بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Anugerah World Car Award - World Car Of The Year (WCOTY) 2016 kini sudah pun diumumkan. Satu keputusan yang diluar jangkaan! Tiada satu pun pilihan BM tepat untuk pemenang setiap kategori anugerah yang dipertandingkan.

Walaupun pilihan BM hanya berdasarkan rupabentuk dan spesifikasi, jelas sekali ianya memerlukan aspek secara realiti di mana juri-juri telah memilih berdasarkan faktor-faktor yang sangat subjektif yang hanya boleh dinilai apabila anda memandu sendiri kenderaan tersebut.

World Car Of The Year (WCOTY) 2016

Bagaimana dengan tekaan atau pilihan anda? Bagi yang masih belum mengetahui calon-calon kenderaan bagi anugerah World Car Of The Year (WCOTY) 2016, anda boleh rujuk entri berikut: Calon Anugerah World Car Of The Year (WCOTY) 2016 yang menyenaraikan senarai penuh calon-calon sebelum finalis top 3 dipilih.

Berikut adalah senarai top 3 finalis dan pemenang setiap kategori anugerah World Car Of The Year (WCOTY) 2016

Anugerah Utama:
2016 World Car of the Year
Finalis:
  • Audi A4
  • Mazda MX-5
  • Mercedes GLC
Pemenang:
  • Mazda MX-5
World Car Of The Year (WCOTY) 2016
2016 World Car of the Year

Senarai pemenang sebelum ini:
  • Mercedes-Benz C-Class (2015), Audi A3 (2014), Volkswagen Golf (2013), Volkswagen Up! (2012), Nissan Leaf (2011), Volkswagen Polo (2010), Volkswagen Golf (2009), Mazda 2 (2008), Lexus LS460 (2007), BMW 3-Series (2006) Audi A6 (2005).

2016 World Luxury Car
Finalis:
  • BMW 7 Series
  • Audi Q7
  • Volvo XC90
Pemenang:
  • BMW 7 Series
World Car Of The Year (WCOTY) 2016
2016 World Luxury Car

2016 World Performance Car
Finalis:
  • Audi R8 Coupe
  • Honda Civic Type R
  • Mercedes-AMG C63 Coupe
Pemenang:
  • Audi R8 Coupe
World Car Of The Year (WCOTY) 2016
2016 World Performance Car

2016 World Car Design of the Year
Finalis:
  • Jaguar XE
  • Mazda CX-3
  • Mazda MX-5
Pemenang:
  • Mazda MX-5
World Car Of The Year (WCOTY) 2016
2016 World Car Design of the Year

2016 World Green Car
Finalis:
  • Chevrolet Volt
  • Toyota Mirai
  • Toyota Prius
Pemenang:
  • Toyota Mirai
World Car Of The Year (WCOTY) 2016
2016 World Green Car

Ulasan Keseluruhan

Bagaimana... Puas hati dengan senarai pemenang World Car Award - World Car Of The Year (WCOTY) 2016? Kalau tidak puas hati pun, mampu sekadar beri komen jer...

BM beranggapan mungkin tahun ini kenderaan SUV akan menguasai senarai pemenang, namun nampaknya, satu pun tak ada! Terutama kategori World Luxury Car di mana Volvo XC90 cukup menyerlah namun mungkin juri ada sebab tertentu untuk memilih BMW 7 Series.

Pada keseluruhannya, Mazda cukup unggul dan menyerlah dengan model ikon mereka iaitu Mazda MX-5 dengan membolot 2 kategori anugerah termasuklah kategori utama.

Toyota masih lagi yang terbaik dalam kategori kereta mesra alam melalui model hidrogen fuel cell pertama di dunia yang dijual secara komersil.

Manakala Audi pula masih berjaya membolot satu anugerah menerusi jentera prestasi tinggi yang hebat melalui Audi R8 Coupe.

New Winner...Please

Melalui pencalonan awal WCOTY 2016, walaupun hanya terdapat beberapa model selain dari kenderaan keluaran Jerman yang terpilih namun jelas ianya menjadi pilihan yang terbaik mengatasi kehebatan Mercedes, BMW, Audi dan Volkswagen yang sebelum ini seringkali menjadi pilihan pemenang.

Bagaimana pula dengan kereta dari Korea, China dan Amerika yang nampaknya masih kurang menyerlah untuk menjadi pilihan... Apatah lagi dengan Proton dan Perodua. Namun adalah tidak mustahil mungkin suatu hari nanti jenama yang belum pernah dan tidak disangkakan pula akan dipilih sebagai pemenang!

BinMuhammad

p/s: Kalau dilihat pada senarai pemenang WCOTY 2016... ianya bukanlah kenderaan pilihan ramai atau laris dijual maka... yang terbaik tidak semestinya yang popular.

7 comments - "Pemenang World Car Of The Year (WCOTY) 2016 "

paridah delete icon 12:18

PILIHAN TEPAT TU...TAHNIAH KEPADA YG MENANG DLM INDUSTRI YG SENGIT PERSAINGANNYA..

nak beli kereta toyota camry sebagai official vechile dan nak beli ninja king sebagai kegunaan peribadi..dan ternyata kereta pilihan saya tidak termasuk dalam list..

nahhh semua kete mahal..standard la kan ;)

Kalau prestasi proton terutamanya sentiasa terjaga dan ada penambahbaikan mutu, tak mustahil satu masa nanti akan tersenarai juga...

Wah semua kereta terbaik..nampak gah dan berkeupayaan..

SUV di mALAYSIA pun semakin banyak sekarang

Audi tetap mengekalkan kedudukannya sebagai kereta mewah yang mempunyai prestasi tinggi

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap