بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
BM cukup terkesan dengan sebuah perkongsian dari aplikasi whatsapp yang membuatkan BM berfikir panjang dan mula merasai akan adanya kesilapan kita sebagai ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak. 

Mungkin tidak semua bersikap begini namun bagi sesiapa yang terasa atau melakukan akan kekhilafan ini, sama-samalah kita bermuhasabah dan fikirkan, apakah tindakan terbaik yang sebenarnya perlu kita lakukan...

Murid Nakal
Soalnya Ingin Tahu
"Cikgu..!”
sapa Adam.
“Semalam saya kena rotan dengan mak saya”, sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul-betul mengadapnya.
“Rotan kat mana?” soal saya ingin tahu.
“Kat sini” sambil dia menunjukkan lengannya yang kecil itu. Ya. Masih ada bekasnya. Kuat barangkali dirotan ibunya.
“Sakit ke?” soal saya simpati.
Dia mengangguk berkali-kali.
“Menangis?” tanya saya lagi.
Sekali lagi dia mengangguk.
“Kenapa mak rotan?” soal saya sambil menggosok-gosok lengannya yang masih berbekas.
“Mak saya marah sebab saya xxxxxxx di sekolah.” Balasnya.
Ya. Memang minggu lepas saya menangkap beliau dan beberapa orang rakannya kerana melakukan kesalahan di sekolah.
“Macamana mak saya tahu cikgu? Cikgu bagitahu mak saya ke? Soalnya ingin tahu.
“Ya Adam, cikgu terpaksa beritahu mak Adam.”
Dia menundukkan kepala. Melihat contengan yang dibuat dengan pensilnya sejak dari tadi. Saya masih membelek-belek birat-birat tebal di lengannya.
“Cikgu!” sapanya lagi.
“Hari ni saya baik cikgu. Nanti cikgu bagitahu mak saya tak?” Soalnya ingin tahu.
Soalannya betul-betul membuatkan saya terdiam. Terbungkam rasanya mendengar soalan ini!

Jujurnya sepanjang menjadi guru memang tidak pernah walau sekalipun saya menelefon ibubapa atau penjaga bercerita tentang kebaikan anak-anak mereka. Saya juga yakin ibu bapa akan berasa pelik jika seseorang guru berbuat demikian.

Hati saya pada seperti dihentak-hentak dengan keras. Anak ini seolah-olah merayu supaya diberikan keadilan untuknya.

Wahai sang guru, semalam kamu mengadu kepada ibuku tentang kenakalanku. Lalu aku terus di rotan teruk. Maka hari ini apabila aku berakhlak baik maka sepatutnya juga diberitahu kepada ibuku agarku dipuji dan dikasihi semula ibuku.

Benar... Bukan sahaja di sekolah, malah di rumah juga begitu. Berapa banyak kebaikan anak-anak berlaku begitu sahaja dihadapan mata. Kebaikan yang mereka lakukan seolah-olah tidak ada nilai pada pandangan mata kita. Tidak pernah kita zahirkan kegembiraan terhadap kebaikan yang mereka tunjukkan.

Tetapi seandainya anak-anak berbuat kesalahan atau perangai yang jelek, cepat sahaja kita meninggikan suara, mengherdik dan memberikan amaran.

Mungkin kerana itu kita sering melihat anak-anak membuat nakal kerana mereka tidak kita kenalkan dengan kebaikan. Marah dan herdik lebih banyak kita lontarkan kepada mereka berbanding puji dan syukur. Adilkah kita terhadap mereka?

Aku tak mampu menjawab soalan anak ini. Aku hanya mampu terus menggosok lengannya sambil menelan rasa kesal dan sesal yang tak sudah. Aku tidak mampu menghilangkan kesan birat pada lengannya apatah lagi calar dalam hatinya yang mengharapkan aku menunaikan haknya.

Dari dalam bilik darjah aku memerhatikan air hujan yang masih belum jemu membersihkan kesan kelabu jerebu di udara. Rahmat tuhan buat kita. Dan rahmat itu tuhan turunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. 

Hari ini, rahmatNya datang dari seorang anak kecil yang dengannya membuka mata kita yang dewasa ini untuk melihat lebih banyak kebaikan.

*Asmadi Abdul Samad*
Menumpang rahmat murid-murid
copy paste dari whatsapp

Adil Dalam Mendidik

Mungkin sekarang kita perlu lihat kembali... Adakah kita seimbang dan adil dalam mendidik anak-anak?

BM bukanlah pakar atau mahu mengajar anda. Perkongsian ini sekadar renungan untuk kita fikirkan bersama. Mungkin anda ada pandangan dan kesimpulan tersendiri atau pun cara terbaik dalam mendidik anak-anak yang boleh dikongsikan bersama.

8 comments - "Soalan Murid Nakal Menuntut Keadilan"

Nakal & bijak :)

Dulu zaman PC sekolah...hari terbuka sekolah barulah cikgu bercakap dengan ibu bapa...nakal...baik pada hari itulah...telus...

Murid nakal... tentu ada alasannya. terharu juga baca kisah ni.

paridah delete icon 19:04

Ibu/bapa guru-guru tak juga betul sentiasa walau masing2 dgn niat membawa kebaikan kpd anak didik n perlu juga dengar keluhan rasa anak2 murid.

Betul juga tu. kena hargai mereka dengan sebaiknya.

Masa nakal report. Masa baik kena report juga.

Mrs. A delete icon 11:39

Sangat menyentuh perasaan.
Sangat terkesan.
Sangat terasa.

juka anak salah hukumlah dengan hukuman kanak-kanak

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap