بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam Maulidur Rasul 1437H / 2015M12 Rabiulawal merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun 2015 ini amat istimewa apabila sambutan Maulidur Rasul disambut sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun (13 Januari 2015) dan hujung tahun (24 Disember 2015) dengan tema sambutan yang sama iaitu “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

Salam Maulidur Rasul 1437H - 2015M

Sempena Sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita sama-sama mengenali lebih dekat lagi akan personaliti insan teragung ini secara ringkas.

Biodata Rasulullah SAW

  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah).
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.
Isteri-isteri Rasulullah SAW
  1. Khadijah binti Khuwailid
  2. Saudah binti Zam’ah
  3. Aisyah binti Abu bakar
  4. Hafsah binti Umar
  5. Ummu Habibah binti Abu Sufyan
  6. Ummu salamah (Hindun binti Umayyah )
  7. Zainab binti Jahsy
  8. Maimunah binti Haris
  9. Safiyyah binti Huyai
  10. Zainab binti Khuzaimah.
Anak-anak Rasulullah SAW
  1. Qassim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqayyah
  6. Ummu Kalsum
  7. Fatimah

Bentuk Fizikal Dan Personaliti Rasulullah SAW:
  • Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. 
  • Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
  • Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
  • Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Diantara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
  • Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
  • Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
  • Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
  • Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.
Salam Maulidur Rasul 1437H - 2015M

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Salam Maulidur Rasul 1437H. Mari bersama kita ingat dan renungkan kembali akan 10 Amanat Terakhir Rasulullah kepada kita semua (dari khutbah terakhir Rasulullah SAW) :
  1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
  2. Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. 
  3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan
  4. Menjaga amanah Allah (wanita) dengan menjaga kehormatan mereka
  5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Menjaga kewajiban dan keharmonian suami isteri
  7. Mengharamkan zina
  8. Sempurnakan lima rukun Islam
  9. Mengekalkan ikatan silaturahim sesama Islam (semua umat Islam adalah bersaudara)
  10. Berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah
"Hendaklah orang-orang yang hadir mendengar ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain yang tidak hadir dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami kata-kataku ini dari kamu yang mendengar terus dariku pada hari ini." Nabi Muhammad SAW.

6 comments - "Salam Maulidur Rasul 1437H - 2015"

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul dari saya...

Bagus artikel ini....ada maklumat biodata Rasulullah...semoga menjadi panduan buat semua pengguna alam maya...

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul dari saya...

Bagus artikel ini....ada maklumat biodata Rasulullah...semoga menjadi panduan buat semua pengguna alam maya...

semoga dapat sapaatnya di akhir zaman

Etuza delete icon 07:41

Subahanallah selawat dan salam ke atas nabi junjungan..terbaik BM..hebatnya

paridah delete icon 16:50

assalamualaikum...selawat n salam untuk rasul saw junjungan yg mulia...semoga kita adalah umat yg dikasehinya...

Salam maulidur rasul.. Selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap