بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Masa Loading Blog Mesti Pantas? Kehidupan manusia pada masa kini semuanya mahukan yang mudah, cepat dan pantas. Maka tidak hairanlah jika apa jua perkhidmatan secara online menjadi pilihan sama ada untuk mendapatkan informasi, berita, bekerja, berjual beli, membuat bayaran, permohonan dan pelbagai lagi termasuklah juga untuk berhibur serta bersosial.

Berikutan itu, sesebuah website/blog yang berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan ini maka ia mestilah memberikan yang terbaik buat pengguna dengan masa loading yang pantas, mudah digunakan serta mesra pengguna selain dari penampilan yang menarik dan profesional.

Kenapa Masa Loading Blog Mesti Pantas?

Perlu Fast Loading

Kenapa masa loading yang pantas ini amat penting? Berikut adalah beberapa faktor utama kenapa website/blog ini perlu diakses dengan pantas atau fast loading:

Masa dan Koata Data
Sebagai pengguna, untuk melayari website/blog ini, ia memerlukan talian internet dan sudah tentu perkhidmatan ini tidak selalunya boleh kita dapat dengan percuma. Maka kepantasan loading sesebuah halaman website/blog tersebut amat penting berikutan ianya mempengaruhi jumlah penggunaan data serta tempoh masa yang akan digunakan untuk mengakses laman tersebut.

Sekiranya menggunakan talian internet tanpa had atau melalui wifi percuma, mungkin ia tidak menjadi masalah tetapi jika menggunakan talian berbayar dengan koata data yang terhad, sudah tentu kepantasan masa loading ini amat penting.

Talian Perlahan
Ditambah pula jika perkhidmatan talian internet tersebut perlahan, maka sesebuah website/blog yang bersaiz terlalu besar pasti sukar untuk diakses dan mengambil masa yang amat lama untuk loading sepenuhnya.

Operasi Smatphone
Kini penggunaan telefon pintar (smartphone) sudah menjadi alat utama untuk melayari internet maka kepantasan loading amat penting kerana masa yang lama akan menggunakan kapasiti processor yang banyak dan besar maka, kadang kala ia akan mengganggu kecekapan sehingga berlakunya "hang" selain membuatkan kuasa bateri berkurangan dengan cepat dan panas.

Sikap Manusia
Adalah menjadi sikap manusia yang tidak suka menunggu lama. Masa itu kan emas... Penantian itu juga satu penyiksaan batin yang sungguh menyiksakan. Maka tidak hairanlah, masa loading yang lambat akan membuatkan penngunjung segera meninggalkan halaman tersebut dan mungkin dengan hati yang sakit serta marah atau ada juga dengan kata-kata kesat dan sumpah seranah.


Kesemua faktor di atas adalah antara sebab utama kenapa website/blog perlu masa loading dengan pantas kerana jika lembab, sudah tentu penguna atau pengunjung ini akan segera keluar dan mungkin tidak berkunjung semula.

Kesan Masa Loading

Mengikut kajian oleh Instant America Infographic menunjukkan bukti/fakta jelas betapa pentingnya masa loading yang pantas bagi sesebuah website/blog. Berikut adalah sebahagian hasil dari kajian tersebut:
  • Satu dari 4 orang yang membuka website/blog di desktop akan mengabaikannya jika ia mengambil masa loading lebih dari 4 saat.
  • Sebanyak 50% pengguna mobile pula akan mengabaikan halaman yang tidak muncul dalam 10 saat malah tiga dari lima pengunjung tersebut tidak akan berkunjung kembali.
  • Sebanyak 40% pengguna mobile yang shopping online pula akan mengabaikan atau menutup halaman tersebut sekiranya ia tidak muncul dalam tempoh lebih dari 3 saat.
Kesan Masa Loading Blog Mesti Pantas?
Sila ke halaman berikut untuk mengetahui hasil kajian lengkap: http://www.dailyinfographic.com/instant-america-infographic

Jelas bahawa kepantasan masa loading sesebuah website/blog akan mempengaruhi tindakan pengguna atau pengunjung yang sudah tentu akan memberi kesan emosi serta pengalaman pahit buat mereka.

Oleh itu, adalah satu kerugian besar buat website/blog yang memerlukan masa loading yang lama dan berat kerana pasti akan kehilangan pengguna, pengunjung atau pelanggan serta memberi kesan kepada jumlah trafik. Bagi jangkamasa yang panjang, pasti kesannya akan semakin ketara.

Ketahui juga bahawa kepantasan masa loading bukan sahaja penting untuk memenuhi kehendak pengguna tetapi ia juga dijadikan antara rujukan utama dalam penilaian SEO dan SERP bagi sesebuah halaman website/blog.

Ujian Kepantasan

Bagaimana hendak mengetahui kepantasan masa loading website/blog anda? Dua tools berikut adalah yang paling biasa dan amat mudah digunakan. Ia bukan sahaja memberikan penilaian kepantasan masa loading tetapi juga memberi data akan setiap masalah yang mengganggu masa loading tersebut.

Maka anda bukan sahaja dapat menilai tetapi juga boleh melakukan penambahbaikan mengikut setiap informasi yang telah diberikan untuk memperbaiki pencapaian masa loading website/blog anda.

1. PageSpeed Insights
Ianya satu tools ujian prestasi masa loading oleh Google. Amat mudah digunakan dan memberi keputusan dalam dua paparan iaitu desktop dan mobile. Anda boleh lakukan ujian ini di sini: PageSpeed Insights
Tools cara ujian masa loading blog

2. Pingdom
Ini adalah tools terbaik bagi menguji kepantasan masa loading blog anda. Ia memberi informasi terperinci akan setiap masa yang diperlukan bagi mengakses server dan content blog anda. Dari data tersebut boleh anda mengkaji akan pemasalahan yang berlaku dan lakukan pembetulan.

Semak kepantasan masa loading dengan Pingdom di sini: Pingdom Website Speed Test

Pingdom website loading speed test

3. GTmetrix
Ianya tools lengkap yang bukan sahaja memberi penilaian akan nilai masa kepantasan loading tetapi keseluruhan prestasi halaman dengan lengkap. Anda dengan mudah mengetahui akan setiap masalah yang mengganggu kepantasan serta SEO, maka bolehlah melakukan penambahbaikan dengan segera.

Lakukan ujian halaman website/blog anda dengan tools ini di sini: GTmetrix
Tools cara ujian masa loading blog
Note: Bukan hanya halaman homepage sahaja yang perlu di uji tetapi halaman posting juga amat penting kerana penampilannya pasti berbeza!

Tingkatkan Prestasi

Saya sudah, bagaimana dengan website/blog anda? Lakukanlah semakan dan ujian kepantasan masa loading halaman website/blog anda. Mungkin ianya adalah salah satu faktor kenapa anda kekurangan trafik dan menjadi punca masalah bounce rate yang tinggi.

Jika anda sendiri pun tidak suka untuk mengunjungi website/blog yang lembab dan berat @ slow loading, maka begitulah juga dengan orang lain sekiranya anda punya masalah yang sama.

Oleh itu, terimalah hakikat bahawa kandungan berkualiti serta penampilan yang menarik, cantik dan hebat sahaja tidak cukup sempurna bagi sesebuah website/blog tetapi kepantasan masa loading juga salah satu faktor yang perlu diutamakan.

15 comments - "Kenapa Masa Loading Blog Mesti Pantas?"

wahh info bagusn ie..kadang kiter blogger syok sendiri terlupa buat org lain geram sb blog berat gmbr bnyk..tu semua lah tu.

Blog PC pun lambat loading la Bro BM...nak ubah ubah tak reti takut silap...suka bila singgah blog kawan kawan yang pantas loadingnya...

Salam ,
saya adalah sesorang yang tak suka blog loading lambat sebabnya saya pengguna data ..
nice sharing

Unknown delete icon 13:29

memang kena cepat loading sebab kalau buh iklan banyak2 dlm blog tu yang buatkan delay lama kan?

Dalam memenuhi kehendak sendiri, kita perlu juga fikirkan keperluan para pengunjung...

Takpe...buat pelan-pelan dan cari ilmu. InsyaAllah...saya pun macam tu juga. Yg penting jgn takut utk mencuba!

Waalaikumsalam...
Bila lambat, maknanya saiz blog agak besar...habislah data! hehe

Ya! Iklan yang ada link luar selalunya akan memberi kesan yg amat besar pd masa loading!

paridah delete icon 18:14

NAMPAK BLOG KAK WALAU SARAT DGN PIC ORKID TAPI LOADING LAJU DITAMBAH DGN SENTUHAN DIK BM MEMPERBAIKI KEROSAKANNYA TKSH BANYAK...

Salam ziarah BM...Maaf lama tak singgah sini. Tips yg menarik.

mselim3 delete icon 09:26

Assalammualaikum.. BM,

loading blog mselim3 laju ker slow... rasa macam laju tak tahu penerimaan kekawan yang berkunjung ke blog mselim3. Pandangan BM pulak..

mselim3

pls: komen blog mselim3 sikit.

Dunia semakin pantas... saya pun kena bermuhasabah juga dan cari jln utk blog agar sentiasa pantas juga... masih banyak perlu saya belajar.

Unknown delete icon 15:21

Terima kasih kongsi info . Nak check juga lepas ni.. hehehe.

mmg susah skit nak lepas pagespeed tu...huhu

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap