بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ramai yang sudah mengenali blog sebagai salah satu media sosial perkongsian di dunia maya. Apa yang membezakan dan istimewanya blog adalah ianya memberi kebebasan untuk penulis menggunakan kreativiti sendiri untuk mengolah sesebuah artikel atau entri.

Tiada had minimum atau maksimum yang dibenarkan untuk menulis sesebuah artikel di blog. Hatta dengan satu huruf atau sekeping gambar atau video pun sudah boleh terbitkan entri. Namun adakah itu akan dinilai sebagai artikel berkualiti?

Oleh itu, berapa panjang atau berapa patah perkataan yang sesuai bagi penulisan sesebuah artikel blog yang bagus dan berkualiti?

Berapa Panjang Artikel Blog Yang Berkualiti?

Kualiti Artikel

Terlalu umum pula apabila ingin menyatakan sesebuah artikel itu bagus dan berkualiti. Maka, bagus dan berkualiti yang dimaksudkan di sini adalah sebuah artikel yang lengkap isi kandungannya serta dapat menyampaikan dengan jelas dan mudah difahami. Paling penting ianya adalah karya asli.

Selain itu, untuk melengkapkan sesebuah artikel tersebut dinilai berkualiti, ia perlulah tersusun mengikut format iaitu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup serta mempunyai sub topik dan berperenggan.

Itu belum lagi mengambil kira kualiti artikel yang dinilai oleh enjin carian yang memerlukan banyak lagi perkara teknikal seperti Meta tag, Header tag, internal and external backlink dan pelbagai lagi.

Maka jelaslah di sini, walaupun blog tidak meletakkan syarat minimum untuk jumlah perkataan yang boleh ditulis namun untuk menyampaikan sesebuah artikel yang lengkap, bagus dan berkualiti adalah mustahil dapat dilakukan dengan hanya menulis beberapa patah perkataan. Persoalannya, berapa panjang?

Panjang sesebuah artikel yang dinilai berkualiti bergantung kepada apa yang disampaikan. Jika ianya memenuhi segala kriteria kualiti yang diperlukan, memenuhi kehendak pembaca dan enjin carian maka ianya sudah cukup berkualiti.

Biasanya ia mestilah melebihi 300 patah perkataan. Namun bagi penilaian enjin carian... Lagi panjang lagi bagus! Untuk tahun 2015... Artikel yang melebihi 700 patah perkataan menjadi aras minimum untuk enjin carian dalam menilai kualiti sesebuah artikel.

Artikel yang terlalu panjang pula mungkin akan membosankan pembaca. Namun bergantung juga pada topik, cara penyampaian dan olahan seseorang penulis tersebut. Sama seperti novel...walaupun panjang, ia tetap dibaca!


Dilema Blog Masa Kini

Sekarang ini blog yang benar-benar mampu menyampaikan perkongsian artikel yang berkualiti sudah semakin berkurang.

Ini juga disebabkan oleh kemunculan media sosial yang semakin diminati ramai apabila hanya menerapkan perkongsian yang ringkas dan secara spontan. Mungkin kerana itu, pada zaman ini budaya menulis dengan panjang dan kreatif semakin berkurangan dan dipinggirkan.

Fungsi serta kelebihan blog tidak digunakan sebaiknya dan entri kelihatan sama seperti media sosial lain. Buka Facebook, Twitter, WhatsApp dan Blog... Sudah tiada perbezaan, sama jer...

Kebanyakan blogger sekarang ini tidak lagi mementingkan kualiti artikel tetapi sekadar dapat kemaskini entri terbaru dan dapat trafik serta mencapai matlamat menjana pendapatan, ia sudah memadai...

Apa nak kisah pasal kualiti, yang penting hati senang... Matlamat, tercapai! Nak tulis panjang-panjang tapi tak ada yang baca pun tiada gunanya...

Well! Tepuk dada...tanya selera!


p/s: Panjang sesebuah artikel (entri) tidak penting tetapi yang penting adalah kualiti iaitu perkongsian yang unik, kreatif, freshness, original, lengkap, sampai kepada pembaca dan dengan gaya tersendiri. 

Maka, adalah mustahil artikel berkualiti itu terlalu ringkas...dan buktinya kenapa Al-Quran tu tebal? Ya!...sebab nak sampaikan dengan lengkap.

14 comments - "Berapa Panjang Artikel Blog Yang Berkualiti?"

uhh...entry bagus sangat nie lagi lagi bab entri kelihatan sama seperti media sosial lain. Buka Facebook, Twitter, WhatsApp dan Blog... Sudah tiada perbezaan, sama jer...uhukss..

paridah delete icon 11:47

ASSALAM...ARTIKEL BERKUALITI SARAT INFORMASI YG JADI ENTRY PASTI DIBACA WALAU SEPANJANG MANA TAPI TERPULANG KPD KEMAMPUAN SESEORANG BLOGGER MENJANA IDE...MCM KAK NI ILHAM TU MUNGKIN ADA TAPI KELAJUAN MENULIS SEMAKIN LEMAH...TAPI BERSEMANGAT JUGA NK JADI BLOGGER HEH..HEH..

Unknown delete icon 12:10

hihi...cik akak tak nak komen apa-apa...payah juga nak tulis panjang-panjang nie..
karang merapu lebih banyak dari isi....

Betul kan... Realitinya sekarang ni memang macam tu...

Waalaikumsalam...
Mendapatkan ide untuk menulis itu memang payah, apatah lagi nak menjadikan ia sebuah artikel yg berkualiti. Tapi kalau datang ide... rasa xboleh nak henti menulis pun ye... hehe

Kualiti bukan dinilai dari panjangnya artikel tetapi isi kandungannya. Boleh bezakan entri yg dikarang dengan idea sendiri dgn entri sharing informasi spt drama online... Mana satu lebih berkualiti? Itu maksudnya...
Merapu tu pun salah satu gaya penulisan seseorang, kalau bijak mengeksploitasikannya... Itu adalah daya memikat serta keunikan tersendiri dan mencerminkan gaya penulis yang bagus dan berkualiti.

Assalamualaikum...
Mendalam entri Encik kali ini...saya antara yang tak pandai sangat menulis...tapi tulisan saya adalah dari hati...hehehe (Perlu banyak kajian lagi saya ni....)

adeh,,kena 700 patah perkataan bro BM.. mmg sukar gak lebih2 lg nk yg berkualiti..

Unknown delete icon 05:11

Makseh atas tegurannya uncle.....
Dah lama tak tulis merapu2

Entri yang panjang memang disarankan cuma masalahnya, rata-rata rakyat malaysia malas membaca..:(

Waalaikumsalam,
Menulis dari hati itu lebih bagus dari menulis dengan hanya 'copy'... :)

Mestilah susah, barulah senang Google nak rank...hehe

Tak pe lah... Dapat sedikit yang baca pun jadilah... Yg penting kita puas memberi dengan ikhlas dan lengkap.

Tanpa Nama delete icon 15:16

Dulu saya ada ramai kawan yg ada blog..sya mula berblog pn sbab ikut dirang..sya tapi skarang sya sorang je yg masih aktif...sya tengok blog dirang sampai 3-4 tahun tak update mungkin dsebabkan wechat facebook...hehe

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap