بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kereta Enjin Petrol dan Diesel Vs Zero Emission: Negara-negara pengeluar minyak akan menerima impak yang paling besar apabila semua kenderaan di dunia ini tidak lagi menggunakan petrol dan diesel sebagai sumber tenaga.

Adakah ianya sesuatu yang mustahil berlaku? Tidak! Jika dilihat pada masa kini, pengeluar kenderaan semakin memberi perhatian serius untuk mengeluarkan model-model kenderaan yang sifar pelepasan (zero emission).

Kereta Enjin Petrol dan Diesel Bakal Berakhir

Zero Emission Vehicle

Sumber tenaga dari minyak tidak mampu dieksploitasi untuk memenuhi atau mencapai tahap sifar pelepasan atau zero emission). Maka pilihan paling sesuai pada masa kini adalah menggunakan tenaga bateri elektrik dan hydrogen (battery-electric and fuel-cell vehicles)

Sebanyak 13 buah kerajaan di Eropah dan negeri-negeri Amerika Utara telah mengumumkan akan melarang penggunaan semua enjin kenderaan berkuasa petrol dan diesel mulai tahun 2050! Berita ini dilaporkan sempena United Nations (UN) Climate Change Conference yang akan berlangsung di Paris.

Jerman, Belanda, Norway dan United Kingdom (UK) bersama kerajaan negeri-negeri Amerika Utara iaitu California, Connecticut, Maryland, Massachusetts, New York, Oregon, Rhode Island, Vermont. dan Quebec telah menandatangani persetujuan ini.

Ianya merupakan satu langkah besar dalam menangani masalah pencemaran udara dan mengurangkan kesan negatif ke atas iklim dunia.

Selain itu, ia juga menjadi galakan untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan mesra alam atau zero-emissions vehicles (ZEV) dengan lebih meluas dan pantas di seluruh dunia dengan harga yang lebih murah dan mampu milik.

Kereta Enjin Petrol dan Diesel Bakal Berakhir

Menurut NDT News, dengan arahan larangan ini sahaja, lebih dari 1 billion tan jumlah pelepasan CO2 global dalam setahun akan berjaya dikurangkan iaitu pengurangan sebanyak 40%! Satu langkah pemuliharaan alam semulajadi yang sungguh menakjubkan.

Tidak lama lagi, pasti banyak negara yang akan mengkut jejak langkah ini. Mungkinkah ini juga merupakan satu titik permulaan akan berakhirnya era penggunaan kenderaan enjin berkuasa petrol dan diesel di dunia ini?

Impak 

Setelah kita melihat kesan positif akan hasil dari larangan penggunaan kenderaan enjin berkuasa petrol dan diesel ini, apakah pula impaknya?

1. Impak Pada Ekonomi Negara
Bagaimana pula dengan hasil pendapatan dan ekonomi negara yang masih bergantung harap dari hasil minyak sebagai penyumbang pendapatan terbesar negara? Permintaan dan harganya pasti akan jatuh merudum!

Jesteru, kerajaan perlu melihat dan mencari alternatif sumber pendapatan baru dengan melakukan tranformasi dan perancangan mulai sekarang sebagai pengganti kepada hasil minyak suatu hari nanti.

2. Impak Pada Syarikat Automotif Nasional
Bagaimana pula dengan industri automotif tempatan? Adakah Proton dan Perodua sudah bersedia dan berkeupayaan untuk bersaing dalam dunia teknologi baru ini?

Proton dan Perodua tidak boleh berlengah lagi jika mahu terus berada dalam industri automotif ini. Setiap perkembangan dan kemajuan automotif dunia perlu dikuasai secepat mungkin.

Jika sekarang ini kenderaan elektrik masih punya kelemahan dari sudut jarak perjalanan dan masa mengecas. Mungkin pihak Proton dan Perodua boleh merebut peluang ini dengan berusaha mengeluarkan sebuah kenderaan elektrik yang mampu memberi penyelesaian kepada kekurangan ini.

3. Impak Kegunaan Tenaga Elektrik
Akan datang, tenaga elektrik menjadi semakin berharga dan keperluannya semakin meningkat maka sumbernya perlu dikuasai dan dikawal oleh kerajaan. Namun, bagaimana pula dengan sumber tenaga elektrik negara?

Persediaan awal diperlukan bagi menampung pertambahan penggunaan elektrik ini di masa akan datang. Jangan sampai "sudah terhantuk baru nak tegadah"

Menjual penjana elektrik negara kepada pihak asing pasti merugikan dan akan membawa kesan yang tidak terkawal suatu hari nanti! Amat malang buat generasi masa hadapan....

4. Impak Kepada Pengguna
Bagaimana pula dengan kita? Adakah anda sudah bersedia untuk berubah? Tapi kalau kereta tersebut berharga murah bak harga Perodua Axia dan Proton Saga, rasanya mungkin kita semua mampu dan bersedia menggunakannya.

Namun pihak kerajaan dan swasta juga perlulah bergerak seiring dengan menyediakan lebih banyak lagi kemudahan untuk mengecas kenderaan sama ada di tempat awam dan juga di tempat kerja.


Kita Sering Ketinggalan

Negara maju sudah mula berubah kepada sumber yang lebih mesra alam, tetapi negara kita baru sahaja nak bermula dengan memperkenalkan minyak petrol (Euro5 tahun 2025) dan diesel (Euro5 tahun 2020) yang berkualiti tinggi dan lebih bersih. Betapa jauhnya kita ketinggalan.

Kereta Enjin Petrol dan Diesel Bakal Berakhir

Kita tidak mahu terus ketinggalan dan sewajarnya pihak-pihak berkaitan sama ada kerajaan dan pengeluar automotif nasional melakukan sesuatu sebelum ianya memberi kesan yang lebih besar.

Selagi harga bateri masih mahal dan tiada sebarang larangan, kita masih berpeluang untuk menikmati kenderaan diesel dan petrol.

Namun teknologi begitu cepat berkembang... Kita boleh lihat sendiri bagaimana pantasnya kemajuan telefon bimbit sehingga menjadi telefon pintar ketika ini. Dari harga ribuan ringgit ianya kini boleh kita miliki di bawah harga RM500!

Maka, tidak mustahil teknologi bateri dan kereta elektrik ini akan menjadi semakin murah dan berkuasa dalam tempoh masa yang kita tidak terjangka.

Selain itu... Mungkinkah ini adalah salah satu strategi untuk musuh-musuh Islam melemahkan ekonomi negara Islam yang diketahui kesemuanya dijana pendapatan dari telaga minyak? Mereka telah menggunakan pencemaran alam sebagai alasan untuk melarang penggunaan petrol dan diesel sebagai sumber tenaga untuk kenderaan... Mungkin benar dan mungkin tidak... Wallahuhalam...

Tahun 2050 adalah jangkamasa yang masih terlalu lama namun jika tidak beringat dan memulakan sebarang tindakan dari sekarang, jangan menyesal sekiranya telah terlambat...

BinMuhammad

16 comments - "Kereta Enjin Petrol dan Diesel Bakal Berakhir"

Wah hebat Bm boleh dapat maklumat seperti ini, advanced sebagai blogger. Sempat kah kita tu BM..Nampak agak mudah jika begini nanti

Tanpa Nama delete icon 23:44

Selagi harga minyak murah dan harga bateri untuk kereta elektrik mahal, ia akan mengambil masa yang lama untuk dunia menerima kereta elektrik, tetapi boleh mula dari sekarang. Masalah diesel saya berpendapat kereta moden boleh terima diesel Euro terbaru tetapi bot nelayan besar dan kecil mungkin belum bersedia. Penipuan oleh VW mengenai pengeluaran gas beracun oleh kereta diesel mereka, membuatkan kereta petrol lagi baik untuk dipakai di atas jalanraya. Itu pendapat saya.

titan delete icon 01:36

kena kumpul duit nak beli kereta baru la jawabnya nih.

paridah delete icon 10:20

perubahan teknologi mmg cpt berlaku n kita harus bersedia menerimanya. jangam ketinggalan pula dlm bab kenderaan gini.

Salam BM... mmg kena siap2 duit lah kalau benda ni jadi nanti yer

Apa akan jadi pada negara kita sekiranya ini berlaku, nak beralih ke arah tenaga kuasa elektrik pun mahal juga

Walaupun jangkamasa masih panjang, namun mereka yg terlibat perlu mulakan dari sekarang agar tidak ketinggalan di kemudian hari...

Mungkin sekarang ini kita nampak dan ianya bagaikan mustahil berlaku namun akan datang kita tidak tahu.
Apabila sudah ada yg mulakan... Pasti ada gesaan dan paksaan utk semua negara melaksanakannya. Tambahan pula ianya dipersetujui oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Semoga pemimpin akan datang cukup kuat utk menghalangnya ataupun kita perlu bertindak dan bersedia dari sekarang untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kita mungkin tidak terkesan tetapi anak cucu kita nanti yg akan menghadapinya. Menabung utk anak2 lah...

Ya! Kemajuan dan perkembangan teknologi akhir-akhir ini amat pantas. Tidak kira dalam apa jua bidang dan industri.
Andai terlambat...kita akan ketinggalan dan terpaksa hanya menjadi pak turut yg mudah diperbodoh-bodohkan...

Mungkin masih terlalu lama lagi untuk berlaku. Kita dah pasti tidak terkesan, namun anak cucu kitalah yg akan menghadapinya...

Ianya akan memberi kesan yg amat besar kepada negara2 pengeluar minyak.

Buat masa ini memang mahal...tapi akan datang, apabila ianya sudah banyak digunakan dan permintaan tinggi, maka harganya pasti akan turun dan mampu milik!

Tanpa Nama delete icon 22:12

Ia memberi kesan yang besar ialah kepada 10 Syarikat Gergasi Minyak yang terbesar seperti Saudi Aramco, Gazprom (Russia), Exxon Mobile (US), Petro China, BP (UK), Pemex (Mexico), Chevron (US) dan Kumait Petroleum. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan tenaga elektrik, janakuasa elektrik yang bakar gas, diesel dan petroleum masih perlu digunakan.

Tanpa Nama delete icon 22:44

Satu lagi kemungkinan ialah penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti bio fuel dari minyak kelapa sawit dan sebagainya.

klu kereta mesra alam ni digunakan dgn meluas..mmg bg kesan kat pengeluar minyak..rasa2 mana satu yg elok bm..

Mmg betul tu bm..kami di TPPK pun mmg telah lama mnyedari hal ini..kita mmg x trkesan lg..anak2 kita pun mungkin belum lg kott..tp yg psti cucu2 kita tentu akn melaluinya suatu hari nnti.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap