بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dilema Isu Pencemaran Bauksit Di KuantanBauksit (bauxite) ialah bijih yang mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Penggunaan utama bijih bauksit adalah bagi membuat aluminium.

Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Untuk mendapatkan bauksit, pengorbanan besar ke atas alam sekitar terpaksa dilakukan.

Pemantauan dan urus selia yang ketat perlu dilakukan agar kemusnahan alam sekitar yang berlaku tidak mengundang pencemaran dan mengganggu gugat kehidupan maanusia, flora dan fauna setempat.

Pencemaran Bauksit Di Kuantan

Perlombongan Bauksit

Di negara ini, lokasi perlombongan bauksit paling utama dan terbesar adalah di Kuantan, Pahang. Bauksit tersebut akan di hantar ke China untuk diproses menjadi aluminium. China merupakan antara negara pengimport bauksit serta pengeluar dan pengguna aluminium terbesar di dunia.

Tidak dinafikan bahawa hasil dari perlombongan bauksit menjanjikan pulangan yang lumayan berikutan permintaan dan harga yang tinggi aluminium di pasaran dunia. Ia juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Namun keuntungan bukanlah bermaksud menghalalkan segala tindakan.

Kuantan Berwarna Merah!

Kuantan, Pahang kini bagaikan sudah menjadi satu tragedi kemusnahan alam dan pencemaran yang sungguh luar biasa! Perlombongan bauksit dilakukan tanpa kawalan dan pemantauan sehingga mencemarkan dan memusnahkan alam sekitar.

Malah lebih lebih dari itu, apabila pencemaran dan kemusnahan alam tersebut telah mengganggu dan mengancam kehidupan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Skala pencemaran akibat perlombongan bauksit amat menakutkan! Ini diburukkan lagi dengan faktor cuaca yang sentiasa hujan dan panas telah membawa sisa pencemaran menular jauh kepada radius yang lebih besar. Tanah, udara dan air yang menjadi asas kehidupan sudah tidak selamat lagi.

Kini... Umpama ada pertumpahan darah besar yang telah berlaku di Kuantan! Sesetengah lokasi pula kelihatan umpama berada di Planet Marikh!

"Terkejut, kecewa dan simpati tatkala melihat video ini..."

Pencemaran Bauksit Di Kuantan
Pencemaran Bauksit Di Kuantan


Kesan Pencemaran Perlombongan Bauksit

Bahaya pencemaran bauksit dan sisa perlombongannya adalah apabila ia dibawa air hujan masuk ke dalam sistem saliran seperti parit dan sungai. Ini akan menyebabkan air menjadi keruh lalu mematikan tumbuhan dalam air lalu menyebabkan kepada kematian hidupan akuatik.

Selain dari itu, kandungan bauksit bersama sisa pepejal lain merupakan logam berat yang beracun serta mengandungi bahan radiaoktif yang akan mencemar dan meracuni semua hidupan dalam air sehingga boleh membawa bahaya kepada manusia yang memakannya.

Turut terjejas juga adalah sumber air mentah yang menjadi semakin sukar untuk diproses kepada air bersih untuk dijadikan bekalan minuman dan kegunaan harian masyarakat setempat! Tidak mustahil, air paip yang digunakan ketika ini mungkin telah mengandungai bahan pencemaran akibat dari perlombongan bauksit ini.

Debu-debu akibat dari perlombongan dan pengangkutan bauksit ini mencemarkan udara dan alam sekitar. Ianya amat merbahaya dan kini mengganggu gugat kehidupan serta kesihatan penduduk.

Bertambah buruk lagi apabila sistem pengangkutan bauksit ini menggunakan jalanraya awam yang bukan sahaja mencemarkan malah merosakkan jalan tersebut, persekitarannya dan juga bangunan.

Musim hujan yang mula melanda pasti akan memburukkan keadaan. Sistem saliran yang rosak dan tersumbat akan mengundang bahaya banjir yang tidak diduga! Tragedi tahun 2013 mungkin akan berulang kembali!

Pencemaran Bauksit Di Kuantan
Pencemaran Bauksit Di Kuantan
Pencemaran Bauksit Di Kuantan
Pencemaran Bauksit Di Kuantan

Kenapa Mereka Membisu?

Apa yang menghairankan, kenapa masalah penduduk Kuantan dan isu pencemaran serta kemusnahan akibat perlombongan bauksit ini tidak mendapat perhatian sewajar dari pihak-pihak berkuasa? Ianya bagaikan hanya satu isu kecil yang tidak perlu beri perhatian.

Tiada hebahan atau pembongkaran oleh media massa utama sehingga mampu mengundang perhatian umum dan pemimpin tertinggi negara dalam isu ini. Tiadakah belas kasihan dan sikap perikemanusian lagi di hati mereka?

Kenapa pihak Jabatan Alam Sekitar merelakan kemusnahan dan pencemaran alam ini berlaku? Jika diikutkan... Tidak perlu lagi sebarang siasatan kerana segala kesan dan bukti sudah jelas terlihat di depan mata!

"Wahai warga Kuantan! Adakah anda semua baik-baik sahaja di sana? Kami tidak menerima sebarang berita tentang anda kecuali ketika adanya perlawanan bola sepak tatkala pasukan Pahang beraksi di Kuantan! Semoga anda semua dilindungi dari segala bencana dan mala petaka... "

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar

Manusia di muka bumi ini adalah khalifah yang di utus Allah SWT untuk mentadbir dan menjaga alam serta segala isi kandungan di dalamnya. Kita dan alam serta hidupan lain saling perlu memerlukan dan saling melengkapi.

Nabi Muhammad SAW bersabda;
"Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Al-Tirmizi)

Setiap ciptaan Allah SWT itu ada tanggungjawab dan peranannya agar alam ini sentiasa berfungsi dengan stabil dan sempurna.

Pencemaran Bauksit Di Kuantan

Jangan Sampai Terlambat

Memang benar, setiap unsur kejadian Allah SWT itu ada gunanya namun untuk mendapatkan ia bukan begini caranya. Perlombongan bauksit ini boleh dilakukan namun perlulah dengan cara yang betul dan terkawal. Apa yang berlaku di Kuantan adalah sesuatu yang tidak munasabah dan di luar batasan.

Kenapa harus penduduk Kuantan dijadikan mangsa hanya untuk kepentingan dan keuntungan beberapa pihak? Adakah apabila berlaku bencana dan bala melanda barulah tindakan akan diambil? Jangan sampai terlambat...

Sesungguhnya apabila Allah SWT murka, kesannya bukan hanya kepada mereka yang terlibat tetapi semua akan turun merasainya...

Allah SWT berfirman :
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”  (Surah Al-Rum ayat 41)

Subhanallah... Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka. Bersama warga Kuantan kita berdoa. Bersabarlah dan InsyaAllah...doa insan yang teraniaya itu mustajab.

Dilema Isu Pencemaran Bauksit Di Kuantan
Kejadian laut merah baru-baru ini di Kuantan!

sumber gambar: google

13 comments - "Dilema Isu Pencemaran Bauksit Di Kuantan"

Nao Mei delete icon 22:59

Habis kotor je raya tu uncle...
Kalau pencemaran sedekian,.,mahu demam di buatnya

Memang betul semerah ini! Sangay giler bila kami on d way ke cherating tapi dlm keadaan mcm ni halfway je kami then patah balik ke kuantan sb cannot go nak jalan dgn lori2 yg maha banyak nie..

Giler..sgt giler..

isu yang susah nak selesai...sebabnya hanya orang kuantan yang tahu puncanya...macam-macam usaha sudah rakyat lakukan untuk menbasmi isu bauksite ni...

paridah delete icon 11:07

assalam membaca artikel BM ternyata terlalu bnyk buruk yg diperolehi kerana perlombongan bauxite ni tp mrk yg berwajib/berkenaan memandang ringan masalah ni. bnyak yg dilakukan warga kuantan memprotesnya tapi xjln juga. jgn bauxite menenggelamkan kuatan dgn debu merah bauxite dah...terlambat menanganinya menangis xberlagu.

Kes ni tiada yang ambil kisah termasuk la pemimpin teratas...kesian dengan rakyat Pahang

Demam sikit2 tu tak pe la...tapi kalau sampai membahayakan nyawa!?
Kesan debu bauksit ini berkali-kali ganda merbahaya berbanding jerebu! Bayangkanlah...

Siapa yang sanggup nak meredahnya kalau dah macam tu...kan.
Pihak berwajib buat-buat tak nampak jer...

Kita semua tahu kenapa... Kami yg melihatnya pun tak sanggup apatah lagi anda dan penduduk Kuantan yg terpaksa menghadapinya...
Simpati dan doa sahaja yang mampu kami berikan. InsyaAllah, semoga Allah SWT bukakan sifat perikemanusian di hati mereka.

Waalaikumsalam,
Ya... Warga Kuantan telah lakukan apa yg mereka termampu namun semuanya tidak mendapat perhatian dan tindakan yg sewajarnya!
Sama-sama kita doakan agar terbuka pintu hati mereka yang tertutup oleh kekayaan dunia ini untuk bertindak sebelum segala terlambat...

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Simpati kita kepada penduduk Kuantan!

titan delete icon 03:55

tak tahu nak cakap apa.

bapak aku mesti sedih gila.

dah la lama gila tak turun kuantan nih.

teruk betul jalan kat sana bro bm.. jie pernah lalu berapa kali..mmg merah la kereta, klu time hujan lg merah..

tapi pasal apa kerajaan diam jer..

Xada siapa blh halang projek ini..dua2 pihak terlibat..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap