بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Penyakit asma bukanlah satu penyakit asing bagi masyarakat di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Penyakit Asma atau lelah ini merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Fakta Dan Mitos Tentang Penyakit Asma

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya asma kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Fakta dan Mitos

Oleh kerana penyakit asma ini telah wujud sejak sekian lama, maka pelbagai kenyataan di mana ada diantaranya dipercayai sejak turun temurun yang sebelum ini diyakini benar adalah salah atau auta semata-mata!

Mitos serta auta tentang penyakit asma ini telah disangkal melalui hasil ujian dan kajian maklumat yang memakan masa bertahun-tahun untuk membuktikan fakta-fakta sebaliknya.

Mitos Penyakit Asma
  • Asma adalah penyakit berjangkit
  • Penyakit asma boleh sembuh
  • Pesakit asma tidak boleh bersenam
  • Penyakit asma tidak serius dan tidak boleh membawa maut
  • Seseorang pesakit asma boleh ketagih dengan ubat sedutan (inhalers)
  • Rawatan secara oral (tablet atau sirap ) adalah lebih baik dari ubat sedutan
  • Ubat sedutan asma mengandungi steroid yang kuat dan hanya diberikan kepada pesakit asma yang teruk
Fakta Penyakit Asma
  • Asma bukanlah penyakit berjangkit.Ia adalah sejenis penyakit di mana terdapat radang di saluran pernafasan menyebabkannya menjadi sempit dan sensitif terhadap faktor-faktor pencetus di persekitaran
  • Secara umumnya asma tidak boleh sembuh TETAPI ia boleh dikawal sepenuhnya dengan rawatan yang tepat. Namun ada kanak-kanak yang sembuh dari asma apabila meningkat dewasa.
  • Senaman adalah penting untuk semua orang. Dengan kawalan yang baik pesakit boleh melakukan senaman biasa dan berat. Walau bagaimanapun, pesakit asma perlu memanaskan dan menyejukkan badan setiap kali sesi senaman.
  • Sebenarnya serangan asma akut boleh menyebabkan kematian, Terutamanya jika asma tidak terkawal sepenuhnya. Ini adalah tragedi yang boleh dielakkan dengan sempurna, Jika mendapat serangan akut boleh berakhir dengan tragedi kematian rawatan yang cepat dan tepat.
  • Ubat sedutan adalah tunggak utama rawatan penyakit asma dan ia sama sekali TIDAK menyebabkan ketagihan tidak berlaku.
  • Rawatan secara sedutan menyebabkan ubat terus Tunggak rawatan asma adalah dengan inhaler kerana ia terus diserap ke saluran pernafasan. untuk merawat radang secara langsung. Ubatan secara oral boleh memberi kesan sampingan lebihyang ketara kerana ia perlu diserap ke dalam darah sebelum dialirkan ke paru-paru dan saluran pernafasan
  • Steroid melalui alat sedutan diberikan untuk mengawal asma walaupun diperingkat tidak terkawal atau pun terkawal.
Fakta Dan Mitos Tentang Penyakit Asma

Persoalan Tentang Penyakit Asma

Berikut pula beberapa persoalan yang mungkin dapat menjawab kemushkilan serta menambah ilmu pengetahuan anda tentang penyakit asma

Asma adalah penyakit keturunan?
Asma adalah penyakit yang berhubungan dengan faktor genetik. Bahkan menurut penelitian, sebanyak 30% penderita asma, memiliki keluarga dekat yang juga menderita asma. 

Apabila seorang ibu menderita asma, maka kemungkinan besar anaknya dapat menderita asma. Tetapi, apabila seorang ayah yang menderita asma, maka kemungkinan anaknya menderita asma akan lebih kecil.

Adakah penyakit asma dapat menular (berjangkit)?
Penyakit yang dapat menular kepada orang lain apabila penyakit tersebut disebabkan oleh kuman, seperti parasit, bakteri dan virus. Asma bukan disebabkan oleh kuman walaupun kuman dapat menjadi pencetus serangan asma. Maka, asma adalah penyakit yang tidak dapat menular.

Benarkah serangan asma berpunca dari binatang kecoa (berbulu)?
Punca asma terdiri dari perbagai, diantaranya adalah debu, udara dingin, aktifitas fisik yang berlebih, juga serpihan kulit atau bulu binatang. 

Serpihan kulit kecoa boleh menyebabkan serangan asma, walaupun kecoa tersebut sudah menjadi bangkai. Keadaan ini boleh berlaku pada lingkungan persekitaran yang tidak bersih

Pesakit asma tidak boleh menyusukan bayi?
Tidak benar. Air Susu Ibu (ASI) memberikan zat anti untuk melawan perbagai penyakit pada bayi, sehingga lebih baik apabila penderita asma memberikan ASI pada bayi yang juga mempunyai alergik. 

Benarkah berenang di laut dapat menyembuhkan asma?
“Jika Anda mengenal alat nebulize iaitu sebuah mesin yang membantu pernafasan maka cubalah menggunakan bersama air garam. Pasti anda akan merasa semakin sesak nafas. Hal ini disebabkan saluran pernafasan menjadi semakin kering. 

Maka jelaslah bahawa berenang di air laut tanpa alat perlindungan bagi penderita asma akan lebih membahayakan nyawa,” dr. Ratnawati.

Asma adalah penyakit saluran pernapasan, bukannya penyakit paru-paru?
“Sebenarnya gangguan pernafasan pada asma terletak pada alveolus di mana ini merupakan bahagian paru-paru. Jadi, penyakit paru-paru bukan hanya TBC saja, namun asma merupakan salah satu penyakit paru-paru. 

Oleh kerana itu jugalah pakar paru dan pernafasan yang ditugaskan untuk merawat pesakit asma,” kata Prof. dr. Nirwan Arief, SpP(K), Dokter Spesialis Paru dan Pernafasan sekaligus pemrakarsa Asthma-COPD Center.

Jika serangan asma berlaku adakah pesakit harus segera merebahkan tubuh sebelum mendapatkan rawatan lebih lanjut?
“Pesakit asma sebenarnya perlu mengatur pernafasannya dalam posisi duduk. Posisi ini membuat rongga paru menjadi lebih terbuka sehingga memudahkan pesakit untuk mendapatkan lebih oksigen. 

Jangan lupa untuk merenggangkan bahagian-bahagian yang mengikat seperti tali bra, tali pinggang dan baju yang ketat dan menyelubungi seperti jaket atau sweater,” jelas dr. Prasenohadi. SpP, KIC, PhD, Dokter Spesialis Paru dan Pernafasan Rumah Sakit Siloam Asri.

Semoga sedikit informasi ini dapat membantu mereka yang memerlukan serta menambahkan ilmu pengetahuan buat kita semua...

Sumber rujukan
-https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Asma
-http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/serangan-asma-serta-fakta-mitos-berkaitan-asma/

7 comments - "Fakta Dan Mitos Tentang Penyakit Asma "

Salam BM, Bini dan anak saya asma, tapi tak berapa kuat lah asma nya... kalau sekali menyerang, memang ke hospital lah jawabnya...

titan delete icon 20:24

dulu ada asma.

sekarang ni dah takde dah kena macam masa kecik dulu.

Sakit ni jika kena anak-anak kecil kasihan juga rasa.

Perkongsian yang berguna. Kena jaga harap tak kena sakit ni. Doa selalu.

banyak mitos memang, parahnya lagi orang tua dulu kadang lebih percaya mitos ketimbang fakta ataw data yang real

Mrs. A delete icon 16:33

Pernah tengok kawan yang diserang asma teruk kasihan sangat macam ikan tak dapat air.

Bila dia sedut inhaler tu pun ambil masa jugak nak stabil semula.

Dulu masa kecik saya kuat ASMA. Tu sebab kalah lumba lari. Sedih sangat tak menang setiap kali masuk acara. Tapi dah besar ni Alhamdulillah semakin ok sebab da pandai jaga pemakanan dan paling penting exercise selalu.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap