بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Marah atau Amarah adalah sikap dan emosi yang perlu kita jauhi. Namun hakikatnya memiliki emosi amarah itu sebenarnya normal bagi setiap manusia.

Apa yang paling penting adalah bagaimana untuk kita mengawalnya daripada terzahir sama ada melalui perbuatan mahupun pengucapan agar ianya tidak merugikan serta membinasakan diri sendiri dan orang lain.


Ikuti kisah ringkas di bawah ini yang amat tepat menggambarkan betapa sikap marah membuta tuli itu hanya akan merugikan serta membinasakan diri sendiri.

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu telah menyerangnya.

Ia pun membalas serangan gergaji tersebut dengan patukan berulang kali. Namun, serangannya telah menyebabkan luka parah dibahagian mulut.

Ular tersebut semakin marah dan terasa sakit yang teramat sangat.  Ia terus berusaha mengerahkan seluruh kemampuan dan tenaga terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut.

Si ular pun membelit mata gergaji dengan sekuat hati. Namun, belitan itu telah menyebabkan seluruh badannya luka parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, amat mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Namun tanpa kita sedari, sebenarnya yang akan terluka dan sakit itu adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)

Oleh itu... Jangan kita kalah kepada emosi amarah dalam diri sendiri yang akhirnya membawa padah dan penyesalan yang berpanjangan.

Kedamaian alam semulajadi yang indah juga mampu menyejukkan api kemarahan 

Cara mengawal api kemarahan 

Sebenarnya tindakan yang paling penting ketika sedang marah adalah cuba untuk kembali tenang agar dapat berfikir dengan waras. Ia dapat dilakukan sekiranya dapat membekalkan oksigen segera kepada otak.

Caranya adalah dengan menarik nafas dalam-dalam lalu lepaskan perlahan-lahan. Lakukan beberapa beberapa kali. Tindakan tersebut akan membuatkan kita kembali tenang dan ketika itulah baru otak boleh berfikir dan ingatlah akan panduan untuk mengawal kemarahan yang disarankan oleh Islam.
  1. Berlindung dan ingat kepada Allah SWT ketika marah. Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang yang marah mengucapkan; ‘A’uudzubillah (aku berlindung kepada Allah SWT) niscaya akan reda kemarahannya.” (HR Ibu ‘Adi dalam al-Kaamil.) 
  2. Ketika marah, kata-kata yang keluar dari lidah itu adalah perkataan yang tidak difikir terlebih dahulu sebelum dilafazkan. Oleh itu, adalah lebih baik diam. Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah, permudahlah, dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam.” (HR Ahmad).
  3. Mengubah posisi tubuh badan ketika marah. Nabi SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring.” (HR Ahmad).
  4. Menyejukkan badan dengan berwudhu atau mandi. Menurut Syekh Sayyid Nada, “Marah itu adalah api syaitan yang dapat mengakibatkan mendidihnya darah dan terbakarnya urat saraf.” 
  5. Memberi maaf, bersabar dan segera beredar  Allah SWT berfirman, “Ambillah maaf, anjurkan kebaikan dan abaikan orang-orang bodoh.” (QS Al-A’raf [7]: 198)
Menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi dapat memberi ketenangan dan kedamaian dalam jiwa

Amarah Di Media Sosial

Blog dan media sosial juga tidak terkecuali dijadikan tempat untuk melepas api kemarahan. Entri atau posting serta komen yang berbaur kemarahan amat mudah kita jumpa.

Walaupun kemarahan tersebut tidak menyakiti zahir namun sakit di hati sebenarnya lebih mendalam, pedih dan parah kesannya kerana "Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!"

Maka, Sesuaikah media sosial dijadikan ruang dan peluang untuk meluahkan atau melepaskan emosi dan rasa marah? Adakah dengan luahan tersebut akan dapat memadamkan api kemarahan? Renung-renungkanlah...

Kehijauan alam sekitar itu mententeramkan dan menenangkan hati dan jiwa yang bergelora 

25 comments - "Kawal Amarah! Marah Hanya Merugikan Diri"

Ambe pun akui ambe agak marah sejak beberapa hari kebelakangan ini. Tapi ambe sudah pilih untuk berdiam diri buatsemnatara waktu sebab tak nak orang lain sakit hatinya kalaulah ambe tetiba jer meletup. Ni hal yang berlaku pada ambe di tempat kerja sebenarnya. Hehe...

Kalau sudah biasa mampu mengawal kemarahan setakat hal-hal sedikit tidak menjadi kudis kemarahan. Jadi sebaiknya kawal marah dgn iman. Tidak mampu banyak kawal perlahan-lahan. Sebab kalau sudah biasa marah hal kecil pun akan jadi besar..

kadang2 terlepas juga marah di media sosial ni

paridah delete icon 10:56

emosi marah ni mmg perlu dikawal kerana kemarahan yg terlalu kdg menyebabkan hati kecil kita berdoa yg tidak2 tanpa disedari...jikalau tika itu langit terbuka insyaAllah makbullah doa kita itu walau sebenarnya kita xmaksudkannya pun..

terima kasih atas perkongsian :)

bg akak lebih baik takde kawan dari punya kawan yg sikit2 nak marah...

Unknown delete icon 13:12

Terkadang marah ni memang tak terkawal..kadang boleh ja tahan marah..maknanya kena banyak zikir lembutkan hati dari sifat marah kan

Amat mudah rasa amarah timbul apatah lagi bila kita berhadapan dengan ramai orang. Benarlah sabar adalah sebahagian dari iman.

terima kasih atas perkongsian :)

jangan lupa jenguk ke wayneharraz.com

control pn kadang2 terlepas gk..

hehe..

baca post ni sejuk hati yg tgh marah ni..

Sangat bermanfaat sekali gan kunjungan saya kali ini ke blog anda, mksh banyak ya?

Mrs. A delete icon 09:14

Baca kisah ular dan gergaji itu betul sesangat, kekadang bila kita tengah marah kita lepaskan semua pada orang yang kita marah tapi lepas tu menyesal kemudian menangis memang menyakitkan diri sendiri. Faktor usia juga memainkan peranan ialah zaman muda cepat aje nak marah bila dan tua-tua ni dah mampu bersabar dan mengawal emosi.

kemarahan di medsos sama bahayanya dg lisan langsung

kadang perlu sesekali luapkan amarah tuk mencegah sakit darah tinggi,tapi jangan kepada orang lain

YB akui... kita perlu banyak belajar mengawal amarah. Terima kasih untuk peringatan ini.

Etuza delete icon 16:57

sangat damai melihat persembahan gambar..ni belum Etuza baca catyatan..akan baca..hebat..
Ambil award ya BM boleh dah ambil Award tu...

OKje delete icon 17:33

Petang petang cenggini dengar tazkirah mmg berbaloi baloi hihi....

Unknown delete icon 18:08

alhamdulillah , bila dah berusia ni , lebih tenang dari cepat melenting ... selalu marah cepat tua nanti... heheheee

saya sangat susah nak marah dan teringin juga nak marah..he..he..

marah ni memang susah nak akak kawal... dalam duk kawal pun terlepas gak marah kat anak-anak.... yg pelik anak ja, kalau kat org lain jarang nak marah dan tak pamdai lak nak marah.... cian anak2 ku....

Etuza delete icon 13:27

betul ucapkan auzubillahiminas syiton nirazim...amarah itu asuhan syaitan laknatullah...hapuskan dgn zikrullah

Marah akan membinasakan diri sendiri jika tak dapat dikawal..

kadang-kadang tak sedar marah sudah menguasai diri...

Unknown delete icon 21:42

dah cuba nak kawal marah.tapi kadang2 termarah.bila termarah maka naikla darah.lepas tu baru menyesal air mata darah..sekarang ni dlm proses nak berubah.hehe

saya ni kategori jarang juga marah
tapi kalau marah, biasanya saya diam pastu lari dari tempat tu
saya jarang melawan balik biasanya...hehe

apapun nice sharing BM
kita perlu juga tahu bagaimana pengurusan sifat marah tu

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap