بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, tahun 2016 akan menjelang tiba. Sepanjang tahun 2015, pelbagai peristiwa pahit manis dalam berblogging telah ditempuhi.

Paling manis tatkala blog mencapai kemuncak prestasi yang tidak dijangkakan sehinggalah yang pahit apabila terpaksa berhenti berblogging!

Sebagai sorotan tahun 2015 ini, jika anda sudi bersama... Jom kita imbas kembali setiap kenangan pahit manis diri ini dalam dunia blogging sepanjang tahun 2015.

Sorotan Sepanjang Tahun 2015

Blog Relaks Minda 2015

BM sudah sinonim dengan blog Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com. Terlalu banyak kenangan bersama blog yang pertama membawa diri ini mengenali dunia blogging.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015, Blog Relaks Minda tanpa dijangka telah berjaya mengumpul pageviews sebanyak lebih dari 2.4 juta PV. Satu perkembangan yang hebat bagi sebuah blog yang tidak menyajikan topik sensasi dan informasi hangat semasa!

Sila ke entri berikut untuk ketahui prestasi Relaks Minda 6 bulan berikutnya: Relaks Minda Semakin Relaks

Prestasi Blog Relaks Minda - 6 bulan pertama 2015
Blog Relaks Minda 2015

Top 10 Popular Post - Relaks Minda 2015
Blog Relaks Minda 2015

Namun siapa yang menjangka, tatkala di puncak keceriaan... tiba-tiba segalanya terus hilang begitu sahaja... Blog Relaks Minda telah digodam sehingga banyak entri terpaksa dihapuskan akibat menjadi malware yang merbahaya kepada google.

Itu hanya masalah kecil tetapi yang lebih besar lagi yang membawa kepada berakhirnya blog Relaks Minda apabila setiap entri baru yang diterbitkan juga terus dianggap malware oleh google!

Dari ceria menjadi kecewa secara tiba-tiba... Tidak pernah sesekali menjangka akan menerima kesan sedemikian rupa! Terus rasa nak bersara jer dari dunia blogging...

Sejak serangan berlaku pada awal bulan Jun 2015, senyap seketika dalam dunia blogging bagi melayan duka. Namun keseronokan berblogging tidak mampu dilupakan terus begitu sahaja.

Mujurlah ada blog BMBlogr @ bmblogr.blogspot.com yang telah diwujudkan sejak Mei 2015 sebagai wadah meneruskan dunia blogging. Namun blog ini lebih berteraskan SEO yang bertujuan untuk trafik dengan perkongsian menjurus kepada rujukan informasi semasa dan pendidikan.

Tiada kenikmatan dan keseronokan berblogging bersama BMBlogr kerana topiknya agak tidak bertepatan untuk menjalinkan ukhuwah. Ianya juga tidak seperti Relaks Minda yang lebih dekat dan mesra kepada setiap pengunjung.


Kembali Di Dunia Blogging

Maka mulalah ingin membuat sebuah lagi blog baru tetapi kali ini tidak mahu topik yang agak rojak seperti Relaks Minda maka subtopik berkaitan alam sekitar dan kitar semula menjadi niche blog baru yang diwujudkan pada 13 Jun 2015 dengan nama AlamBlogr @ alamblogr.blogspot.com

Berikutan banyak artikel Relaks Minda yang terpaksa dihapuskan maka, dua blog lain terpaksa diwujudkan bagi menempatkan artikel-artikel yang menarik tersebut dari hilang begitu sahaja.

Blog RelexMinda @ binmuhammad2.blogspot.com yang dahulunya menjadi blog untuk testing template dan belajar koding html kini dijadikan blog untuk menempatkan artikel-artikel yang terpaksa dihapuskan dari blog Relaks Minda.

Bagi artikel yang ber'niche' Seni kreatif dan Dekorasi pula, blog KreatifBlogr @ kreatifblogr.blogspot.com menjadi lokasinya.

Apabila semakin banyak blog telah diwujudkan maka adrenalin untuk berblogging seperti dulu semakin membara. Rindu kepada rakan-rakan blogging, akhirnya pada 13 Ogos 2015 wujudlah blog ini. BinMuhammad @ www.dammahumnib.com sebagai penyambung legasi Blog Relaks Minda.

Blog BinMuhammad kini lebih fokus dan hanya menumpukan kepada topik dunia blogging, kehidupan peribadi, pendapat, pedoman dan perkongsian minat dunia automotif. Siapa sangka! Daripada hilang satu...muncul pula 5 buah blog lagi! Hoho!

Walaupun terpaksa merangkak semula dan bermula dari "kosong" namun ianya tidak seperti bermulanya Relaks Minda dahulu. Sokongan dari rakan-rakan blogger telah memberi semangat dan kekuatan untuk meneruskan matlamat berblogging ini... "ilmu yang sedikit dikongsi bersama"

Prestasi Blog BinMuhammad 2015

Apabila berakhir sahaja tahun 2015, ini bermakna blog BinMuhammad telah beroperasi selama 4 bulan lebih. Merujuk pada data Blogger Stat, data perestasi blog ini didedahkan untuk tatapan bersama.

Blog BinMuhammad 2015
Syukur dengan prestasi yang semakin baik dari bulan ke bulan. Hanya perlukan konsistensi agar prestasi ini berterusan untuk bulan-bulan mendatang... InsyaAllah...

Blog BinMuhammad 2015
Pada 13 November 2015 melalui artikel : Setelah Tiga Bulan Bersamamu, sempena tiga bulan blog ini beroperasi, Alexa Rank pada ketika itu adalah 1,509,836 Global dan tiada rank di Malaysia.

Hari ini, Alexa Rank telah meningkat dan berada di kedudukan 693,860 Global dan 4,891 Malaysia. Alhamdulillah satu peningkatan yang baik. Semoga pada tahun 2016 akan bertambah baik!

Kepada pengomen tegar sepanjang tahun ini, anda semua kekal berada di senarai Bloglist Blog ini. (sila lihat MyBloglist di bawah Header blog). Semoga ikatan ukhuwah terus berpanjangan. Terima kasih...anda semua amat-amat dihargai!

Pendapatan Blog 2015

Sepanjang berblogging, tahun 2015 mencatatkan pendapatan berblogging yang agak baik melalui dua sumber utama iaitu affiliate dan iklan.

Affiliate dari Ashadee, Klikjer dan Jobdirumah terus menjana pendapatan walaupun semakin berkurangan akibat dari artikel berkaitan di blog Relaks Minda yang semakin menjunam di SERP.

Pendapatan melalui iklan juga turut semakin berkurang apabila trafik Relaks Minda semakin menurun.

Menjana pendapatan melalui blog juga bukanlah matlamat utama dan hanya dilakukan secara sambilan serta tidak terlalu fokus. Maka tidaklah mencecah ribuan RM sebulan seperti blogger hebat lain tetapi secara purata sejak empat bulan lalu, dapatlah dalam RM400~RM500 sebulan bagi menampung bil telefon, internet, astro dan elektrik rumah!

Selamat Datang 2016

Tahun 2016 akan kunjung tiba. Pada 2016 nanti hanya meletakkan sasaran untuk meningkatkan dan memantapkan blog ini di dunia blogging melalui ranking yang lebih baik. Selebihnya hanya mencuba untuk berblogging secara konsisten.

Tahun 2016 juga tahun yang semakin mencabar dalam kehidupan di mana kos sara hidup yang semakin meningkat. Mungkin jika ada peluang dan ruang yang lebih, akan cuba meningkatkan pendapatan melalui blog bagi menjadi tampungan sumber rezeki.

InsyaAllah...semuanya akan dikongsi bersama agar sama-sama mendapat manfaatnya.

Terima kasih kepada anda semua, sahabat dan pengunjung blog-blog Bin Muhammad. Kehadiran anda amat-amat dihargai. Ampun maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan.

Selamat Datang 2016

Jadikan setiap sorotan pahit manis 2015 sebagai satu kenangan dan ingatan buat teladan. Semoga tahun 2016 ini akan membawa lebih kemurahan, kebahagiaan serta keberkatan di dunia dan akhirat... amiin.

12 comments - "Sorotan Sepanjang Tahun 2015"

Nao Mei delete icon 07:33

Cik akak ada dua nlog..hihi...
Tapi serius cik akak lebih suka dengan blog rilekminda...
Entri yang disampaikan memang menarik....

paridah delete icon 10:37

ASSALAM...SEMOGA TERUS SUKSES DLM BLOGGING...JATUH BANGUN DLM APA SAJA YG KITA CEBURI ADALAH BIASA UTK MENGINGATKAN KITA LBH BERHATI-HATI SENTIASA.

nice entry..

Assalammualaikum... BM,

mencabar dan penuh ranjau dunia blog BM.Tabah dan semoga terus sukses dalam dunia blog. Aaminn...

mselim3

Sekarang ni entri dah berat2...xde santai2 dan relex2 macam Relaks Minda dah... Menjadi matang sikit...hehe Buleh gitu!?

Waalaikumsalam...
Ya...Saya yakin bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya...

Waalaikumsalam mselim3
Dugaan itulah yg sebenarnya membuka minda untuk berbloging dengan lebih matang. Alhamdulillah...
Semoga tiada lagi rintangan dan berjalan dgn lancar hendaknya...

Nao Mei delete icon 19:20

Yeke....tulah..bila baca entri...
Serius bebeno..hahaha...
Bila agaknya nak santai rilex balik...kiki

Mrs. A delete icon 13:16

Mrs. A pernah singgah di blog Relax Minda dulu tapi time tu segan nak komen-komen hiks!

Pasti ada hikmah disebaliknya, cuma perlu gali-gali untuk mencari jawapanya.

Tak kisahlah blog BinMuhammad ke Blog Relaxs Minda ke dua-duanya sangat beridentiti. Semoga terus sukses selalu.

RM400-500 banyak tu BM.. pengalaman suka dan duka pasti terselit hikmah di sebaliknya.. aiza doakan semoga BM terus berjaya pada tahun-tahun yang akan datang..

Insyallah dengan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.

Hebat blog BM. Banyak dapat hasil jika blog macam ni. Tahniah.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap