بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR): Kita semua sudah sedia maklum bahawa mulai tahun 2016, format peperiksaan UPSR akan mengalami perubahan besar.

Ianya sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

UPSR juga memberi penekanan kepada penguasaan literasi, numerasi dan KBAT yang berhasrat untuk mentaksir pencapaian pembangunan kemahiran seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti.

Buku Panduan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR)

Ini bermakna, standard UPSR menjadi lebih tinggi dan memerlukan tenaga pengajar yang cukup terlatih bersama bahan bantuan mengajar yang tepat serta dapat disampaikan dengan jelas dan betul.

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6

Sehubungan dengan itu, buku teks terbaru Bahasa Melayu Tahun 6 terbitan DBP menjadi perintis kepada keberkesanan KSSR ini. Buku teks tersebut berasaskan kurikulum terkini KSSR dan akan diguna pakai sehingga buku teks Bahasa Melayu yang baru diterbitkan semula pada tahun 2021.

Jika anda lihat pada buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 tahun ini, pasti akan terpapar nama penulis buku teks tersebut. Beliau adalah Cikgu Mat Ariffin Ismail yang kini bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batang Kali, Selangor.

Sekarang ini beliau begitu sibuk dan aktif menjayakan program seminar diseluruh pelusuk negara melalui "Kursus Kecemerlangan Bahasa Melayu UPSR 2016". Namun kursus ini hanya khusus untuk guru-guru yang berminat untuk meningkatkan ilmu bagi mempersiapkan diri dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk UPSR 2016.

Buku Panduan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR)
Buku Panduan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR)

Buku Panduan Jawapan 

Demi memenuhi keperluan tenaga pengajar Bahasa Melayu, sebuah buku panduan menulis jawapan dan cadangan jawapan mengikut halaman buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 (terutama cadangan jawapan untuk sp. 3.9.1 yang menjadi masalah utama untuk menulis ulasan juga disediakan) yang menepati standard pembelajaran (DSKP) diterbitkan oleh Cikgu Mat Ariffin.

Namun buku panduan ini TIDAK dijual secara komersial dipasaran atau di kedai-kedai buku. Ianya hanya boleh didapatkan terus melalui penulis dan agen-agen yang dilantik.

Bertuah badan apabila dapat bersahabat dengan seseorang yang hebat seperti Cikgu Mat Ariffin ini. Setelah dipujuk berulang kali, akhirnya beliau bersetuju membenarkan buku panduan ini dibuka jualannya kepada umum terutama untuk para ibu bapa yang mahukan buku panduan untuk anak-anak mereka sebagai rujukan kepada contoh standard atau format jawapan Bahasa Melayu yang diperlukan dalam peperiksaan UPSR.

Buku Panduan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR)
Buku Panduan & Cadangan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 - SK & SJK

Buku Panduan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR)
Isi kandungan buku yang tersusun mengikut halaman dan menepati standard pembelajaran DSKP

Beli Buku Panduan Jawapan

Pada peringkat cetakan pertama ini, jumlah buku panduan ini agak terhad maka ianya berlandaskan siapa cepat dia dapat! Beliau telah memperuntukkan sebahagian kecil jumlah buku khusus untuk jualan kepada ibu bapa bagi melihat sambutan dan maklum balas.

Kepada warga pendidik, ibu bapa mahupun pelajar yang berminat untuk memiliki buku ekslusif "Buku panduan jawapan buku teks Bahasa Melayu tahun 6" dari Cikgu Mat Ariffin ini boleh dapatkannya dengan menghubungi saya di sini:

Sila berikan maklumat berikut:
  • Nama
  • Alamat
  • No. Telefon
  • Jumlah Order
Semua maklumat di atas diperlukan untuk tujuan penghantaran dan pengiraan harga sebenar.
Harga sebuah buku termasuk kos penghantaran (pos ekspress) : RM16.00 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

Makluman Penting: 
  • Harga mungkin berbeza bergantung kepada jumlah order (banyak order akan kuranglah) dan cara penghantaran.
  • Penghantaran pula hanya akan dilakukan sekiranya bukti bayaran penuh telah lakukan.

Jika sambutan menggalakkan, maka buku tersebut mungkin akan diulang cetak berdasarkan kepada jumlah unit permintaan.

Semoga buku panduan ini dapat digunakan sebaiknya untuk dijadikan bahan rujukan bagi mempertingkatkan kefahaman pelajar kepada standard dan format jawapan yang diperlukan dalam peperiksaan UPSR.

Pastikan anda mendapatkan buku original melalui agen sah yang dilantik kerana sebarang kesilapan atau akibat dari kesan cetakan palsu tidak akan dipertanggungjawabkan oleh penulis dan pihak penerbit buku panduan ini.

Kemaskini (1 Jun 2016)
Kini ada 4 buah buku dalam siri buku panduan jawapan Bahasa Melayu hasil tulisan Cikgu Mat Ariffin Ismail. Anda boleh dapatkannya...
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 SK - Stok sedia ada
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 SJK - Stok sedia ada
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 SK - Akan berada di pasaran mulai 3 Jun 2016
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 SK - Akan berada di pasaran mulai 18 Jun 2016
Buku Panduan Jawapan Bahasa Melayu

10 comments - "Buku Panduan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR)"

semoga bermanfaat kepada anak2 yang nak ambil upsr tahun ini

Unknown delete icon 14:18

orang hebat sebelah rumah je kan uncle...
menarik juga buku nie....

Etuza delete icon 14:59

terima kasih bagi informasi ini..akan tengok sekali lagi..

erm... bgs buku ni... terima kasih info yg menarik...

Unknown delete icon 22:36

Terima kasih. Info yg baik.

Tanpa Nama delete icon 16:07

Mcm mn nk dapatkan buku tu..

Hubungi saya melalui cara yang diberikan di atas iaitu:
1. PM di >>Page FB RelexMinda<<
2. PM di >>Facebook Bin Muhammad<<
3. Email terus melalui form email yg disediakan di atas
dan saya akan hubungi anda utk berikan maklumat selanjutnya.

Tanpa Nama delete icon 11:26

Terima kasih info yang bagus

Unknown delete icon 11:58

Thanks for your information

Tanpa Nama delete icon 12:44

Sangat menarik buku ni banyak ilmu yg saya dpat

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap