بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tidak dinafikan, agak sukar untuk menulis atau mengolah sebuah artikel blog yang bagus dan berkualiti. Seseorang itu perlu ada bakat dalam bidang penulisan untuk berjaya namun yang paling penting adalah minat dan usaha kerana bakat sahaja tetapi malas pun tidak kemana.

Jika ada minat dan usaha, InsyaAllah... kemahiran itu akan dapat dibentuk dan dipertingkatkan.

Menulis artikel yang bagus dan berkualiti perlu ada garis panduan agar mudah untuk kita lakukan. Oleh itu sebelum menulis penting bagi kita untuk merancang apa yang perlu ditulis.

Panduan Menulis Artikel Blog Yang Berkualiti

Bagi seorang blogger yang berintegriti dan bertanggungjawab, sebelum sesebuah artikel itu diterbitkan, ia perlu menilai dan melihat akan topik dan isi kandungan artikel tersebut.

Apakah manfaat serta faedah pembaca boleh dapat dari artikel tersebut? Adakah artikel tersebut sudah lengkap maklumatnya serta betul segala fakta dan sumbernya? Adakah matlamat artikel tersebut akan sampai seperti yang dikehendaki?

Menulis artikel bukan sekadar untuk kepuasan dan matlamat diri sendiri tetapi perlu difikirkan juga akan kesan dari artikel tersebut yang mungkin akan membawa keburukan dan akhirnya menjadi saham dosa sebagai bekalan di akhirat kelak.

Artikel Berkualiti

Sesebuah artikel yang baik dan berkualiti boleh diukur apabila ianya mampu memberi sesuatu nilai pengalaman dan maklumat terbaik buat pembaca. Isi kandungan dan gaya olahan penulisan yang asli (original), kreatif dan unik menjadi satu daya tarikan tersendiri yang membuat pembaca terpikat dan menghargainya.

Ianya juga boleh dikesan melalui reaksi pembaca yang akan datang kembali, kongsikan artikel tersebut serta melalui komen-komen.

Panduan Menulis Artikel

Google juga ada memberi garis panduan sebagai rujukan bagaimana untuk menulis artikel serta membina blog yang bagus dan berkualiti.

The key to creating a great website is to create the best possible experience for your audience with original and high quality content. If people find your site useful and unique, they may come back again or link to your content on their own websites. This can help attract more people to your site over time. - sumber

Maksudnya...Kunci bagi membina website yang bagus adalah memberi nilai pengalaman terbaik untuk pembaca melalui kandungan yang berkualiti tinggi dan asli. Jika pembaca dapati artikel tersebut berguna dan unik, mereka akan berkunjung lagi atau kongsikan artikel anda di website mereka.  Ini akan membantu menarik minat lebih ramai pengunjung untuk datang ke website anda.
Panduan Menulis Artikel Blog Yang Berkualiti

Di sini dikongsikan beberapa garis panduan yang telah digariskan sebagai rujukan bersama untuk menulis artikel yang bagus dan berkualiti dan seterusnya meningkatkan kemahiran penulisan dan prestasi blog anda.

1.Berguna Dan Berinformasi
Pastikan setiap perkongsian anda itu memberi manfaat serta berfaedah kepada pembaca dan diri sendiri. Informasi dan maklumat yang ingin disampaikan mestilah lengkap dan sahih serta mudah difahami

Pastikan artikel anda lebih tepat, bernilai dan berguna berbanding artikel orang lain. Anda perlu menarik perhatian melalui perkongsian dari perspektif dan pandangan yang berbeza walaupun pada topik yang sama.

2. Beretika
Jangan menciplak (copy paste) hasil penulisan orang lain tanpa kebenaran atau tanpa memberi kredit. Ianya bukan sahaja satu kesalahan tetapi akan merendahkan kredibiliti penulis dan blog tersebut.

Serlahkan nilai kejujuran dan amanah dalam diri dengan memberi pembaca-pembaca akan sumber rujukan setiap apa sahaja bahan luar yang anda kongsikan. Ia sebenarnya akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pembaca terhadap setiap artikel dan blog secara umumnya.

Ini juga menunjukkan artikel tersebut amat bagus serta tinggi kualitinya dan bukan sekadar omongan kosong apabila disertakan dengan sumber rujukannya

3. Beridentiti
Artikel anda mestilah diolah dan ditulis mengikut gaya dan cara yang tersendiri. Serlahkan gaya penulisan yang dapat menjadikan anda unik, istimewa dan berbeza berbanding orang lain.

Sebagai contoh: Sekiranya anda seorang  yang suka berjenaka, serlahkan jenaka anda dalam penulisan artikel melalui gaya bahasa, intonasi dan ayat. Jadikan ia satu "trademark" sehingga sesiapa sahaja dapat mengecam penulis anda walaupun ianya diciplak oleh orang lain.

4. Kreatif
Jangan biarkan artikel anda meletihkan pembaca. Segarkan ia melalui perenggan dan tajuk-tajuk kecil serta penggunaaan 'font' yang bersuaian. Warnai artikel anda dengan gambar-gambar yang menarik dan bertepatan. Gunakan setiap kelebihan blog untuk menjadikan artikel anda lebih kreatif dan mengujakan untuk dibaca.

Artikel yang bagus dan berkualiti bukan hanya bergantung kepada isi kandungannya tetapi juga tarikan dan layanan untuk mata pembaca.

Selain itu, dekatkan diri anda dengan pengunjung melalui ruangan komen dengan menyapa dan membalas komen. Kongsikan juga artikel anda di media sosial untuk pendedahan yang lebih meluas.

5. Tiada Kesilapan
Gunakan format penulisan yang betul. Anda telah diajar untuk menulis karangan sedari sekolah rendah lagi maka terapkanlah ilmu tersebut. Sekurang-kurangnya supaya artikel anda nampak tersusun, kemas dan memudahkan pembaca.

Pastikan tiada kesilapan ejaan atau ayat. Gunalah perkataan yang mudah difahami. Gaya ayat pasar atau daerah oleh digunakan tetapi perlu bijak sewaktu menggunakannya sama ada dalam artikel atau topik-topik tertentu agar tidak berlaku salah faham.

Setiap kesilapan akan merendahkan kredibiliti dan kualiti artikel malah turut akan terkesan kepada penulis dan blog.

Panduan Menulis Artikel Blog Yang Berkualiti
Rehatkan pandangan dan minda anda seketika

Keyakinan Dan Kepercayaan Pembaca

Jangan sesekali melakukan kesilapan dengan memaparkan atau menulis sesuatu yang di luar kemahiran dan pengetahuan. Begitu juga dengan memperdaya pembaca melalui tajuk yang gempak tetapi isinya hampeh.

Keyakinan dan kepercayaan pembaca adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi namun lagi sukar untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan walaupun hanya sekali anda melakukan kesilapan.

Elakkan juga dari menulis topik-topik sensetif serta di luar batas susila, undang-undang dan agama.

Kredibiliti Dan Tanggungjawab

Walaupun blog hanyalah media sosial yang pada sesetengah orang adalah sesuatu remeh, "just for fun" serta tidak perlu dititikberatkan perkongsiannya, namun tanpa disedari ianya mampu memberi kesan atau impak yang besar kepada orang lain dan diri sendiri.

Jadilah blogger yang berkredibiliti dan bertanggungjawab. Kongsikan artikel yang bagus dan berkualiti agar ianya dapat memberi manfaat dan faedah kepada orang lain dan diri sendiri.

Hati-hatilah bila menulis... Jangan jadi seperti ibu ketam yang tidak sesekali menyedari yang ia berjalan mengereng tetapi nak mengajar pula anaknya berjalan lurus.

16 comments - "Panduan Menulis Artikel Blog Yang Berkualiti"

Malangnya ramai blogger hari ini terutamanya blog peribadi yang menggunakan ayat yang terlalu rojak dan mengguna singkatan hampir pada keseluruhan artikel..

Nao Mei delete icon 13:34

Aku tetap aku..hihi.
Cik akak memang blogger yang suka makan rojak.
Bahasa ikut sesuka dia je...
Serius ingin menulis seperti uncle...Tapi setiap kali ini menulis..tertiba masuk perkataan pasar..hihi..

paridah delete icon 16:45

MENGHASILKAN ARTIKEL DI BLOG PERLU CERMAT DAN BERHATI-HATI AGAR HASILNYA BERKUALITI DIGEMARI...KAK MMG XRETI HEH...HEH..

setuju dengan artikel ini:) banyak benda kena fikir sebelum publish post kita dalam blog.Anyway thanks friend for the info, keep it up!

shaiful delete icon 00:16

Assalam BM. Maaf lama x singgah. Syabas..Artikel yg menarik.

memang bukan senang sebenarnya nak jadikan blog berkualiti

tips2 yang membantu kami blogger biasa..semoga akan bertambah baik penulisan Etuza..ejaan pun harap dapat dikurangkan kesalahan..

Mungkin terlalu terikut gaya di media sosial...
Ianya merosakkan dan menghilangkan keindahan bahasa Melayu

Tidak salah...tapi perlu bijak mengolah agar ianya tidak merosakkan atau mencacatkan bahasa kebangsaan kita.

Rojak itu sedap tapi makan berlebihan nanti sakit perut... Itulah umpamanya, :)

Akak seorang yang pakar dan punya ilmu dalam menulis. Malah selalu berkongsi karya Pak Engku yg sungguh mendalam dan berkualiti.

Selamat kembali CM,
Jika kita bertanggungjawab terhadap apa yg kita tulis pasti kita akan fikir dulu sebelum ianya diterbitkan.

waalaikumsalam cikgu,
Terima kasih sudi singgah... Semoga ukhuwah kekal berpanjangan

Bukan senang tetapi tidak mustahil dilakukan... InsyaAllah, jika ada niat dan usaha, pasti berjaya!

Kita semua insan lemah yg tidak lepas dari melakukan kesilapan..

Maka, Saling ingat-mengingati dan membantu itu adalah tanggungjawab bersama. Semoga kita semua akan menjadi lebih baik dan semakin sempurna...

wow... nice tips... terima kasih sy ambil maklum.... hehe

Alhamdulillah...jika ianya dapat memberi sedikit ilmu untuk SA.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap