بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
JobdiRumah atau JDR adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan mudah kerja dari rumah. Dengan sedikit pelaburan anda akan diberi peluang untuk memilih pelbagai bidang kerja yang ditawarkan yang hanya memerlukan anda bekerja di depan komputer di rumah.

Siapa yang tidak mahu kerja hanya di rumah serta tidak terikat dengan pelbagai jadual dan protokol kerja yang menyekat kebebasan...Ianya sudah tentu menjadi idaman semua orang!

Tambahan pula, bunyinya dan caranya didengar begitu mudah dan sesiapa sahaja pun boleh melakukannya.

Jangan Beli Panduan Job Di Rumah (JDR)

Namun hakikatnya hanya segelintir sahaja yang mampu serta berjaya melakukannya! Terimalah hakikat sebenarnya tiada jalan mudah untuk menjana pendapatan.

Ketahuilah, dari peluang kerja atau tugasan yang ditawarkan tersebut, anda juga sebenarnya perlu bersaing untuk terpilih. Sebagai seorang calon pekerja baru, sudah tentu peluang dan ruang untuk anda terpilih teramat tipis. Di sinilah yang selalunya akan membuatkan anda mudah kecewa dan akhirnya gagal.

Oleh itu jangan beli, sertai atau melakukan pelaburan untuk Job di Rumah  (JDR) ini sekiranya anda seorang yang berfikiran ianya sesuatu kerja yang mudah untuk menjana pendapatan!

Kerja Dari Rumah

Untuk berjaya mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan anda perlu membaca, memahami dan mengikut segala arahan yang terkandung dalam buku panduan Job di Rumah (JDR) ini.

Anda tidak boleh terlalu tamak. Ianya sama juga seperti bekerja di dunia realiti yang memerlukan anda bermula dari bawah. Pada peringkat permulaaan ini, cari peluang pekerjaan yang mudah dan kurang persaingan walaupun income yang diberi agak rendah.

Anda perlu menaikkan reputasi dan kepercayaan para majikan yang menawarkan kerja terlebih dahulu. Segala pengalaman dan hasil kerja anda akan menjadi satu aset dan kelebihan yang penting untuk beroleh peluang yang lebih besar pada masa akan datang.

Adalah tidak dinafikan bahawa Job di Rumah ini mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan andai anda sudah punya pengalaman dan reputasi yang baik. Sudah ada begitu banyak bukti bahawa Job di Rumah ini mampu memberikan pulangan yang sangat menguntungkan hanya bermula dari pelaburan yang sedikit.

peluang untuk menjana pendapatan (buat duit) mudah dari rumah
Antara testimoni dari mereka yang telah berjaya.


Sekiranya anda seorang yang benar-benar ingin mencuba dan mahu berjaya menjana pendapatan dari rumah maka peluang yang ditawarkan oleh Job di Rumah ini sangat wajar direbut.

Fahami dan pelajari teknik-teknik yang diterangkan dengan terperinci dalan panduan Job di Rumah (JDR) dan lakukan ia dengan penuh sabar.

Pilihan Peluang Menjana Pendapatan

Menulis tanpa bukti, sesiapa pun tidak akan mempercayai apa yang ditulis! Ya... BM akui bahawa BM bukan seorang yang berjaya dalam menjana pendapatan melalui peluang pekerjaan yang ditawarkan kerana ianya bukan pilihan BM untuk sertai Job di Rumah (JDR) ini.

JDR bukan sahaja memberi peluang untuk menjana pendapatan melalui peluang pekerjaan yang ditawarkan tetapi juga melalui sistem affiliate yang turut membuka ruang untuk menjana pendapatan anda.

Sebagai seorang blogger dan pengguna media sosial, affiliate JDR ini boleh dilakukan dengan mudah. Inilah yang menarik minat BM untuk sertai Job di Rumah ini.

Job Di Rumah (JDR)
Di atas adalah senarai komisyen affiliate BM 2016 dari JDR. Tanpa sebarang promosi dan hanya melalui artikel sahaja boleh balik modal serta menjana pendapatan. Bayangkan mereka yang lakukan pelbagai promosi! Mesti banyak masyukkk!!


Selain menjana pendapatan melalui affiliate JDR ini, dapat juga membantu dan membuka peluang serta menghebahkan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan dari rumah,

Namun apa jua pilihan anda, tiada jalan yang mudah untuk berjaya! Semuanya perlukan usaha dan kerja!

Sudah tahu apakah pilihan anda? Berminat untuk beli dan sertai Job di Rumah (JDR) ini? anda boleh dapatkannya di sini:


Usaha Untuk Berjaya

Ada banyak cara dan teknik untuk menjana pendapatan dari rumah. Apa yang penting adalah bagaimana anda berusaha untuk melakukannya sehingga berjaya!

Anda boleh lihat sendiri di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan sebagainya... bagaimana mereka ini berusaha mempromosi dan cuba memikat dengan dengan pelbagai teknik dan cara. Semua itu adalah usaha.

Di blog-blog juga perlukan usaha promosi melalui share dan ping. Selain itu perlukan ilmu SEO untuk menaikkan entri di SERP sebgai salah satu cara untuk menaikkan trafik organik agar golongan sasaran dapat ditawan melalui enjin carian.

Oleh itu jangan sesekali mudah terpedaya atau terpengaruh apabila terbaca sahaja tentang iklan menjana pendapatan mudah dari rumah. Semua kata-kata manis dan mengujakan itu hanyalah tarikan yang sebenarnya tidak mudah untuk direalisasikan. Fahami dan ketahui ia terlebih dahulu sebelum anda beli atau sertainya.

peluang untuk menjana pendapatan (buat duit) mudah dari rumah

p/s: Menjana pendapatan dari rumah itu BENAR tetapi menjana pendapatan MUDAH dari rumah itu tidak mudah!

32 comments - "Jangan Beli Panduan Job Di Rumah (JDR)"

Org yg serius mmg bleh berjaya dgn JDR ni.. Usaha tu pnting klu nk berjaya..

Org yg serius mmg bleh berjaya dgn JDR ni.. Usaha tu pnting klu nk berjaya..

Saya pun join Jobdirumah ni jugak.

Jujurnya, nak buat duit bukan mudah. Namun pun bekerja, jadi kita kena bekerja dengan bersungguh-sungguh la :D

bila dah beli panduan tu kenalah belajar dan praktikkan .... yer dok.

paridah delete icon 17:41

ASSALAM TAK BERANI NAK JOIN SBB XYAKIN BOLEH BUAT...

Ya...itu adalah kebenaran yang perlu setiap dari kita semua harus terima.

Ya! Betul! Betul! Betul!
Cuma kadangkala yang promote tu tak cite betul2...Nampak segalanya indah dan mudah jer...

Waalaikumsalam...
Itulah yg sebaiknya kerana hanya kita yg tahu akan tahap kemampuan diri.

JS pun apa kurangnya, hasil usaha...kini sedang melangkah menuju kejayaan!

Rasanya saya pun pernah signup job ni tapi tak terlayan, banyak sangat job masuk kat email. Tak pernah pula saya buat sebarang job, sebab sibuk sangat. Jadi, siapa yang nak cuba tu, signup la segera ye..;)

Mmg sifat sesetengah org, nak buat tp tak nk memaham. Akhirnya tak jadi tp ttp tak tau mana silapnya... mulalah yg lain salah, dia betul huhu... tiada perkara yg mudah tp peluang yg dah disusun utk memudahkan dipandang mudah mmg selalunya tak jadi... wallahualam.

saya belum lagi sertai job di rumah ni...tengoklah nanti

Buat kerja dengan jobdirumah ni boleh dapat hasil jika kena caranya.

Saya pun dapat juga hasil sikit-sikit dengan JDR ni. Tak salah nak beli jobdirumah ni.

titan delete icon 20:20

tahniah.

sebab terus dapat lagi pada masa hadapan.

Bila dapat hasil dengan kerja macam ni memang seronok.

Yang penting kena buat kerja lepas dapatkan panduan ni.

Tanpa Nama delete icon 06:30

saya masih tidak memahami apa yang dikehendaki. ada sesiapa yang boleh tolong?

tgh pk2 lgi nk join ke x..sebab kekadang nk maintain blog pon x sempat..hehe..

Tanpa Nama delete icon 12:33

ADA NEGATIF ADA POSITIF TENTANG JDR,,TAPI SAYA RASA TAK SALAH KITA CUBA...CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENDAPATINYA.

Tahniah kepada yang berjaya

Ya ia memerlukan komitmen yang tinggi utk berjaya :D

da daftar..tp mcm mne nk mule..pening2..

BM delete icon 07:14

Apabila anda dah mendaftar dan dapat sms username dan password dari pihak jobdirumah. Sila login dan baca segala penerangan dari pihak jobdirumah, tengok video yang disediakan dan baca artikel bagaimana cara untuk mencari kerja dari sumber yang betul. Anda lihat, baca dan fahamkan. 

Unknown delete icon 17:45

Dah beli & register JDR nie. tgah tunggu job offer.. mintak2 la dapat. sebab nak cuba sangat.

Dah beli and bayar rm79.99 masa 30 sept rtuh. Katanya akan beri email dlm masa 72jam. Tapi smpi skrg xada apa2 email/mesej dari jobdirumah. Buat naik rasa was-was.

muslimat biasa - awk dah check kt spam/junk box ke?

Memang boleh buat duit dengan jobdirumah ni..tapi lepas upgrade ni, Jobdirumah nampaknya sedang bercuti sekejap..huhu

Saya dh buat bayaran utk jobdirumah ni tp sy masih belom dpt apa2 perkembangan perkenaan dgn kerja yg d beri. sy juga ada check dlm junk and spam, tp masih blm ada perkembangan. Mcm mna sy nak taw status ni ye

Sejak jobdirumah upgred ke version 3 (jdrv3) saya dah kurang pasti bagaimana sistem baru mereka ini bergerak. Saya syorkan anda hubungi terus pihak klik solution melalui email berikut: jdrv3@jobdirumah.com

Tanpa Nama delete icon 16:47

betol ke ni

ya betol... Bukan cobaan..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap