بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Model Baru Kereta Perodua 2016, Kenari Generasi ke-2 Akan Muncul: Sudah lama Perodua menyepi dari sebarang khabar berita tentang model baru mereka sejak kecoh seketika dengan model sedan yang sehingga kini masih tiada informasi terkininya. 

Namun baru-baru ini spyshot terbaru ini umpama satu berita menarik untuk dikongsikan bersama anda. Mungkinkah dalam diam, Perodua punya perancangan untuk mengeluarkan model terbaru Kenari!?

Perodua Kenari yang dikeluarkan pada tahun 2000~2009 dan sejak itu tiada lagi model kesinambungannya. Ia merupakan sebuah kereta kecil yang mempunyai ruang yang amat selesa dengan cermin yang luas serta tinggi telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Model Kereta Baru Perodua Kenari

Malah sehingga kini model Kenari ini terus diguna pakai dan diyakini akan ketahanan, keselesaan serta kurang bermasalah sehinggakan ia masih punya nilai dipasaran kereta terpakai.

Baru-baru ini Paultan.org telah menyiarkan berita tentang penemuan Model Daihatsu Move Custom dengan no plate yang sama diguna pakai semasa Perodua Axia (Daihatsu Ayla) dalam proses ujian. Ini bermakna, ia adalah kepunyaan Perodua. Untuk apa Perodua melakukan ujian ini?

Rebadge Model

Untuk makluman anda, Perodua Kenari adalah model rebadge Daihatsu Move (Generasi Pertama) dan Daihatsu Move Custom merupakan generasi ke-enam model tersebut.

Adakah Perodua akan menghidupkan kembali model Kenari (Generasi ke-2) dengan menggunakan model Daihatsu Move Custom ini? Ianya masih tidak dapat dipastikan dan jika benar... Ia merupakan sesuatu yang amat mengujakan bagi peminat-peminat kereta K-Kar ini!

Gambar & Spesifikasi Daihatsu Move Custom (All New Kenari)
Enjin:
  • 658 cc (tiga silinder) berkuasa 52 PS (6,800 rpm) dan 60 Nm (5,200 rpm) 
  • 658 cc (tiga silinder turbo) berkuasa 64 PS (6,400 rpm) 92 Nm (5,200 rpm)
Transmisi:
  • 5 Kelajuan (CVT) dengan dua pilihan, pacuan 2 roda atau 4 roda
Model Kereta Baru Perodua Kenari
Model Kereta Baru Perodua Kenari

Rekabentuk Move Custom ini kelihatan sangat menarik. Luarannya kini kelihatan seperti sebuah MPV Ultracompact seperti Mini Alphard pun ada! Identiti lampu belakang yang memanjang juga dikekalkan tetapi dengan rekaan yang lebih menawan. 

Rekaan dalaman juga kemas dan moden! Penggunaan material dan warna membuatkan ia kelihatan mewah. Paling menonjol adalah keluasan ruang dengan bumbung yang tinggi sangat selesa dan menyeronokkan jika berada dalam kereta ini.

Model Kereta Baru Perodua Kenari - Generasi ke-2
Brochure Perodua Kenari Baru ini tidak pasti akan kesahihannya telah bertebaran dalam internet ketika ini.

Kenari Akan Menari?

Berbanding Proton yang sangat agresif untuk mengeluarkan pelbagai jentera terbaru tetapi pada tahun 2016 ini, Perodua masih senyap tanpa sebarang informasi akan model terbaru mereka.

Perodua Sedan D63D yang masih dalam proses pembikinan juga belum pasti sama ada akan dapat dilancarkan pada tahun ini atau tidak. Ini bermakna, Perodua akan terus mengharap kepada model sedia ada iaitu Alza, Myvi dan Axia untuk menjana jualan.

Walaupun jualan Axia masih kukuh, pasti akan ada pelancaran facelift atau model ubahsuai/peningkatan pada model sedia ada untuk membuatkan ianya kembali segar dipasaran.

Dengan kemunculan berita Daihatsu Move Custom di jalanraya Malaysia ini, ianya sesuatu yang amat baik buat Perodua jika dalam perancangan mereka untuk menambah bilangan model sedia ada yang agak terhad.

Walaupun rekabentuk Kenari terlalu subjektif bagi peminat kereta kerana ada yang menganggap umpama mesin basuh bergerak, namun ianya terlah terbukti serta diyakini akan keselesaan serta yang paling penting, kurang masalah dan jimat minyak.

Model Perodua Kenari telah memberi satu nama yang kukuh melalui kepercayaan pengguna maka sekiranya model baru Kenari ini dikeluarkan, ianya pasti kembali mendapat perhatian dan permintaan.

Bagaimana dengan anda? Berminat dengan model Perodua Kenari yang baru ini! Kita nantikan akan berita dan informasi dan pengesahan rasmi Perodua tentang model Kenari Generasi ke-2 ini...

BinMuhammad

11 comments - "Model Kereta Perodua Kenari Muncul Kembali"

lama gak kan kenari nie..tapi ntah kenapa kenari ni tak melekat kat hati saya..pasahal kompak gak kete kenari nie.

memang minat...menanti yang terkini. Isteri pakai model lama.

Hehe,,,PC suka perodua kancil..

Sekarang ni memang guna kereta model kenari yang tahun 2005, kalau dapat generasi baru tu cantik juga

paridah delete icon 12:26

Nampak menarik model produa kenari mesti hebat menari di jalanraya tu.

Nampak mcm robot sgt lah.. pada mata saya la...

Hopefully kereta ni kluar cepat sbb tgh plan nak beli kereta hujung bulan depan atau awal bulan 6 ni. Tunggu promo raya...

pasal kenari,aku dah tenguk move japan tahun lepas memang gila ,memang cantik macam alphard,kalau rebadge move tu ok gak.tapi tak ada kat sini. itu belum custom

lagi.

Ai pengguna kenari keluaran tahun 2005.. nak tukar kereta baru pun, nak tunggu kenari juga.. hahahaha.. tak sabarnya.. harap khabar angin ni betul...

Harap kenari new version 6 seat

Tanpa Nama delete icon 13:47

Wow minat kenari baru nie..x sabar tunggu..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap