بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
AdSense Alternatif - Review Iklan RevenueHits: Menjana pendapatan melalui blog tidak dapat lari dari menggunakan medium iklan. Ianya adalah yang paling mudah, tanpa modal dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Terlalu banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan untuk blog bagi menjana pendapatan namun tidak semuanya mampu memberi pulangan yang memuaskan.

Sebelum ini telah dikongsikan review tentang beberapa perkhidmatan yang boleh anda jadikan pilihan untuk menjana pendapatan selain dari pengiklanan popular di Malaysia iaitu Nuffnang, Innity dan Adsense. Anda boleh baca artikelnya di sini:
Semua review ini bukan informasi "copy & paste" tetapi saya telah mencubanya sendiri untuk memberi maklumat yang lebih tepat kepada anda semua.

AdSense Alternatif - Review Iklan RevenueHits

RevenueHits Pilihan Selain Adsense?

Hari ini, satu lagi syarikat perkhidmatan pengiklanan yang agak popular di dunia blogging iaitu RevenueHits menjadi bahan ujikaji dan maklumatnya didedahkan kepada anda!

RevenueHits adalah syarikat pengiklanan yang sangat berpengaruh di seluruh dunia dan dikatakan sebagai pilihan terbaik selepas Google Adsense. Benarkah ianya dapat memberi pendapatan yang lumayan? Anda akan ketahuinya di sini.

Untuk membuka akaun publisher RevenueHits amat mudah. Tiada had minimum trafik diperlukan dan seperti biasa, anda hanya perlu mengisi borang permohonan dan tunggu kelulusan dari Revenuehits melalui email.

Jenis Iklan RevenueHits

Terdapat dua platform pengiklanan ditawarkan iaitu Desktop dan Mobile. Anda boleh pilih pelbagai jenis iklan untuk kedua-dua platform ini untuk diletakkan di blog.

1. Pilihan iklan untuk Desktop:
  • Banner
  • Button
  • Footer
  • Interstitial
  • Popunder
  • Shadow Box
  • Slider
  • Top Bar
2. Pilihan iklan untuk Mobile:
AdSense Alternatif - Review Iklan RevenueHits

Namun untuk mendapat pulangan yang baik, pilihan iklan desktop jenis Popunder, Intersritial, Shadow Box dan Slider adalah digalakkan manakala pilihan iklan untuk mobile, tiada perbezaan.

Pengiklanan RevenueHits

Jumlah pendapatan melalui RevenueHits tidak hanya bergantung semata-mata kepada jumlah trafik, klik atau impressions. Ianya lebih bergantung kepada nilai eCPM untuk menjana pendapatan yang lebih.

eCPM pula tidak menentu dan terlalu subjektif pengiraannya bergantung kepada negara dan sikap pengunjung, jenis iklan, kedudukan dan isi kandungan setiap artikel. Nilai eCPM ini akan berbeza-beza setiap hari!

Berikut adalah top 10 negara pengunjung yang menjana pendapatan tertinggi. Anda boleh lihat perbezaan nilai eCPM pada setiap negara pengunjung tersebut.

AdSense Alternatif - Review Iklan RevenueHits

Jika blog anda mempunyai ramai pengunjung dari negara yang mempunyai eCPM yang tinggi seperti dari Australia, maka tidak mustahil akan dapat menjana pendapatan yang mampu mencecah puluhan malah ratusan USD sehari!

Oleh kerana RevenueHits ini syarikat antarabangsa, maka bayaran adalah dalam nilai USD (Dollar Amerika). Maka sebelum memohon RevenueHits, pastikan anda mempunyai akaun Paypay sebagai pilihan untuk transaksi pembayaran.

Had minimum pengeluaran pula adalah sebanyak USD20 dan akan dilakukan secara automatik setiap hujung bulan sekiranya jumlah terkumpul telah melebihi had minimum.

RevenueHits adalah syarikat pengiklanan yang diyakini dari sudut ketepatan bayaran dan servis.

Review Pendapatan Melalui RevenueHits

Ok...cerita panjang pun tak guna juga kerana yang paling anda semua ingin ketahui adalah berapa jumlah pendapatan yang  boleh di jana melalui iklan RevenueHits ini... Betul tak?

Berikut adalah jumlah pendapatan harian dalam bulan ini (Januari 2016) yang kelihatan agak baik. Mungkin mulai tahun 2016 ni ada rezeki lebih kot...

AdSense Alternatif - Review Iklan RevenueHits

Berikut pula pendapatan bulanan semenjak mencuba pengiklanan ini pada bulan Julai 2015 di Blog Relaks Minda. Mujurlah ada blog yang sudah tidak aktif yang boleh dijadikan tempat ujikaji. Hasilnya... Lepas jugalah nak bayar bil bulanan streamyx!

AdSense Alternatif - Review Iklan RevenueHits
Semua nilai adalah dalam USD

Pendapatan ini dijana menggunakan iklan desktop banner, popunder dan mobile footer dengan purata trafik PV blog antara 4K~5K sehari.

Iklan RevenueHits Hanyalah Satu Pilihan

Jika mahu jana pendapatan selain dari iklan Adsense dan sebagai tambahan kepada iklan Nuffnang dan Innity, RevenueHits antara perkhidmatan pengiklanan yang perlu dipertimbangkan.

Berminat untuk menggunakan iklan RevenueHits ini? Jika berminat dan mahu mencuba... Anda boleh daftarnya di sini: >>RevenueHits Publisher<<

Iklan RevenueHits

Sebelum itu perlu diingatkan, paparan iklan RevenueHits ini agak membosankan kerana ianya lebih kepada banner download dan iklan promosi jana pendapatan online. Kelebihannya, anda boleh beritahu akan jenis iklan yang tidak mahu dipaparkan.

Sekiranya anda hanya perlukan iklan banner sahaja, jumlah pendapatan akan menjadi terlalu sedikit maka RevenueHits tidak sesuai jika jenis iklan popunder bukan pilihan anda.

Semoga review ini dapat memberikan serba sedikit informasi dan memberi alternatif pilihan untuk sesiapa yang ingin menjana pendapatan melalui iklan di blog. 

14 comments - "AdSense Alternatif - Review Iklan RevenueHits"

As-salam BM. Masih guna Bidvertiser ke?

yang ni kene study pelan pelan..baca tapi kurang paham sb almaklum kat office kan.

Waalaikumsalam SP,
Buat masa sekarang ni masih lagi guna...

Unknown delete icon 14:02

banyaknya juga yang boleh memberi pulangan kepada pengguna blog kan...
yang penting ilmu..hihi..
cik akak tak berapa faham iklan lain2 nie..haha

Etuza delete icon 16:45

wah kiranya ada rezeki mencurah ni Blogger BM//syukurlah kan

cik tom delete icon 19:08

menarik..boleh cuba iklan ni..terima kasih atas perkongsian!
eh tapi link untuk klik website xde pulak...

Ade la... Cik Tom tak perasan kot

Semoga rezeki lebih baik dgn revenuehits ni.. info yg lengkap dan bermanfaat buat blogger semuanya.

BM, kalau letak iklan revenue hits ia boleh menjejaskan iklan mobicow tak? boleh tak letak dua-dua seklaigus?

Saya dah cuba...tidak ada masalah dan tidak menjejaskan salah satu darinya. Maka..boleh letak kedua2nya sekali.

titan delete icon 12:26

not bad. boleh juga cuba klaau ada yang berminat.

hoho

Tanpa Nama delete icon 12:22

mmg tengah mencari2 iklan yg boleh diletak dlm blog..nuffnang slow sangat...rs mcm it enuff!!
Jom tgk kat sini.. Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

Assalam... kita letakkan iklan revenue hits tidak langgar syarat adsense kan? adsense benarkan ke letak iklan selain adsense.

tq

Setahu saya, iklan Revenue Hits tidak boleh diletak bersama Google Adsense. Adsense tidak benarkan.
Adsense ada membenarkan iklan lain diletakkan bersama, setahu saya Nuffnang & Innity boleh. Selain dari itu saya tak pasti...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap