بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Diari Kisah Hidupku (DKH - Bab 1): Sejak aku dilahirkan, aku seringkali sakit dan mudah jatuh demam. Beberapa kali juga aku terpaksa duduk lama di wad hospital. Ibu kata, antibodi ku agak lemah. Namun aku seorang yang sangat aktif!

Di hospital, aku cukup dikenali kerana sangat sukar tidur dan tak mahu duduk diam. Dalam kandang katil asyik bergerak sahaja. Jururawat dah kenal sangat dengan budak aktif ni! Sering buat kacau tak kira malam atau siang.

Walaupun usiaku belum sampai sembilan bulan aku dah mula pandai berjalan. Puncanya kerana terlalu aktif berpaut kat kandang katil di wad. 

Pada penghujung tahun 1975 itu, dua berita gembira di terima. Pertama, kakak ku no. 3 mendapat pinangan dan yang kedua, ibuku mengandung lagi! Wah! Aku bakal mendapat adik!

Perkahwinan kakak ku berlangsung pada bulan Februari tahun berikutnya. Ini merupakan kenduri kahwin kedua setelah kakak sulong ku kira-kira 8 tahun yang lalu. Aku pun tak wujud lagi masa tu...

Kakak sulongku ini tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya dan agak jarang-jarang dapat pulang ke kampung. Tanpa disangka, kepulangan kakak sulongku dihari kenduri rupa-rupanya juga sedang mengandung akan anak ketiganya.

1976 Tahun Bersejarah

Kandungan ibuku kali ini tidak bermasalah seperti mengandungkan aku. Segalanya berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang komplikasi yang luar biasa.

Tahun 1976 merupakan tahun yang amat bersejarah dalam keluargaku. Rumah di kampung ini telah menjadi saksi kepada lahirnya adik perempuanku dalam bulan Ogos. Kakak sulongku pula melahirkan anak ketiganya pada bulan Oktober dan kakak ku yang ketiga melahirkan anak sulongnya pada bulan Disember.

Mak menceritakan betapa malunya dia apabila cucu-cucunya juga sebaya dengan anaknya. Maklumlah akan persepsi orang dulu-dulu apabila mendapat anak dikala usia senja. Namun suasana keluarga kami sangat meriah, bahagia dan ceria!


Tak dapat aku ingat suasana di rumah ketika itu kerana usiaku yang masih kecil namun aku dapat bayangkan bagaimana gamatnya suasana tiga orang bayi dan tiga orang budak kecil (aku dan 2 orang anak kakak sulongku), mak dan anak-anak perempuannya saling menjaga anak masing-masing!

Aku lahir sahaja dah ada 2 orang anak saudara, tak sampai pun usia 2 tahun dah dapat lagi dua orang! Itulah permulaan sebuah keluarga yang kecil yang semakin bertambah dan terus bertambah menjadi besar!

Dapat Adik & Anak Saudara Serentak

Zaman 70an

Hidup di zaman 70an bukanlah mudah. Pada masa itu pendapatan ayahku hanyalah melalui kebun kelapa dan koko selain mengambil upah mengait kelapa. Sebagai keperluan keluarga, ayah dan ibu terpaksa bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri.

Mujurlah parit di depan rumah yang banyak hasilnya untuk memberikan kami sumber protein yang cukup. Ayam dan itik sudah menjadi satu kemestian menjadi binatang ternakan yang dipelihara oleh setiap penduduk kampung.

Aku dan adik-beradikku dibesarkan oleh ibu bapaku dari segala hasil yang diperoleh secara semulajadi ini.

Teruskan bacaan ke DKH -Bab 2 di sini: Budak Kecil Yang Nakal

5 comments - "DKH - Dapat Adik & Anak Saudara Serentak"

best kan zaman dulu-dulu..serius rindu!

paridah delete icon 13:37

Catatan kenangan yg sgt menarik ni...lahir 70an muda lagi tu.

Unknown delete icon 15:48

Best la ada anak saudara yang sebaya, orang tak tahu pun tu anak sedara kan, orang ingat adik2 ja

Hihihi...mesti meriah sangat kan....sangat2....perkara ni berlaku juga pada keluarga PC...bila arwah nenek bersalin..menantunya pun bersalin...anak buah dengan pakcik sebaya..hihi..

1976 tahun kelahiran saya tu BM hehee... :) :)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap