بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Peluang Advertorial Dengan Syarikat Luar Negara: Alhamdulillah... Sudah seminggu kita berpuasa. Sepanjang masa itu jugalah blog ini tidak ada artikel baru yang diterbitkan. Entahlah... sejak bermulanya bulan puasa ni, makin buntu idea pula walaupun ada banyak perkara yang ingin dikongsikan.

Syukur... dikesempatan ini dapat juga kuatkan iltizam untuk kemaskini. Ambil masa sikit selepas terawih untuk menaip. Bagaimana dengan anda yang aktif berblogging... Bilakah waktu untuk karang entri?
Peluang Advertorial Dengan Pengiklan Luar Negara

Blog Relaks Minda

Sebelum bulan Ramadhan atau lebih tepatnya bulan Mei 2016, satu berita baik tentang blog telah BM terima. Setelah genab setahun Blog Relaks Minda di sekat oleh Google dari menerbitkan sebarang entri baru akibat dari malicious code (malware), kini ianya telah pulih sepenuhnya.

Relaks Minda sudah boleh menerbitkan entri baru dan kini tiada lagi masalah malware. Dalam tempoh setahun tersebut, banyak peluang pengiklanan yang diterima dan ianya terpaksa di tolak. Namun kalau dah tertulis ada rezeki, ianya tidak akan kemana.

Terima Advertorial Job

Baru sahaja Blog Relaks Minda pulih dari sekatan Google, tawaran pengiklanan melalui advertorial dari luar negara diterima. Peluang ini tidak dilepaskan kerana advertorial tersebut berkaitan hartanah dan amat mudah iaitu hanya perlu terbitkan artikel dari bahan yang telah mereka sediakan. Lagipun Relaks Minda dah lama tak ada entri baru maka boleh juga kemaskini blog tersebut.

Boleh lihat di sini artikel advertorial tersebut:
Bayaran pula dalam USD dan anda tetapkan sendiri. Mungkin ada tawar menawar selepas itu. Biasanya BM letak harga dalam USD50 (RM200) sahaja dan ianya dianggap bayaran yang agak rendah tetapi dalam lingkungan harga pasaran memandangkan Blog Relaks Minda telah setahun tidak beroperasi serta telah menurun populariti serta rank.

Tawaran Advertorial 

Anda berminat untuk mendapat tawaran advertorial sebegini? Ianya merupakan peluang menjana pendapatan melalui blog dengan begitu mudah. Jika benar-benar berminat, boleh hubungi BM untuk diperkenalkan kepada pihak pengiklan tersebut yang sememangnya mencari lebih banyak lagi blog-blog dari Malaysia yang berpotensi untuk diberi iklan advertorial ini. Yang penting, anda mestilah mempunyai akaun Paypal untuk urusan bayaran dan cara untuk hubungi anda melalui email di menu blog.

BM hanya boleh beri peluang dan cuba memperkenalkan blog anda kepada mereka. Sama ada terpilih atau tidak...ianya bergantung kepada pihak pengiklan tersebut. Tiada kriteria tertentu yang menjadi ukuran maka sesiapa sahaja boleh mencuba. Semua urusan selanjutnya juga adalah secara direct antara anda dan pihak pengiklan tersebut tanpa melibatkan BM.

Peluang Advertorial Dengan Pengiklan Luar Negara
Buat masa ini, ianya diyakini dan dipercayai kerana BM sendiri telah terima bayaran seperti yang telah dijanjikan walaupun hanya berkomunikasi melalui email sahaja.

Apa salahnya jika anda hendak mencuba, tidak rugi apa-apa pun... Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi BM menerusi email atau FB Messenger. Hanya blogger Malaysia, Singapore dan Thailand sahaja ya!

Salam BinMuhammad

Itu berkaitan Blog Relaks Minda. Blog BinMuhammad pula bagaimana? Sejak bulan Mei lagi, blog ini menunjukkan graf peningkatan trafik. Jumlah purata harian juga sudah mencapai 5K PV walaupun usianya tidak sampai setahun dan hanya ada sejumlah 162 buah artikel yang telah diterbitkan. Alhamdulillah... Tapi itulah... Kemalasan mengemaskini entri baru seringkali menjadikan prestasi blog ini macam yoyo!

Blog BinMuhammad - Pageview terkini

Terima kasih kepada semua pengunjung blog BinMuhammad dan khusus buat sahabat yang tetap setia menjadikan blog ini sebagai persinggahan anda. Semoga ilmu dan perkongsian di sini dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama.

Selamat menjalankan ibadah puasa dan segala amalan lain. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik yang pernah kita lalui...

6 comments - "Peluang Advertorial Dengan Pengiklan Luar Negara"

Terbaik BM, tahniah ya..:)

Alhamdulillah rezeki tu Bro BM..bila ada pihak yang sudi memberi kepercayaan kepada kita itu bermakna blog kita punya potensi yang baik pada penilaian mereka..syukur..moga selepas ini lebih banyak lagi peluang ya...ameen..

Bm mmg teror..blog baru ni dhmencapai traffic yg mengagumkan..

syukur la blog rilekminda dah pulih..mmg rezeki btul..

Upin Zai delete icon 14/6/16

Tahniah buat BM. semoga terus berjaya.

Mrs. A delete icon 21/6/16

Wow! bestnya.
Tahniah diucapkan semoga terus success :-)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap