بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tinggal 10 hari sahaja lagi contest terhangat tahun 2015, Contest Review Lynk.my 2015 akan berakhir. Tatkala tiba sahaja 29hb Disember 2015 maka terdedahlah pemenang-pemenang yang akan menggondol sebahagian dari wang tunai RM4,000 

Review Peserta Contest Lynk.My

Sehingga ke hari ini (19 Disember 2015) sebanyak 98 buah blog (mungkin akan bertambah berikutan tarikh akhir hantar penyertaan adalah pada 27 Disember 2015) bersaing sengit untuk merebut hadiah yang ditawarkan dalam tiga ketegori berasingan iaitu:
  • Kategori Top SEO
  • Kategori Top LynkUNDI
  • Kategori Top CREATIVE
Kenali mereka di sini: Senarai Peserta Write A Review Contest

Sehingga ke hari ini juga, dua kategori boleh kita ketahui keputusan dan prestasi semasa yang menyaksikan kedudukan turun naik setiap peserta.

Malah jika diperhatikan, kehebatan blogger-blogger baru juga tidak boleh dipandang ringan. Mereka hanya menanti masa dan ketika untuk meledak di arena blogging negara. Satu perkembangan sihat dalam dunia blogging!

Prestasi Peserta Contest

1. Untuk Kategori Top SEO boleh kita semak melalui "Google Search" dengan browser "Chrome Incognito Desktop" menggunakan link berikut:
Kedudukan Top SEO pada 19 Disember 2015
Review Peserta Contest Lynk.My

2. Bagi Kategori Top LynkUNDI, pihak penganjur telah mendedahkan kedudukan semasa di Facebook Page Lynk.my. Agar sukar juga nak mengejar kedudukan tiga teratas tu!

Kedudukan Top LynkUNDI pada 2 Disember 2015
Review Peserta Contest Lynk.My

3. Namun bagi Kategori Top CREATIVE, keputusan hanya akan diketahui setelah tamatnya contest berikutan penjurian subjektif yang akan dilakukan secara profesional oleh juri-juri yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Melihat pada kesemua artikel penyertaan, para juri pasti menghadapi kesukaran untuk menilai bagi menentukan pemenang kerana hampir kesemua peserta memberikan hasil penulisan artikel yang terbaik!

Mungkinkah akan ada juga peserta yang berjaya memenangi lebih dari satu kategori? Lumayan tu kalau berjaya! Buat masa ini terlalu sukar mengagak peserta mana yang akan menang kerana selagi pertandingan masih belum tamat, persaingan akan terus berlaku!

Contest Terbaik 2015

Contest Review Lynk.my 2015 adalah antara contest terbaik yang pernah dianjurkan. Penyertaan peserta yang sungguh menggalakkan terutama dari otai-otai dan pakar-pakar dunia blog negara.

Ianya telah membuka peluang keemasan buat sesiapa sahaja untuk belajar mahu pun dijadikan panduan bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam menulis artikel yang bagus dan berkualiti.

Selain itu, dapat juga para peserta menimba ilmu pengetahuan berkaitan teknik dan strategi SEO yang menjadi rahsia kekuatan SERP bagi sesebuah artikel! Semuanya itu tidak ternilai harganya berbanding hadiah yang ditawarkan.

Semoga berjaya buat semua peserta Contest Review Lynk.my 2015. Entri saya... Hmmm hanya mengharapkan ada keajaiban berlaku.


p/s: Entri terakhir untuk meraih simpati anda semua untuk undi penyertaan saya dengan klik link berikut : >>Link.My UNDI<< Terima kasih di atas undian anda...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap