin dan istiqomah...

Tanpa Nama delete icon 20:41

Maaf tanya..betul ke produk ni lulus KKM..sb ay check KKM mmg produk ni xberdaftar

Saya dah tanya penjual produk ni. Produk ini yang mendapat kelulusan KKM dengan kelulusan no: MAL20032280T
Saya dah semak, jika benar...ini bermakna nama sebenar produk ini adalah HERBA MAHSURI TRADISIONAL PENAWAR RESDUNG dan ditukar kepada jenama Bella Formula.

p/s: Jika anda search Google, kedua-dua produk ini adalah sama, iaitu kapsul dengan botol yg sama kecuali jenama berbeza.

sorry..just nak tanya..no KKm tu yang mane betul? sebab kalo search kt Google tengok ada no KKM yg berlainan dari no yang tuan maklumkan tu.

MAL20032280T

Ternyata produk ini sebenarnya tiada mendapat kelulusan KKM
Semua no KKM yg terdapat di mana-mana website/blog adalah untuk produk lain!

Unknown delete icon 12:13

saya dah cek rasa nya kedua2 ni product berlainan. better avoid sebab tak daftar dgn KKM

Unknown delete icon 13:44

Beli lah demi diri anda. Bella formula, sc60 sinus memang terbaik. Tak payah habis duit beribu ribu. Sebelum tdur telan capsul ni dua biji. Besok pagi bngun tdur tngok muka dah flawless. Jrawat, hdung gatal, magrain, hdung tersumbat semua hilang.. Alhamdulillah. Saye bagi 1000 bintang

Unknown delete icon 13:56

Orang yang menghidap resdung je yang tahu mcam mane sekse nye. Hdung gatal,hdung berair, terbesin tak henti2. Magrain. Bella formula and sc60 sinus mmang terbAik. Sbelum tdur mlm telan dua biji. Insyaallah..Bsok pg bngun tdur hlang gtal,hdung trsumbat, selsema ,magrain.. Urm jrawat hlang takut nak naik kat muka ni. Flawless
#Amin

Unknown delete icon 09:27

Saye bukan nak cakap ape lah. Tanda² resdung baru nak jadi. Hidung tu gatal². Tanda resdung tu dah jadi. Mata gatal² berair kemerahan. Satu badan rase macam panas². Jerawat batu or jerawat nanah mula tumbuh. Cepat2 lah beli bella formula sinus sc60. Nanti kalau dah teruk. Contoh? Kerap bersin diwaktu pagi subuh. Selesema tak henti². (1) Alah pada habuk dan makanan laut. Sila sediakan tisu berkotak kotak ye. (2) Alah pada perubahan cuaca. Musim panas,musim hujan. (3) Sakit kepala, kepala muka hidung badan rase berat or lesu. Macam nak demam. Sakit kepala tu membuat kan kita hilang focus. Rase tak tenteram ,tengok Jalan ada dua. Nak lepak kedai minum pun tak selesa ,dengan kedai minum tu ramai orang. Sumpah wei memang tak akan selesa bila ditambah hidung gatal berair (4) Bahagian atas gigi berdenyut denyut. Aku bukan nak buat karangan. Tapi ini lah tanda hitam yang aku alami sekarang. Ubat ini adalah sebagai asbab. Yang memberi penawar penyembuh nye. Allah s.w.t. Alhamdulillah.

Duit habis beratus ratus. BUts hasil nye hampeh.Ubat sinus sc60 Ni memang paling terbaik. Korang telan dua biji sebelum tdur malam. Besok bangun pagi. Hilang gatal². Hidung tak tersumbat. Terhidu habuk pun macam tak ada benda. Boleh makan seafoot. Tidur malam smpai pagi pun lena. Jerawat hilang. Muka flawless. Handsome Cantik. Bertenaga..

Unknown delete icon 09:28

Saye bukan nak cakap ape lah. Tanda² resdung baru nak jadi. Hidung tu gatal². Tanda resdung tu dah jadi. Mata gatal² berair kemerahan. Satu badan rase macam panas². Jerawat batu or jerawat nanah mula tumbuh. Cepat2 lah beli bella formula sinus sc60. Nanti kalau dah teruk. Contoh? Kerap bersin diwaktu pagi subuh. Selesema tak henti². (1) Alah pada habuk dan makanan laut. Sila sediakan tisu berkotak kotak ye. (2) Alah pada perubahan cuaca. Musim panas,musim hujan. (3) Sakit kepala, kepala muka hidung badan rase berat or lesu. Macam nak demam. Sakit kepala tu membuat kan kita hilang focus. Rase tak tenteram ,tengok Jalan ada dua. Nak lepak kedai minum pun tak selesa ,dengan kedai minum tu ramai orang. Sumpah wei memang tak akan selesa bila ditambah hidung gatal berair (4) Bahagian atas gigi berdenyut denyut. Aku bukan nak buat karangan. Tapi ini lah tanda hitam yang aku alami sekarang. Ubat ini adalah sebagai asbab. Yang memberi penawar penyembuh nye. Allah s.w.t. Alhamdulillah.

Duit habis beratus ratus. BUts hasil nye hampeh.Ubat sinus sc60 Ni memang paling terbaik. Korang telan dua biji sebelum tdur malam. Besok bangun pagi. Hilang gatal². Hidung tak tersumbat. Terhidu habuk pun macam tak ada benda. Boleh makan seafoot. Tidur malam smpai pagi pun lena. Jerawat hilang. Muka flawless. Handsome Cantik. Bertenaga..

Unknown delete icon 06:45

Assalam sy makan ubt ni pun dh lma br th info xlulus kkm betul ke slma mam alhamdulillah xde kesan sampingan y truk2 n bhya.ok j makan pyakit resdung sy dh hilang lps makan ubat bella formula ni tp bila th ubat ni ad bahan tlarang takut plk sy nk truskan makan..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap