بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam sejahtera buat semua para sahabat dan tetamu BinMuhammad. Syukur kerana masih bernafas dan dapat meluangkan masa untuk membuat sedikit coretan di sini.

Di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini yang agak suram berikutan cuaca hujan di awal pagi. Namun ianya satu rahmat kerana dapat menyejukkan suasana yang agak panas kebelakangan ini.

Mutu Perkhidmatan Pejabat Pos Malaysia

Sejak lebih sebulan ini begitu kerap berurusan dengan Pejabat Pos Malaysia. Apa lagi... untuk mengepos pesananlah. Permintaan ke atas buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 begitu menggalakkan. Bagi yang belum mendapatkannya boleh ke Entri berikut untuk membuat pesanan.
Terima kasih kepada yang telah membeli dan semoga ianya berguna untuk dijadikan panduan buat kemudahan guru-guru mahupun murid-murid dalam menguasai Bahasa Melayu mengikut kehendak dan matlamat yang disasarkan dalam KSSR untuk kecemerlangan dalam UPSR.

Keluhan Terbuka Buat Pos Malaysia

Apabila sudah kerap ke Pejabat Pos untuk membuat urusan maka dapatlah melihat dan merasai sendiri situasi sebenar akan mutu perkhidmatan di Pejabat Pos luar bandar ini khususnya di Pejabat Pos Malaysia iaitu di Rasa, Selangor.

Mutu Perkhidmatan Pejabat Pos Malaysia
Bangunan Pejabat Pos Malaysia, Rasa, Selangor

Kalau diikutkan populasi kawasan ini tidaklah besar sangat namun Pejabat Pos ini tidak pernah lengang dari pengunjung. Apa yang menyedihkan adalah perkhidmatan yang berikan... Terlalu lembab!

Bukan kerana pekerjanya tidak cekap tetapi beberapa faktor-faktor lain yang mengganggu kecekapan urusan di Pejabat Pos ini.

Kawasan luar bandar sebegini, Pejabat Pos sangat diperlukan kerana kebanyakan urusan di adalah untuk membayar bil dan cukai, mengeluar dan menyimpan pelaburan ASN, ASB ASW, dll serta memperbaharui lesen, insuran dan roadtax kenderaan. Pengunjungnya pula kebanyakan terdiri dari kaum wanita dan warga emas.


Membuang Masa Dan Tidak Selesa

Apa yang mengecewakan adalah setiap urusan di sini dilakukan dengan begitu lembab dan membuang banyak masa pengunjung kerana hampir seharian hanya satu kaunter sahaja yang beroperasi berikutan hanya ada dua pekerja yang bertugas di Pejabat Pos tersebut!

Mujurlah sudah guna sistem nombor sejak beberapa bulan lalu, jika tidak... terpaksalah berdiri dalam barisan. Satu-satu masa akan ada hampir 20 orang akan menunggu dan boleh mencecah berjam-jam untuk sampai nombor giliran! Kalau tak sanggup... baliklah!

Jika sesiapa yang singgah seketika dalam waktu kerja atau waktu rehat untuk berurusan di Pejabat pos ini, lupakan sajalah...

Urusan BM pula hanya untuk membeli dan menghantar postage Pos Laju yang biasanya tidak sampai 2 minit urusan juga terpaksa mengambil nombor dan menunggu giliran. Tiada pengasingan kaunter urusan dijalankan di sini.

Pos Malaysia perlulah melihat keperluan jumlah pekerja disesebuah Pejabat Pos. Wajarkan hanya ada dua orang pekerja mengendalikan sebuah Pejabat Pos! Bagaimana jika salah seorang terpaksa bercuti?

Adakah dengan pengurangan pekerja sahaja adalah langkah untuk penjimatan yang boleh dilaksanakan tetapi ketahuilah ianya telah memberi kesan lebih besar ke atas kecekapan dan mutu perkhidmatan serta menjejaskan imej Pos Malaysia!

Pejabat Pos Malaysia, Rasa juga perlukan kerusi tambahan dan pada era ini, penghawa dingin itu dah jadi satu keperluan. Takkanlah dari bawah kerajaan hingga dah diswastakan pun masih tiada peningkatan kemudahan dan penambahbaikan! Berilah keselesaan kepada pelanggan anda... Wahai Pos Malaysia!

Mutu Perkhidmatan Pejabat Pos Malaysia
Hanya ini kerusi yang disediakan dan di bawah putaran kipas. Selebihnya... pengunjung terpaksa berdiri sama ada di dalam atau di luar bangunan. Pada musim panas begini... tersangatlah seksanya berada di Pejabat Pos ini.

Mutu Perkhidmatan Pejabat Pos Malaysia
Inilah kaunter Pejabat Pos Malaysia, Rasa... Sedih kan... macam tahun 80an jer...

Tingkatkan Kelajuan Internet

Selain itu, akibat dari capaian talian internet yang perlahan dan kadang kala langsung terputus menyebabkan urusan di Pejabat Pos ini sangat meletihkan dan membuang banyak masa!. Satu-satu urusan ada ketikanya boleh mencapai hampir 10 minit! Bayangkanlah berapa lama hendak menunggu!

Gah dengan gelaran negeri maju dan penggunaan internet yang sangat tinggi namun perkhidmatan yang diberikan macam hampeh!

Sudahlah harga internet mahal tetapi servis yang diterima tidak berpatutan! BM juga menggunakan TM Streamyx (1Mbps)... tidak dinafikan, capaiannya sangat tidak konsisten dan perlahan! Pernah cuba memohon untuk upgrade ke 4Mbps namun malangnya kawasan Rasa hanya dapat menerima 1Mbps sahaja! "Innalillah..."

Sebab itu apabila ada Menteri yang kata rakyat Malaysia hanya suka melanggan talian internet yang perlahan... Rasa terbakor jer dalam hati! Nak langgan yang laju macam mana kalau ianya tidak ada!

Telekom Malaysia (TM) terlalu lembab dan tidak bergerak pantas untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Sewajarnya talian sedia ada sudah ditukar sepenuhnya kepada fiber optik.

TM dilihat lebih mengutamakan kawasan bandar maklumlah... keuntungan lebih penting dari memberi perkhidmatan adil di semua kawasan. Orang lain dah dapat Unifi dan sehingga mencapai 40Mbps tapi kami hanya boleh dapat 1Mbps dengan bil bulanan RM116 sebulan!

Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Dan Keselesaan

Semoga keluhan terbuka ini mendapat perhatian pihak Pos Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan anda. Tidak dinafikan akan jasa dan keperluan sesebuah Pejabat Pos kepada masyarakat setempat terutama di kawasan luar bandar... Terima kasih diucapkan

Namun perubahan dan penambahbaikan perlulah seiring dengan keadaan semasa. Apabila sudah diswastakan, pengguna mengharapkan mutu perkhidmatan dan keselesaan bertambah baik. Tambahan pula semua harga dan caj sudah naik dan ditambah pula dengan gst maka pengguna juga berhak mendapat pulangan dari apa yang telah dikeluarkan.

7 comments - "Mutu Perkhidmatan Pejabat Pos Malaysia Mengecewakan"

sepatutnya dipertingkatkan lagi kemudahan yang ada di pejabat pos

Unknown delete icon 12:51

oh sudah..hihi...kat sini pun macam tu juga...kuanter kemain lagi banyak..tapi hanya 3 atau 3 yang digunakan....memang lembab pun servis depa nie...lepas tu bab marah orang no satu...emm

paridah delete icon 16:44

ASSALLAM...KALAU KITA SERING BERURUSAN DGN PEJ POS TAHULAH BANYAK KELEMAHAN YG PERLU DIPERBAIKI AGENSI ITU...SIBUK JUGA STAFFNYA BERTUGAS...WAH BM PENULIS BUKU RUJUKAN BM TAHUN 6 YA BAGUS TU..TAHNIAH..SEMOGA TERUS BERJAYA DLM BIDANG YG DICEBURI.

Sewajarnyalah pejabat2 pos di luar bandar juga di pertingkatkan kemudahannya agar setanding dengan pejabat2 pos di bandar2

Hehehe... Hanya mereka yang selalu berurusan di pejabat pos sahaja akan faham dan merasainya sendiri pengalaman ini...

Saya setuju sgt sistem pengurusan perlu penambahbaikan. Di tempat saya pun ada waktu terlalu sesak dan org di kaunter hanya 2 org shj... kasihan mereka. Kena pelanggan yg 'kepala angin' siap keluar menyumpah2 dgn suara lantang lagi.

Unknown delete icon 16:48

Kalau di Sabah, kadang-kala notis pengambilan barang akan berjaya di pos ke tangan penerima pakej dalam masa sebulan. Pada masa nak ambil barang tu, dia pergi pula pos balik kepada pengirim..Apabila kita tanaya, kenapa x call penerima (ada no.phone diberi), pejabat pos mengendahkan katanya pelanggan perlu tahu jangka masa barang patut sampai...hmmm...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap