بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Apabila awal tahun menjelang tiba, dunia blog Malaysia akan mula menjadi perhatian apabila anugerah Malaysia Social Media Week Award oleh MSMW 2016 mula hangat diperkatakan dan kini dalam proses penjurian dan pengundian.

MSMW2016 akan berlangsung pada dari 7 hingga 13 Mac 2016 di mana sekali lagi blog-blog terbaik dan popular di Malaysia akan diiktiraf dalam beberapa kategori yang di pertandingkan dalam Malaysia Social Media Week Award.

Tahun ini agak meriah dan menarik jika dilihat dari sudut kategori dan pencalonan. Beberapa blog yang tidak bertanding pada tahun lepas mula menyertai MSMW2016 ini.

Malaysia Social Media Week Award - MSMW2016

Malaysia Social Media Week Award 2016

Berikut adalah kategori yang dipertandingkan dalam Malaysia Social Media Week Award 2016:
Kategori Individu
  • BEST FOODIE BLOG
  • BEST LIFESTYLE BLOG
  • BEST TRAVEL BLOG
  • BEST CONTENT BLOG
  • BEST VIDEO BLOG
  • MOST ENGAGING BLOG
  • MOST ENTERTAINING BLOG
  • PROMISING BLOGGER OF THE YEAR
  • BEST BLOG OF THE YEAR
Salah satu penjurian adalah melalui undian. Setiap satu ID Facebook layak mengundi satu sahaja calon pilihan di setiap kategori. Tempoh mengundi adalah dari 2 hingga 21 Februari 2016. Apa lagi... Inilah masanya untuk memberi sokongan kepada blog atau blogger kesayangan dan kesukaan anda!

Jom mengundi di sini : MSMW2016 (sudah ditutup)

Sebenarnya nak mengundi pun payah apabila blog-blog terbaik ini bertanding dalam kategori yang sama terutama kategori Best Blog Of The Year yang begitu sengit sekali.

Mungkinkah HasrulHassan yang pertama kali bersaing dalam MSMW2016 ini akan mengatasi blog BenAshaari dan Denaihati? Sangat menarik untuk diketahui keputusannya nanti!

Begitu juga dengan kategori Best Content Blog yang membariskan begitu banyak calon-calon kegemaran ramai. Begitu sukar untuk menjangkakan pemenangnya. Hampir kesemuanya layak mendapat pengiktirafan ini.

Mungkin hanya kategori Best Lifestyle Blog sudah boleh dijangkakan pemenangnya apabila Fatin Liyana kembali dicalonkan dan ketiadaan pemenang tahun lepas iaitu Acik Aku Penghibur yang bertukar ke kategori Promissing Blogger Of The Year. Namun... mungkinkah ada kejutan di sini!

Bagi Best Foodie Blog, nampaknya hanya dua blog Bahasa Melayu bertanding iaitu http://hazmanfadzil.com/ dan http://www.mahamahu.com/. Mungkinkah salah satu darinya mampu menang dicelah-celah gergasi foodie blog yang dicalonkan? Undian anda mungkin akan merealisasikannya!

Best Travel Blog juga tampak sengit saingannya. Pencalonan juga agak ramai dan kesemuanya mempunyai kelebihan dan tarikan yang tersendiri. Cuma kali ini pemenang tahun lepas tidak pula masuk bertanding... Hmmm...kenapa ya? 

Walaupun hanya enam pencalonan, Most Engaging Blog menyenaraikan blog-blog terbaik yang menyukarkan kita semua untuk membuat pilihan. Mungkinkah Abang Ensem mampu memikat juri dan pengundi dengan 'kehenseman'nya!?

Kategori Most Entertaining Blog pula mungkin kurang penyertaan kerana kalau diikutkan, sebenarnya kat Malaysia ni banyak sekali blog-blog sebegini. Media sosial telah menjadi sebahagian dari hiburan dan viral dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Kategori yang paling sedikit dan paling mudah untuk anda membuat pilihan adalah Best Video Blog dengan hanya dua pencalonan! Pilihlah salah satu yang anda rasakan layak untuk menang.

Begitulah serba sedikit senario pencalonan  dalam Malaysia Social Media Week Award yang akan diumumkan pemenangnya pada 9 Mac 2016 iaitu menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan dalam MSMW2016 yang berlangsung dari 7 hingga 13 Mac 2016.

Pemenang Malaysia Social Media Week Award - (kemaskini 9 Mac 2016)

Senarai Pemenang Malaysia Social Media Week Award (MSMW2016)
  • Best Blog of The Year 2016 - www.pembina.com.my
  • Best Foodie Blog - www.mahamahu.com oleh Mahadir Mohamed Arifin
  • Best Lifestyle Blog - www.ruby.my oleh Rabiatul Adawiyah Zakaria
  • Best Travel Blog - www.runawaybella oleh Aliza Manap
  • Best Content Blog - www.cikguhailmi.com oleh Norhailmi Abdul Mutalib
  • Best Video Blog - www.youtube.com/user/pojiegraphy oleh Mohd Shahril Fawzy
  • Most Engaging Blog - www.kisahemasputih.com oleh Siti Aminah Idrus
  • Most Entertaining Blog - huseinrider.blogspot.my oleh Ahmad Husaini Mohamad
  • Promising Blog of The Year - www.viramon.com oleh Vocket Media
Malaysia Social Media Week Award - MSMW2016

MSMW2016

MSMW2016 masih menjadi salah satu platform terbaik buat blogger serta blog untuk lebih dikenali dan diiktiraf di mata masyarakat umum.

Walaupun banyak lagi blog-blog terbaik dan popular yang tidak masuk bertanding, bukan bermakna anugerah ini kurang berprestij dan tidak adil kerana ianya masih punya nilai yang tersendiri.

Mungkinkah tahun ini selain dari sijil dan trofi, akan ada hadiah sampingan seperti wang tunai kepada pemenang! Jika ada...pasti MSMW2017 akan lebih meriah dan sengit! hehe...

Selamat maju jaya kepada semua calon-calon Malaysia Social Media Week Award (MSMW2016) yang bertanding. Melalui pencalonan sahaja...sebenarnya anda semua telah pun menang.

p/s: Jom mengundi... jangan pula undi BM sebab memang tidak ada tercalon pun...haha!

19 comments - "Pemenang Best Blog MSMW Award 2016"

ramai kawan-kawan blogger yang bertanding..tak tau nak pilih sapa..ermmmm..

Nanti saya calonkan BM ye..:)

Nomination closed la pula ahaha..

Hhaha... (nasib baik dah tutup)
Saya tak layak utk dicalonkanlah SP!

mari kita undiiii!~

kita sama sama doakan kejayaan untuk mereka..

blog BM sepatutnya bertanding juga...

bila la sy punya blog layak bertanding?

Ya... Semuanya rakan2, dilemma tu nak memilih!

Tidak layak untuk bertandinglah Acik.
Semoga Acik menang lagi tahun ini... InsyaAllah, amiin.

Dah layak dah Abe Kie nak bertanding... Tahun depan masuklah ye!

Undi! Jangan tak undi!

Ya! sama2 kita undi dan doakan kejayaan mereka!

Admin delete icon 14:27

Artikel BM pun power la...banyak input yang berguna.

menarik ni... berdebar pula tunggu senarai pemenang.

Unknown delete icon 14:33

Dah tahu siapa pemenangnya kan? Tahniah la kepada semua blogger ni kerana banyak berkongsi ilmu dan lifestyle mereka

zokan delete icon 14:12

tahniah pada yang menang.

semuanya hebat-heabt belaka.

Terima kasih kerana support kami. In Shaa Allah tahun depan giliran tuan pula....

Tahniah kpd semua yg memenangi... semoga terus sukses dan menjadi inspirasi buat kita semua.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap