بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam Aidilfitri buat semua sahabat dan tetamu BinMuhammad. Semoga sambutan hari raya tahun ini membawa kebahagiaan dan kemeriahan buat anda semua... Syukur Alhamdulillah... Dipanjangkan usia untuk bersama lagi.

Jika disebut duit raya, mesti ianya berkait rapat dengan kanak-kanak. Ianya kini bagaikan sudah menjadi satu tradisi baru yang kian sinonim dengan sambutan hari raya. Tidak kira berapa jumlah yang diberi kepada anak-anak sebagai sumbangan pemberian ikhlas untuk menggembirakan hati mereka.

Duit Raya

Namun pernahkah anda, dikala usia tahap bapak2 dan ibu2 juga turut ghairah untuk mendapatkan duit raya? Buang tebiat atau dah sengkek sangat ke? Siapalah pula yang bermurah hati nak bagi duit raya pada kita yang dah berusia dan berkeluarga ni? Namun jangan terkejut, kalau di cari duit raya ni, sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan status pun boleh dapat!

Inilah yang berlaku pada hari raya tahun ini apabila blogger comel molek, Saudari Akma Omar dengan bermurah hati memberikan duit raya RM500 kepada BM! Syukur Alhamdulillah dan terima kasih!

Namun duit raya tersebut bukanlah boleh dapat begitu sahaja, ianya perlu dicari! Apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah, BM telah menang "Contest Cari Duit Raya 2016" kategori SEO. Tak sangka, di kala usia sebegini pun dapat duit raya! He..he..

Contest SEO Akma Omar

Pada tahun 2014, Dua kali beliau menganjurkan contest SEO dan pada tahun ini sekali lagi! Mungkin rezeki dan tuah BM dengan contest SEO anjuran Akma Omar ini. Tiga kali penyertaan, kesemuanya memberi keputusan yang tidak disangkakan!
  1. Contest SEO - Contest Duit Raya Casa Ombak (2014) dengan kata kunci "Buffet Ramadhan Casa Ombak": Tempat Kedua RM300 (Blog Relaks Minda)
  2. Contest SEO - Contest Bonus Akhir Tahun (2014) dengan kata kunci "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan": Tempat Pertama RM600 (Blog Relaks Minda)
  3. Contest SEO - Contest Cari Duit Raya 2016 dengan kata kunci "RF3 World Firmax3 Malaysia": Tempat Pertama RM500 (Blog BinMuhammad)
Contest Cari Duit Raya 2016

Kejayaan bersama Blog BinMuhammad begitu diluar jangkaan kerana usia blog ini yang masih terlalu hijau, tak sampai setahun pun. Malah jumlah entri yang diterbitkan pun baru melepasi angka 100! Terlalu kerdil berbanding peserta-peserta lain yang sungguh senior, gah dan hebat!

Selain itu tanpa sebarang entri support atau dapatkan backlink namun ianya kekal di atas! Sungguh tidak disangka! Tujuan penyertaan hanyalah untuk support dan promosi jer. Nasib dan tuah nak dapat duit raya lah tu...

Syukur Alhamdulillah... Kejayaan ini bukanlah bermakna BM hebat dan pakar dalam SEO kerana ramai pakar-pakar yang hebat diluar sana yang tidak sertai contest sebegini.


Teknik SEO

Sejak aktif berblogging dan mula berjinak-jinak dengan ilmu SEO, sudah beberapa kali juga sertai contest SEO. Tujuan utama adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman serta mempertingkatkan pengetahuan.

Contest SEO ini bukanlah satu contest yang sukar. Hanya perlu menulis artikel berkaitan kata kunci yang diberi, manakala sumbernya pula telah pun diberi. Sama seperti anda menulis review sesebuah event atau produk dan terbitkan.

Namun untuk memastikan artikel berada dikedudukan teratas di SERP pula tidaklah semudah itu. Anda perlulah lakukan dan mengaplikasikan serta mengoptimasikan segala keperluan yang dikehendaki oleh enjin carian dengan menggunakan teknik Search Engine Optimization (SEO). Maka sebab itu contest ini dinamakan Contest SEO!

Selain dari kepakaran dalam teknik SEO, adakalanya tuah dan nasib turut menjadi faktor penentu kerana adakalanya kita tidak dapat mengagak apakah kriteria tepat yang dinilai oleh robot enjin carian untuk menetapkan kedudukan di SERP. Maka artikel sesiapa pun sebenarnya boleh berada di kedudukan terbaik di SERP tanpa di duga.

Ya! Hakikatnya sekarang ini, tulis panjang berjela dan berkualiti pun belum cukup untuk memastikan artikel anda boleh berada di atas. Ini kerana penilaian dan kriteria SEO sentiasa berubah-ubah dan bertukar mengikut situasi, keperluan dan perkembangan dunia maya. Oleh itu, yang paling penting adalah mengetahui dan memahami kehendak SEO terkini lalu dipraktikkan.

Antaranya adalah blog yang Mobile Friendly, Fast Loading, Zero Error dan memenuhi kriteria Webmaster. Selain itu, dengan memasukkan elemen kepelbagaian media yang relaven dengan topik dalam artikel seperti video, media sosial serta gambar bagi memberi lebih kekuatan dan disukai oleh enjin carian pada masa kini.

Baca juga: 3 Langkah Terkini Tingkatkan SEO Blog 2016

Tahniah & Terima Kasih

Kepada AkmaOmar.Com, RF3 World dan pihak penaja contest, jutaan terima kasih di atas pemberian Duit Raya ini. Semoga matlamat dan objektif anda semua tercapai. Tahniah juga buat semua pemenang dan peserta, anda semua awesome!

Tahniah kepada Akma Omar di atas penganjuran contest yang telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga tidak serik dan terus menganjurkan contest-contest hebat! InsyaAllah... BM akan sentiasa support.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin buat semua sahabat dan tetamu BinMuhammad. Semoga ukhwah kita berpanjangan serta saling memberi dan menerima setiap kebaikan... Alhamdulillah...

18 comments - "BM Cari Duit Raya... Dapat RM500!"

untunglah.. boleh kasi duit raya pada saya jugak nie.. ehehe

Assalammualaikum Bro BM...syukur...syukur...syukur...tahniah ya...moga terus success ya...

paridah delete icon 16:08

TAHNIAH BM SYUKUR ALHAMDULILLAH REZEKI ALLAH PERLU JUGA ADA USAHA UTK DPTKANNYA

Tahniah tuan BM atas kemenangan tu..

hbt SEO..

Power tu... tahniah BM. Semoga terus sukses berblogging!

Salam ceria Aidilfitri, maaf zahir dan batin... :) :)

POwer power power !

Nak duit raya... Jemputlah datang rumah, hehe...

Waalaikumsalam PC... Alhamdulillah, rezeki dilebaran kali ini. Semoga success jua buat PC

Ya...Tiada rezeki yang datang bergolek. Terima kasih Kak Paridah!

Terima kasih Jie... Bukan hebat tapi tuah, hehe

Tak poerlah lah KK... Cuma nasib dan rezeki jer. Sertai sekadar support tapi tu lah...kalau Allah nak bagi...
Terima kasih KK, Ya..Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin

Power tang mana tu? hoho

reezluv delete icon 10:03

power SEO ni..bagus..kena belajar daripada yang lebih pakar ni..:D apa pun tahniah diucapkan..tak sempat nak join contest kali ni :D

eerrr ..BM tak nak kongsi ke duit tu hehe

Mrs. A delete icon 12:21

Tahniah! banyak tu duit rayanya

Tahniah BM dapat duit raya banyak.

Rezeki musim raya tu. Tahniah yea BM.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap